Tuesday, 8 October 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB -Genius-



Bersambung lagi ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary.

Ketahuilah Genius bukan hanya diukur mengikut pencapaian akademik. Professor Howard Gardner dari Universiti Harvard telah mengatakan terdapat 7 bidang KEPINTARAN (Genius).

Verbal Linguistic, Mathematical Logical, Intra-Personal, Interpersonal, Visual Spatial, Musical Rhythmic, Body Kinesthetic dan kemudiannya beliau menambah Naturistic Intelligence.

Robert Kiyosaki pula kemudiannya menambah Financial Intelligence.

Ibu yakin ini bukanlah sahaja genius yang dianugerahkan oleh Allah/Pencipta kepada manusia. Banyak lagi yang tidak tersenarai.

Oleh itu jangan sekali-kali bertanya, "Adakah anak ku tidak Genius!" Tapi tanyalah "Di manakah genius anak ku ini?"

Pilihan untuk menggunakan genius mereka itulah yang sangat penting. Sebagai ibu bapa kita tidak mahu anak-anak kita menggunakannya untuk keburukan. Contohnya menjadi Saintis dan membuat ciptaan yang membahayakan manusia.

Disitulah pentingnya disemai prinsip dan nilai hidup yang mulia. Dan kejelasan tujuan kehadiran mereka di dunia ini.

Ramai ibu bapa takut mengaku anak mereka genius kerana takut anak menjadi takabur/sombong. Ketahuilah kesombongan wujud di hati anak-anak itu bukan kerana mereka menerima mereka itu genius tetapi kerana mereka tidak dididik untuk menyedari bahawa genius yang mereka miliki itu adalah didatangkan kepada mereka oleh Pencipta untuk mereka berbakti dan membawa perbezaan positif ke dunia.

Tunjukkanlah contoh kepada mereka bagaimana mereka patut menggunakan genius mereka untuk berbakti kepada Ibu bapa, orang ramai dan tidak ketinggalan diri mereka juga.

Inilah yang kami kongsikan di dalam program "Aku Layak Genius! dan " Advance Aku layak Genius!" Kami mahu anugerah yang telah diberi kepada mereka, mereka hargai dan mereka gunakan untuk mengindahkan dunia. Kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan!


 Salam Kasih - Ibu Rose




Dari ape yang Sakura belajar dalam kelas. Semua yang Allah jadikan adalah genius. Kita hanya perlu cari kekuatan dan potensi diri untuk menyerlah potensi diri selain mengoptimumkan penguasaan otak dan minda kita untuk kecemerlangan diri dan orang lain juga. Ia boleh dibuat dengan pengausaan ilmu 'subconscious mind'

No comments:

Post a Comment