Saturday 7 January 2012

Menjaga Orang Sakit

Sakura hanya nak berkongsi pengalaman menjaga orang sakit yang baru lepas operation ACL. Seperti yang diketahui yang tuan Faizal dah selamat menjalani pembedahan ACL. Masa untuk sembuh dan menjaga orang sakit nie agak kritikal juga la. Terutamanya dalam 2 minggu selepas pembedahan. Tahap nie, memang kena sentiasa ada dekat dengan tuan Faizal. Sebab dia memang x boleh bergerak sebab kesakitan yang ditanggung dan doktor pun x advise byk bergerak, sebab takut cedera kt tempat pembedahan. Bantuan  amat diperlukan pada masa nie.

Terutamanya bila dah kena pakai tongkat untuk bergerak. Mana nak tahan sakit, dan mana pulak nak nak berjalan guna tongkat. Tapi masa sebelum balik dari hospital, fisio dah ajar la cara-cara nak guna tongkat dan bergerak guna tongkat. Jadi tuan Faizal kena praktis untuk biasakan diri. Sakura cuma kena bantu tuan Faizal untuk support kaki yang kena bedah untuk turun dari katil atau ke toilet. Yang nie memang kena buat dengan berhati-hati dan cermat bagi mengurangkan kesakitan yang dihadapi. Jadi tuan Faizal kena bagi arahan agar Sakura dapat membantu. Tersangat azab juga bila masa nak balik rumah dari hospital dan dalam kete nak keluar masuk umah. Waktu nie sangat sedih tengok tuan Faizal menahan sakit.

Kaki yang kena bedah akan dipakaikan bracing. Bila bracing dah melekat kt kaki, agak berat juga la kaki tue. Bracing juga yang menyebabkan pergerakan agak terbatas kerana berat bebanan yang akan ditanggung. Fungsi bracing untuk memastikan kaki dapat dibengkok seperti sedia kala. Saranan doktor berdasarkan pembacaan, dalam masa 7 hari, kaki mesti dah boleh dibengkok 90 darjah. Setiap hari darjah bengkokan kaki akan ditambah 10 darjah atau 15 darjah mengikut tahap kebolehan pesakit. Hanya lock jer darjah yang dikehendaki.

bracing

Semasa kt rumah pulak kena pastikan setiap 2 jam, ais akan dituam dikaki. Kalau boleh gunakan ais yang betul la tapi sangat leceh sebab berair. Jadi paling mudahnya gunakan hot/cold pack yang boleh dibeli kt farmasi. Senang jer nak pakai, simpan pack tu kat frezer untuk 2jam atau lebih. Lepas tue dah boleh letak kat kaki. Kalau g latihan kt fisio hospital, sebelum mula latihan memang ais akan diletakkan. Kalau pegang kat kepala lutut, memang terasa juga hangat jugak. Rasanya ada dalam 3 minngu buat tuam kaki. Tapi dah kemudian tue x lah selang 2jam, ikut suka jer bila nk tuam.

tuam kaki kt fisio
Yang nielah

Bersolat pulak, tuan Faizal memang akan bersolat di atas katil dan mengadap ke kiblat macam biasa. Untuk ambil air sembahyang Sakura cuma guna spray iron baju jer. Spray sampai menitis air kt anggota wudhuk. Memang kena sediakan 2 towel sebagai lapik. satu untuk lapik kaki dan satu lagi kt tangan dan anggota lain. Dekat sebulan juga bersolat kt atas katil. Cuma ambil wudhuk 3 minggu jer atas katil sebab lepas tue dah boleh gerak ke toilet guna tongkat dan dah pandai jalan pakai tongkat.

Minggu pertama memang tak risau la sebab Sakura ambil cuti seminggu. Tapi minggu kedua, tuan Faizal dah kena tinggal rumah sendiri. Berat juga hati tapi kena juga g sebab cuti dah tak berapa banyak lagi. Jadi Sakura kena bangun awal pagi untuk siapkan makan pagi dan tengah hari. Minggu pertama memang Sakura hanya masak stim dengan berasaskan air jer. Janji bukan bergoreng, seafood, kicap dan telur. Bila dah bukak jahitan baru berani nk bagi makanan yang bergoreng dan seafood. Tengok luka jahitan pun dah ok. Hidangan makanan semuanya Sakura letak sebelah katil Tuan Faizal. Mudah untuk dicapai, bukan setakat makanan, air, pinggan dan basuh tanggan mesti disediakan sekali. Pernah sekali Sakura lupa nak letakkan pinggan, terseksa tuan Faizal nk ambil pinggan sebab mana nk pengang pinggan, tongkat dan bracing kaki.

