Wednesday, 9 October 2013

Tips Kawal Kehendak Anak

Ramai ibu bapa menghadapi dilemma ini.

Ada juga yang menyangka, seorang ibu atau bapa yang baik dan sayangkan anak ikutkan saja kehendak anak. Tambahan pula ibu selalu ingatkan untuk mendidik anak-anak dengan lemah-lembut dan penuh kasih. Maka ada yang menyangka, ikutkan saja kehendak anak-anak itu.
Oh, Jangan pula ada yang tersalah faham mesej ibu! : ) Itu TIDAK pernah menyuruh untuk biarkan sahaja anak menjadi naik kepala.

Di bawah ini ibu sertakan resepi untuk mendidik anak-anak di bawah 6 tahun.

TANAMKAN DISIPLIN.
Kita perlu disiplinkan anak dan mengajar dengan loving dan firm kerana itu adalah cara yang paling baik. Nabi saw menggunakkan disiplin di dalam pendidikan anak-anak.

KITA PERLU TEGAS.
Jika perkara itu perlu, maka jangan pula ikutkan saja kehendak anak tu. Contohnya carseat - kita perlu pakaikan pada nya itu disiplin.

Jika dia nak naik kereta dan merontak minta duduk atas riba kita semasa kita MEMANDU. Jangan pula diikutkan. Itu sangat merbahaya. Jika dia nak bukak tingkap kereta semasa kereta berjalan. Jangan pula diikutkan.Itu bukan sayangkan anak namanya. Itu membahayakan anak, diri sendiri dan pengguna jalan-raya yang lain!

KEHENDAK ANAK. Ada tempat kita ikut. Ada tempat kita perlu tegas. Bukankah kita yang ketua dan bukan mereka? Apa-apa pun kita perlu tanya, adakah ini membina anak saya? Jika tidak maka kita jangan benarkan. TAPI laranglah dengan bijak, tegas tetapi penuh kasih-sayang.

MARAH. Memang perlu walaupun mereka masih kecil. Namun, belajarlah melakukannya dengan ketegasan tapi penuh kasih-sayang. Elakkan menengking, menjerit, memukul tanpa sebab.Anak yang kecil boleh dipukul tapi jangan dengan rotan atau pembaris atau objek yang keras. Itu boleh dilakukan setelah 10tahun.

Salam kasih - Ibu Rose

No comments:

Post a Comment