Sakura pernah mencuba minuman air serai di Restoran Tom Yum Kung. Rasanya sedap dan x lah pelik sangat. Rupanya air serai nie banyak khasiatnya. Sakura nak share cerita yang Sakura dapat dari FB nie yer.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang
petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang
ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak
memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk
negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai
segar di ladang milik beliau.
Beliau diberitahu oleh
pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk
mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan
perubatan.
“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum
sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada
hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata
Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel
dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku
pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev
menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti
serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang
sihat didalam badan pesakit.
Pasukan penyelidik ini diketuai
oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang
bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and
malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di
Universiti Ben Gurion (BGU).
“Citral” ada kunci utama yang
memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba
atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa
officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).
Menurut Dr.
Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan
sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan
“apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati.
Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah
cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam
bekas kajian.
Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU)
memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan
memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel
yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral”
yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam
secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini
hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak
mengalami sebarang kerosakan.
Penemuan ini telah dipaparkan
didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini
mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan
kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya
dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di
Israel.
Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun
ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU)
mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat
satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem
tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak
menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam
sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan
dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut
mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi
sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya
untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.
Kejayaan dari
hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai
mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser
didalam badan kita.
Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh
Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di
Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam
lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang
memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa
ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi
tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah
kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi
kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan
menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta
kata-kata semangat buat mereka.
“Bapa saya meninggal kerana
kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga
disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau
dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi
saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya
pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka
yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya
juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan
adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah
sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai
ini setiap hari.”
Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat
dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah
Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam
tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan,
suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat
yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.
“Kami semua
sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan
sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat
membesarkan anak-anak yang comel juga.”
Dalam lawatan beliau ke
Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah
ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur
seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang
ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.
Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian
jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi
yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa
pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu
kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk
melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama
kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage,
marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.
Perniagaan
beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk
berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat
sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah
dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai
dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar
untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan
kesihatan di negaranya.
Zabidov juga mendalami tentang serai
ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau
mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke
ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.
Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para
pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang
berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion
kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang
terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah
baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak
lapan gelas sehari sebagai amalan.”
Zabidov sangat berpuas hati
dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis
tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.
Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga
juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini
bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”
Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)
AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)
Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih
Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.
No comments:
Post a Comment