Friday, 8 June 2012

Temuduga

Alhamdulillah, selamat dah urusan menemuduga Juruteknik (Awam) gred J17 untuk JKR dan JPS. Untuk pertama kalinya Sakura dilantik sebagai panel penemuduga. Pada mulanya kena lantik (arahan hari Khamis lepas) dah gelabah dah, ape nak tanya nie? Nanti terbagi soalan gred J29@J41 susah la pulak. Pening juga nak buat soalan pada mulanya. At last, jumpa soalan jabatan untuk gred J17 juruteknik awam. Jadi dapatla idea untuk buat soalan, tapi sebelum tue ada gak tanya kt Puan Su (turut jadi panel kt Melaka) ape yang nak ditanya. 

Setelah semua pertimbangan yang dibuat, jadi hari pertama (5.6.2012) bermulalah episode menemuduga bermula. Hari pertama tue agak mendukacita sebab ramai yang x dapat jawab.Ada gak yang betul-betul bagus dan mencapai matlamat. Untuk hari kedua pulak, semakin baik persembahan calon. Akhirnya kesemua 100 calon yang hadir, dapatla cari 7 orang yang betul bagus dan simpanan untuk 9 orang. Pesaingan sengit dan yang dipilih adalah yang terbaik sahaja. 


Berikut Sakura bagi Tips Temuduga Kerajaan untuk sesape yang berminat menghadirinya:

1. Hari Sebelum Datang Temuduga-pastikan maklumat organisasi yang nak ditemuduga dibaca dan dikenali, macam Nama Menteri dan Timabalan, Nama Ketua Pengarah dan Timbalanya, Nama KSU dan Timabalan, objektif, misi, visi, bidang tugas jabatan, cawanagan/ bahagian yang ada. Kalau yang teknikal, serba sedikit pengetahuan asas berkenaan konkrit, besi, kayu dan jalan diingat semula.
2. Pagi Temuduga-Dress code kena betul (tapi masa Sakura dulu, sesuka hati pakai baju kemeja dengan seluar....hehehehe dapat gak lulus temuduga....jangan diikut yer)
3. Hari Temuduga-datang awal 30  minit dan terus pergi ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan giliran. Sape datang dulu, dia yang akan dipanggil dulu.Sesi temuduga akan bermula jam 8.00 pagi dan tunggu sampai giliran dipanggil. 
4. Masuk Bilik Temuduga- ketuk pintu dan beri salam dan serahkan dokumen salinan dan asal (dokumen asal nie letak dalam clear folder) seperti yang diminta oleh Ketua Panel dan duduk setelah Ketua Panel minta untuk duduk dan letakkan beg atau barang lain diatas meja (kalau disediakan) atau atas lantai. Tarik nafas dan bertenang dan jawab soalan mesra berbual dari Ketua Panel. Cara duduk kena tegak dan letakkan tangan kat lutut. Jangan peluk tubuh atau mengoyangkan kaki, agak x sopan dan bahasa badan x bagus.
5. Sesi Temuduga-Jawab soalan dengan tenang dan teratur. Kat sini panel akan tengok macam mane calon handle maklumat yang akan disampaikan. Penyampaian maklumat@jawapan calon mestilah lancar, teratur, berkeyakinan dan menjawab soalan. Jangan takut salah tapi biarlah yakin semasa menjawab. Panel x akan kata yang tue salah dan tue betul, semua jawapan diterima tapi akan tolak markah la kat yang salah.
6. Akhir temuduga-setelah semua soalan diberikan oleh panel diberikan kepada calon dan calon dah selesai menjawab. Ketua Panel akan tanya kepada calon sekiranya ada soalan atau tidak. Waktu nie calon kena promote diri yang dia berterima kasih diberi peluang temuduga dan tegaskan kenapa dia sesuai untuk kerja tue dan harapan sekiranya dapat kerja nie. Kalau boleh jangan tanya soalan balik (soalan macam bila tarikh keputusan temuduga keluar baik jangan tanya, sebab dalam surat dah ada. Kalau nak tanya pun ubah jadi bijak sikit, betul ke tuan keputusan temuduga nie akan dikeluarkan pada ????)sebab panel akan merasakan yang calon tidak bersedia menambah pengetahuan.
7. Sebelum keluar- Ketua panel akan ucapkan terima kasih kerana hadir, calon boleh bangun dan ucap terima kasih kalau boleh hulur tangan dan salam pada panel temuduga yang boleh disalam. Jangan pulak calon lelaki nak p salam panel perempuan. 

Paling penting dalam temuduga nie, bertenang dan jangan gugup. Pastikan maklumat asas kita adalah kukuh kalau yang bidang teknikal.

**berkait part2, part3

2 comments:

  1. Assalamualaikum..sy de dpt interview utk juruteknik awam..trime kasih atas tip2 yg diberi..insyAllah akan cube ikut wktu g interview nnti..Blh cite serba sedikit soalan2 yg bese ditnye..ini merupakan interview pertama slps tamat dip 2010 yg lalu..

    ReplyDelete