Monday 31 December 2012

Bajet Keluarga.

2012 akan meninggalkan kita hari nie. Banyak kenangan indah dan pengajaran yang kita dapat tempoh sepanjang tahun. Memori indah akan disimpan dalam lipatan kenangan yang indah dan pengalaman pahit akan dijadikan pengajaran supaya hari akan datang akan lebih membahagiakan. Saban tahun juga yang pasti kita nak hidup yang bahagia dan ekonomi keluarga yang lebih kukuh dan stabil. Jadi perancangan yang baik akan memastikan kita bebas dari hutang dan hidup dengan tenang. Sakura nak share pasal pengurusan gaji yang baik utk dijadikan panduan kepada Sakura dan yang lain juga. Sumber nie Sakura dapat FB Suzardi Maulan (pakdi.net), bagus untuk kita ikut supaya kita bebas hutang dan boleh menyimpan duit.  

Salam Tahun Baru!


sumber: pakdi.net

Friday 28 December 2012

SABA restaurant

Saba restaurant Cyberjaya nie favorite place Sakura untuk makan Nasi Arab. Sebabnya Sakura cuma g makan kt Putrajaya, Bangi, Cyberjaya, Seri Kembangan dan Dengkil jer. Jadi nie jelah tempat makan Nasi arab yang menepati taste Sakura. X pernah lagi try yang kat Shah Alam atau KL lagi. Tempat nie sentiasa ramai orang tapi mesti ada tempat kosong punyalah. X kira masa, mesti ramai orang. Kalau bulan puasa jangan cakapla, mesti ramai dan kena buat reservation dulu. Biasanya kalau bulan puasa Sakura lebih suka tapau bawak balik 

Malam tadi try Lamb Mandi (kambing tue direbus dan digoreng). Menu nie sebelum nie selalu x d. Tapi sekarang dah ada. Lama sangat dah Sakura x g makan kt SABA. Rasanya last hari tue masa bulan puasa, tue pun sebab ada kawan ajak makan kat situ. Kalau x, memang x kose makcik nak g makan situ. Punyalah lama dan banyak menu dah ada. Walau apepun nasi tetap rasa tue juga. Terbaik ditekak Sakura dan sangat best kalau nasi arab tue amik lamb dan minum dgn lime jus. Malam tadi g order large, amik kau banyak sangat dan rasanya boleh kongsi 3 orang yang sedang lapar. Sudahnya tapau bawak balik dan malam nie kenduri nasi arab lagi. Boleh sekali lagi makan tue. Yang pasti kedai nie x kedekut lauk. 

Dah makan baru teringat nak snap, bykkan nasi dan lauknya.
 

Wednesday 26 December 2012

Tips Beli Rumah: Part 9

Baru-baru nie dapat call dari lawyer Shah Alam. Pejabat lawyer yang handle tue nama Zura, bagi tau yang cek utk settle redemption sum dah dapat dari CIMB. Ready nak serah kepada lawyer jual rumah. Ikut yang dia cakap lepas nie akan tunggu bank punjual rumah keluarkan security document. Ambil masa gak sebab nak kena cari kat tempat simpan di Bangi (bukan kat Bangsar). Mungkin dalam 2-3 minggu juga . Nie lawyer bagi worst scenario. Sakura memang suka the worst scenario. X lah berharap sangat. Lepas dapat security document, baru la lawyer bank akan uruskan proses tukar hakmilik dan gadaian juga serta lain2 perkara. Lepas tue baru cek balance dari settle redemption sum akan release kepada penjual rumah dan kunci serah kepada pembeli. Lawyer kena pastikan juga yang rumah dah settle bayar cukai tanah, cukai pintu, IWK, TNB, SYABAS.

Lawyer ada bagi tau gak yang Fee lawyer kena tambah lagi sebab total fee 6k++, CIMB cuma tanggung 5K++. Kena bayar 1K++. Masih tunggu quotation dan nak minta discount kat item "misc" bawah tue. Kena cari duit lagi nie. Duit duit, dimanakah kan ku korek lagi yer. 

Proses nie Sakura x check lagi dengan lawyer rumah Damansara. Same ker x?

