Monday, 18 June 2012

Keguguran

Cerita sedih yang nak dikhabarkan dari kawan Sakura. Dia mengalami keguguran baru-baru nie. Sakura mendoakan semoga dia cepat sembuh dan kembali seperti biasa. Memangla sedih sebab keguguran tetapi sekurang-kurangnya nie pengalaman keduanya dan telah dikurniakan dua putra dan dua putri dalam kehidupannya.Kawan Sakura telah mengalami keguguran minggu lepas lagi dan janin dah keluar rasanya cumanya kantung baby dan sisa yang lain masih lagi tak keluar. Memang la sakit dibuatnya. Masa keguguran tue dia dah refer ke Hospital Putrajaya (HPJ) dan diberi advise datang cuci semula selepas dua minggu kalau x habis pendarahan lagi. Memang kiranya dia nak suruh keluar secara natural la. Omak ai dua minggu yang senggasara wei, dah la x bagi cuti dan kena tanggung penyeksaan sakit yang ala-ala extrem period pain tue. At last dia g Klinik An-Nur kt Bangi, masuk wad dan cuci terus, x plah terpaksa bayar dalam RM1400 dan  kesakitan hilang.  Sakura faham perasaannya, dah la kita kesedihan kerana keguguran dan bertambah sakit lagi dengan sisa yang x keluar habis lagi.

Sakura juga pernah mengalami nasib begini. Sakura mengalami keguguran pada pregnat yang pertama yang hanya sempat 12minggu jer. Sedih memang tak terkata la, sebab tue anak first. Masa tue memang sangat berharap tetapi ape kan daya Allah masih mahu menguji kesabaran Sakura dan sekarang pun Sakura masih diuji.

Masa first tahu hamil tue, Sakura tahu melalui pregancy test kat rumah dah positif, buat test sebab period lewat seminggu. Lepas tue baru g klinik swasta kat Sri Kembangan untuk sahkan betul atau tak. Dan jawapannya tetap Yes, memang gembirala waktu tue. Bila minggu ke11 kot datang macam stain. X lah muskil ker hape sampaila minggu 12 (hari Isnin-22.03.2010) buat buku pink kat klinik Putrajaya presint 9. Semua ok dan test urine pun positif. Bila tanya pasal stain kat staf nurse tue dia advise kurangkan aktiviti bersama dan Sakura pula tak confirmkan balik dengan doktor.

Tapi masa maghrib hari yang sama Sakura dah jadi takut sebab keluar fresh blood, so Sakura call Kak Atikah (kakak Sakura- doktor kerajaan) tanya kenapa sebab macam malas nak g klinik sebenarnya. Dia terus advise g Emergency HPJ. So lepas maghrib tue terus g HPJ, lepas daftar terus dia panggil masuk sebab keutamaan kt Emergency adalah ibu mengandung yang mengalami pendarahan. Bila masuk kt dalam tue, doktor perempuan tue scan dan nampak macam ada problem so dia hantar ke Wad Bersalin untuk OnG sahkan. Bila dah kena tolak kat Wad Bersalin tue, doktor scan dan dapat tau la yang bentuk janin dah abnormal dan kemungkinan besar keguguran. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya time tue, tapi doktor tue (tak ingat nama dan dia juga yang buat DnC) bagi tahu jangan sedih sangat sebab lepas nie boleh usaha lagi. Dia bagi appoinment untuk Jumaat kalau masih x keluar lagi untuk buat DnC. So malam tue balik rumah dan bersedihla, tapi dalam hati memang masih mengharapkan keajaiban akan berlaku. Esoknya Sakura ambil cuti tenangkan perasaan dan takut kalau g Opis, berlaku perkara yang tak diingini, Tuan faizal pun ikut sama cuti sebab takut sesuatu berlaku.

Esoknya (Selasa-23.03.2010) lepas balik makan tengah hari kat Pantai Dalam (jauh gila g makan)  dalam pukul 2 macam tue, Sakura rasa lain macam kat perut, g la bilik air dan akhirnya darah bertaburan la kat lantai. Memang menakutkan la masa tue, habis lantai bilik air penuh darah. Menjeritla Sakura panggil Tuan Faizal. Memang masa tue darah keluar tak berhenti-henti samalah dengan airmata Sakura yang habis turun tue. Dalam 20 minit juga tunggu sampai darah berhenti. lepas berhenti tue cepat-cepat bersiap ke HPJ. Sampai kt HPJ Tuan Faizal drop kt Emergency, dan Sakura jalan sendiri la sebab Tuan Faizal nak parking kete. Dalam sorang2 tue, g lah register. Boleh MA tue tanya lagi soalan yang sama macam mlm tadi. Sakura sound jelah, "awak tengok la sendiri buku pink nie, takkan rekod saya mlm tadi x d". Sakura dah la sakit, kena layan soalan pulak. Lepas register setel terus je masuk bilik pemeriksaan dan dia orang terus masukkan kat letakkan kat katil sementara nak dihantar ke Wad Bersalin. Time tue memang terasa bayak gila dah darah yang keluar, dekat sejam gak sebelum dapat g Wad Bersalin, sampai katil pun basah dengan darah