Perkara penting yang perlu Sakura pastikan sebelum pergi keje 1. Air minuman dah diisi penuh dalam botol 2. makanan untuk breakfast dan lunch dah tersedia termasuk rice cooker dah letak depan tv. 3. Baldi berisi air dan sabun berserta tuala kecil untuk lap badan (untuk masa 2 minggu lepas operation tuan Faizal lap badan jer  sebab takut kena pada luka dan menyebabkan infection, nama lainnya nak elakkan g klinik cuci luka, nie pun untuk tempoh 2 minggu, lepas tu tuan Faizal dah boleh g bilik air sendiri).4. Berus gigi dan tempat tadah (nie pun untuk tempoh 2 minggu jer). 5. Tutup lampu semua dan bukan langsir sikit utk bagi cahaya masuk (nie utuk 2 minggu jer, sebab lepas tue tuan faizal dah boleh gerak) 6. Botol spray ambil wudhuk penuh dengan air (tempoh 2 minggu). 7. Baju dan kain ganti lepas lap badan (nie sebab tuan Faizal x boleh naik tangga). Kiranya memang berkampung kat depan tv jelah.

Untuk luka jahitan pulak, doktor suruh cuci kat klinik kalau pembalut tue nampak basah (nie masa dalam dua minggu sebelum jahitan dibuka jer). Tak boleh buat sendiri kat rumah sebab takut ada infection. Ada gak g klinik cuci jahitan. Azab jugaklah nk ke klinik. Kita orang pilih klinik presint 11 untuk cuci luka. Kalau g Klinik Presint 9, pesakit ramai pulak. Lepas jer bukak jahitan, dah x perlu pakai plaster lagi dah dan biar kering sendiri jer. Letak minyak gamat nak cepat kering.

Untuk sembuh luka, Sakura pilih pati haruan Polleney dengan gamat Gamogen. Kenapa ikan haruan x buat sup? Hehehe Sakura x pernah masak haruan dan jangan ambil risiko untuk memasak . Paling mudah minum pati haruan jer, tuan Faizal dah start minum selepas pembedahan. 12 botol gak tuan Faizal habiskan minum, cukup untuk 2 minggu. Gamat Gamogen pulak, tuan Faizal start minum selepas seminngu operate. Masa 2 baru jumpa ada outlet House of Healing kt Presint 15. Sampai sekarang pun tuan Faizal masih minum Gamogen, Sakura pun ikut minum Gamogen sebab baik untuk kesihatan. Khasiat dari 2 makanan nie rasanya yang menyebabkan luka tuan Faizal cepat sembuh. Luka lepas bukak jahitan memang masih ada, tapi lepas makan Gamogen dalam 2 hari, luka tue dah nak baik dan nampak elok.

Tempoh sembuh tuan Faizal juga boleh dikatakan cepat. Dalam masa 3 minggu tuan Faizal dah boleh berjalan dengan bantuan tongkat sebelah, boleh naik tangga sikit-sikit dan yang paling penting dah boleh drive kete (nie sebab kete auto yerk).  Kalau berdasarkan member tuan Faizal yang dah buat pembedahan nie, semua makan masa 4 minggu untuk berjalan. Nie disebabkan latihan fisio yang kerap dibuat, setiap 2 minggu latihan fisio akan dibuat. Selain tue juga ada gak tengok kt internet exercise yang sesuai untuk pembedahan ACL untuk dibuat sendiri. Dalam masa 5 minggu pulak tuan Fizal dah boleh g gym untuk exercise.

Walau apapun pengalaman telah menjadikan kenangan terindah buat kami berdua. Saya sayang Awak selalu.....


9 comments:

  1. info y bguna..tq..syukur sy operate pd thn 2013..pmbdahan acl ada kemajuan..xperlu dijahit n mkn xda pantang..hari kedu lpas operate sy dah bole jln tanpa tongkat..alhamdulilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah...tahniah dah sembuh......

      Delete
  2. Berapa lama kena pakai tongkat

    ReplyDelete
  3. Info yg berguna. Sy operate 11nov15 ritu. Hari kedua dah boleh jalan pakai tongkat. Hehe seminggu lebih dah tak pakai. tapi kena kuat semangat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. boleh kongis..cara2 tidur... boleh ke mengiring... sy br buat operation acl 4hb 12

    ReplyDelete
  5. tq informasi..sy br je operate ACL MINISCUS

    ReplyDelete
  6. Bila minum ikan haraun bengkak kaki operation ada kurang tak?

    ReplyDelete