Tuesday, 15 October 2013

Salam Aidiladha 2013

Salam Adil Adha buat semua. 

Masa untuk kita menghayati maksud pengorbanan dalam diri sendiri.

Merenung sejenak dengan ape yang telah kita buat dari segi pertuturan dan tindakan. 

Dalam hidup nie kita sebenarnya banyak berkorban, sama ada kita sedar dengan tidak.

Kita berkorban masa main untuk belajar, berkorban utamakan ibu bapa dari kekasih hati.

Atau pun berkorban belajar untuk bermain, berkorban kekasih hati dari ibu bapa. 

Setiap pengorbanan ade ganjaran, kemanisan dan kepahitan yang akan kita dapat. 

Ini kerana Allah menjanjikan habuan atas ape yang kita kerjakan.

Setiap pengorbanan juga bergantung kepada niat yang kita pasang.

Niat adalah matlamat kepada  pengorbanan yang kita mahukan dan ia adalah 
penentu kepada baik dan buruk kepada tindakan yang kita akan ambil nanti.

Tanpa ade niat kita tidak akan melakukannya secara bersungguh.

Dengan niat juga kita mencari keberkatan dan keredhaan Allah juga.

Hidup ini juga tiada lain hanya untuk Allah.

Segalanya milik Allah dan kita berserah kepada Allah jua. 

Walaupun pahit yang Allah berikan di mata manusia tapi ia merupakan manis untuk kita. 

Hanya kita yang mengerti dengan ketetapan Allah

Usaha yang tanpa jemu dan lelah demi mencari redha Allah.

Hayati PENGORBANAN demi mencari REDHA ALLAH

ehsan mr google- Ya Allah! Kau berilah kesempatan kepada ku untuk ke rumah MU
 

 



No comments:

Post a Comment