Masa g Wad Bersalin tue dia orang hantar pakai kerusi roda jer, kain dah confirm basah dengan darah. Sampai kat Wad bersalin terus letak atas katil dan time tue darah keluar banyak lagi dan terkeluar juga janin tue. Lepas dia orang dah bersihkan darah dan janin tue, Sakura kena masuk wad sebab pemantauan. Terdengalah staff nurse tue panggil Tuan Faizal untuk uruskan masukkan bilik. Semantara menunggu masuk bilik, Sakura kena duduk kat kerusi. Memang azab giler tahan sakit (sakit macam period pain yang teruk tue) tapi tahan jela sebab kesedihan baby x d membuat Sakura lebih suka melayan perassan sendiri. Air mata jangan cakap la, x henti mengalir sampai orang sebelah pun Sakura x tegur. Dekat setengah jam baru boleh masuk bilik.

Bila dah dpt katil, baringla sorang2 melayan perasaan sedih, lepas tue baru tuan Faizal datang. X boleh nak cakap ape kita orang melayan perasaan sedih jer selain Sakura menanggung kesakitan. Dh nk  pukul 7 macam tue tuan Faizal pun balik rumah. Lepas tue yang rasa nk g toilet, jalanlah sorang2 pelan-pelan g toilet, mujur sebelah jer toilet. Dalam toilet tue tetiba macam ada benda terjatuh kat lantai, Sakura tengok mcm kantung jer, buat dek jela dulu, bersihkan ape yang patut. Masa nak keluar dari tolilet, Sakura tekan bell emergency. Ape lagi staff nurse datang tengok la kenapa. Sakura bagi tau je la ada benda jatuh kat lantai suruh dia orang tengok. Then  masuk la doktor ambil benda tue masuk dalam bekas spesimen.

Lepas maghrib, Kak Ros (klik opis) datang. Then, nurse datang bawak g Wad bersalin nak scan. Waktu tue bapa, adik dengan ibu datang juga tapi x sempat nak borak jumpa tengah jalan jer. Bila scan malam tue, masih ada sisa yang x keluar lagi, doktor pun suruh puasa malam tue sebab esok nak DnC. Okalah, cepat cuci cepat balik rumah. Tension sangat duduk kat hospital sebab katil sebelah semua bakal dapat anak yang kita x d. Memang x bercakap langsung, hanya dengar ape yang dia orang citer jer. Esk paginya tuan Faizal datang, disebabkan Sakura puasa, makanan breakfast tue yang tolong licinkan. Menanti la sampai ke petang bila nak cuci, nie masih puasa lagi. Sudahnya sampai ke malam dlm pukul 8 baru dia orang bg tau esk cuci sebab OT penuh dengan orang bersalin. Nak marah pun dah x larat sebab dah lembik x makan seharian. Lebih 12 jam berpuasa. Sudahnya dapat makan roti dengan air soya jer. Petang tue ada geng opis datang, jadi adalah yang membawa buah tangan yang boleh Sakura makan. Badan memang dah lesu, dalam fikiran dok ingat bila nak balik, bila nak balik. 

Esok sambung lagi puasa sebab nak DnC, sudahnya pukul 2 ptg nurse tolak masuk OT. Gerun gak nak masuk sebab first time masuk OT. Masa nak DnC tue, pakar bius buat separuh badan jer, jadi sedarlah masa dia cuci tue. Doktor dgn team tue siap bergosip lagi dalam OT. Yang kita nie dengar jelah. Dalam pukul 4 baru naik bilik. Kaki x terasa langsung. Huhuhu....malam tue tido lagi kat HPJ. Waaa cepatla balik, boring tahap dewa tau tak. Esoknya dah lega sebab boleh balik. Lepas tuan Faizal uruskan hal keluar hospital, akhirnya dapat balik rumah. 4 hari yang menyedihkan dan menyakitkan. 

Betul kata kawan Sakura kalau nak bersalin boleh g kerajaan sebab kat swasta atau kerajaan, sakitnya tetap sama. Tapi bila keguguran, baik g swasta sebab boleh cepat cuci.



No comments:

Post a Comment