Wednesday, 23 October 2013

Kesempitan.

Tiga minggu lepas Sakura ada kerja kat Midvalley buat audit Cawangan Elektrik. Jadi nak pergi kesana Sakura amik komuter jelah dari Stesen KL. Audit mula pukul 9.00 pagi tapi Sakura dah sampai pukul 7.30 lagi. Tuan Faizal turunkan kat stesen KL. Disebabkan ade 1:30 jam dan malas nak tunggu kat Bilik Mesyuarat Cawangan Elektrik, Midvalley, Sakura pilih lepak kat stesen jelah sampai pukul 8.20 pagi. Saje nak tengok gelagat orang kat stesen pepagi. 

Pagi pertama, Sakura ditemani dan menemani sorang aunty nie yang nak balik ke Ipoh naik ETS. Dari aunty nie baru Sakura tahu nak amik train ETS kat mane. Dalam pada tue sempat memerhati gelagat orang yang ke hulu hilir. Aunty tue cite gak yang dia g KL ke rumah anak dia. Dia dapat g rumah anak dia pun sebab abang dia boleh jagakan mak aunty tue kat rumah. Dan abang pada aunty tue juga yang suruh aunty g KL jumpa anak-anak dan dia boleh jaga mak. Kagum dengan aunty tue sebab masih dapat menjaga orang tua. Walaupun dia bukan Islam tapi dia boleh menjaga orang tua yang sakit. Kita yang Islam nie apa tah lagi memang wajib menjaga ibu bapa yang dan tua. Rasa bertanggungjawab menjaga orang tua adalah sama jer kan antara semua manusia.

Pagi kedua, Sakura duduk sensorang kat bangku tue sambil tunggu jam pukul 8.30 pagi. Tengah dok sensorang tue, ade sorang pakcik nie datang bertanya macam mana nk g Chow Kit kalau jalan kaki. Sakura memang x pasti sangat macam mana sebab x biasa g Chow Kit pun. Susah gak la nak terangkan. Lepas tue Sakura minta dia naik bas ke Chow Kit dari Pasar Seni jer. Tapi pakcik tue kata dia x d duit nak naik bas. Dia cuma mampu jalan kaki jer. Alahai kesiannya. Lepas tue pakcik tue pun bagi tahu dia nak ke Chow Kit untuk dapatkan bantuan sebab dia baru diberhentikan kerja dan dia x dapat gaji pun sebab majikannya x bayar. Hari sebelum tue Sakura memang ade perasan pakcik nie dengan wife dia kat stesen keretapi. Hari nie pun pakcik tue masih ade kat stesen keretapi dengan pakaian yang sama. Macam tue gak dengan wife dia. Bila dengar citer tue, Sakura terfikir yang Allah menurunkan dugaan pada orang dipilih dan mampu untuk menggalasnya. Dugaan tue datang dengan berbagai bentuk sama ada dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan. Bukan bermaksud kita redha jer dengan ape yang diturunkan, tapi perlu memperbaikinya kearah yang lebih sempurna. Kalau kesusahan yang diturunkan, mestilah kita ubah kepada kesenangan. Tapi kalau kesenangan yang diturunkan kita janganlah kita lupa untuk menambah lagi ketakwaan kepada Allah.

Hari ketiga dah x nampak dah pakcik tue. Semoga pakcik tue dimudahkan urusannya oleh Allah

No comments:

Post a Comment