Pemakanan ibu mengandung amat penting untuk perkembangan bayi dalam
kandungan. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
a) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah : Betik, Tembikai, Labu
Sayur : Broccoli, kubis, lobak merah, kentang
b) Makanan berkanji
roti, nasi, pasta, ubi kentang.
c) Makanan berprotein tinggi
Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
d) Makanan berkalsium tinggi - bagus untuk ketahanan gigi ibu dan pertumbuhan gigi & tulang bayi.
Susu, yoghurt, cheese.
e) Makanan berserat tinggi - untuk mengelak sembelit
Bijirin : Oat
Buah : Tembikai, Epal merah, Melon, Buah Naga, Belimbing, Pir
Hijau, Jambu biji Merah, Betik, Avocado hijau, Mangga, Laici, Pisang,
Tomato
f) Vitamin dan Mineral tambahan - dalam bentuk pil yang
akan diberi di klinik semasa pemeriksaan ibu mengandung. Habiskan semua
pil yang doktor bagi.
Asid folik : Untuk perkembangan saraf dan otak bayi
Zat Besi : untuk pembentukan sel darah merah (membawa makanan dari ibu kepada bayi melalui plasenta)
Kalsium : untuk pembentukan tulang dan gigi bayi
No comments:
Post a Comment