Projek 2 nie ade melibatkan pengalihan pintu dr kedudukan sedia ada. Dah alang kepalang nak pindah, kita cari pintu yang semanggah sikit dan boleh pakai lama. Nanti kerja ubahsuai utk dimasa hadapan dah x melibatkan pintu lagi dah. Kos yang dikeluarkan adalah 'One-Off'. Guna istilah kerajaan.
Pencarian pintu dibuat pada Sabtu lepas. Mulanya g kat Puchong, tapi kedai tutup da. Next pencarian g Taman perindustrian Balakong (belakang Minlon). Punca g tempat tue sebab hari Jumaat lalu kat Besraya nampak papan iklan. Try call tanya showroom bukak ker x. Kedai tue cakap bukak. Sampai kat situ, rupanya showroom merangkap kilang merangkap opis rupanya. Kiranya Sakura beli direct dengan kilang la nie.
Since kontraktor Sakura nie first time deal dengan tempat. Jadi projek kita orang dijadikan batu loncatan untuk membuka akaun dan memudahkan urusan dia di masa hadapan. Sakura bawa sekali dengan kontraktor yang nak buat rumah supaya senang berbincang nanti. Walaupun Sakura nie dalam line pembinaan, tapi Sakura x hands-on yer. Jadi khidmat pakar runding adalah diperlukan.
Hari Sabtu terus pilih dan bayar. X d nak pikir2. Sebabnya banyak pikir, banyak idea, banyak permintaan dan lambat buat keputusan. Nanti terencat pulak kerja ubahsuai yang rancak tue. Masa tanya harga macam dah murah. Bila dah tambah kos cat dan pemansangan. Double dari harga kos pintu. Tapi x p, kualiti terjamin dan x perlu sakit hati tengok pintu calar. Kos pemasangan dalam pembinaan nie memang lain kalau pembekal yang buat. Sebab hanya dia orang yang arif dengan produk dia orang.
Tips beli pintu yang Sakura nak kongsi adalah
1. Tanya harga dan kualiti kayu yang ditawarkan (range murah, sederhana dan mahal). Harga adalah berkadaran dengan kualiti kayu yang ditawarkan. Kayu berkualiti, harga mahal.
2. Kalau tanya harga pintu, kos yang diberi adalah kos supply sahaja. Jadi kena tanya berapa kos cat dan matikan cat, kos hantar, kos pemasangan, kos aksesori (hinge dan lockset).
3. Budget pulak kena letak double dari harga supply.
sesape berminat boleh bukak kat web |
N alamat kedai tue seng kong door sdn bhd, S5,S5A,S5B jalan datuk tan Yew Lai Batu 6 jalan Puchong 58200 Kuala Lumpur. kedai nie atas sikit dr klinik petaling bahagia dan masjid. Tokey nie nice n friendly. Sepanjang jalan puchong/ jalan klang lama tue byk juga kedai jual pintu .Senang nak survey juga.
ReplyDeleteHi boleh share no kilang pintu di balakong tu?
ReplyDeleteWujud lagi ke kedai tu?
ReplyDelete