Tuesday 25 December 2012

Selamat

Sakura nie memang mencari pasal betul, hari Khamis lepas saja nk try transfer duit guna internet banking,  dari Maybank ke CIMB. Biasa buat maybank ke maybank jer. Sekali no akaun yang dimasukkan salah, Sakura guna no loan instead of no current account. Memang pucat lesi dah masa tue, Sakura perasan lepas dapat SMS. Dengan gelabahnya g telefon Maybank nak block tapi, caj mahal giler RM10 dengan tempoh pemulangan yang lama (6-10 hari rasanya, ker minggu, macam tuelah). Dengan x puas hatinya call CIMB pula utk minta dia orang transfer dari account loan tue ke current account. So, Customer servis tue bagi tau x perlu buat macam tue sebab macam mane pun CIMB akan reject transaction sebab transfer ke loan. Hanya dibenarkan ke account saving/current jer. Fuhh selamat. Tapi kena tunggu CIMB reject dulu baru boleh masuk account Maybank balik dalam sehari atau 2 hari berkerja, antara jam 12 ke 2 petang. Kalau x d dalam 2 hari tue, call Maybank utk dia orang tarik balik duit tue. Sudahnya hari nie baru dapat duit tue. Nak cepat jadi lambat, cuai punya pasal.

Monday 24 December 2012

Separuh Jiwaku Pergi

Hahaha, tajuk x senon sebab ciplak tajuk lagu orang. 

Tapi itulah yang Sakura rasa Jumaat lepas. bila perasan laptop x d kat dalam kereta dan teringat yang laptop tue tertinggal kat RnR Besraya (mengahala ke The Mines). Memang rasa nak pengsan dah, dah la laptop kesayangan, mampuih la nak korek tabung beli laptop baru. Masa tue dah pukul 9.30 mlm (perasan kat depan Minlon). Masa singgah solat kat situ, pukul 7.30 mlm. Wuhu, dah 2 jam tertgl, sure dah kena rembat orang punya sebabnya lepas g solat tue Sakura dan Tuan Faizal g Bandar Tun Hussein Onn nak bayar Citibank dengan urusan bank yang lain. Gedebuk gedebak pukul 9.30 mlm baru selesai dan baru boleh balik Putrajaya. 

Pasal laptop tue memang dah berserah jelah hilang. Tapi x p, kita patah balik jer tgk dulu, kalau ada rezeki utk Sakura. Insa'Allah ada. Tapi hati tue dah 100% kata laptop dah kena amik. 2 jam tue, dah berapa amai yang g solat kat situ. Hati tue memang dah separuh dah hilang, nak pengsan pun ada. Mujurlah ke arah KL x jem. Dalam perjalanan tue  try suruh Tuan Faizal ingat kat mana dia letak laptop tue, kat tempat mane? Masa amik wudhuk, laptop kat mana? tapi semua jawapan x d, Huby ku dah hilang ingatan. Pasrah jelah hilang, dalam hati nie mesti ada buat dosa dengan Allah, sebab tue Allah tarik bailk nikamt. Lepas jadi polis pencen tue, terus Sakura senyap sampai ke RnR balik. Bila dah sampai jer kat RnR tue, Tuan Faizal pun g kat tempat solat tue. Sakura try tengok kat seat belakang kalau ada, tapi x d. Bila nampak Tuan Faizal pegang beg, baru la perasaaan tue ok balik. Alhamdulillah ada, x hilang, memang rezeki Sakura dan jodoh Sakura dengan laptop nie pjg lagi. Tuan Faizal bagi tau, laptop tue elok terletak kat bagku luar, mungin tertinggal sama dia nak amik wudhuk atau tertinggal masa dia nak pki kasur lepas solat.Lepas tue  juga baru ada mood nk bercakap dengan Tuan Faizal, sebab perasaan dah ok. Siap bagi tau,tue lah perasaan yang sama bila jiran sebelah rumah bagi tau yang pintu grill x berkunci dan pada masa tue Sakura x d kat rumah. Nie kira kejadian kedua ditahun 2012.

Kejadian pertama hari tue, Sakura dapat dapat call dari jiran sebelah rumah@Cikgu Nora bagi tau yang grill tak kunci. Masa tue Sakura ada kat Klang dan Tuan Faizal g Jakarta. Cikgu  Nora rasa pelik kenapa grill x berkunci dan ada orang kot kat dalam, dia perasan dari Khamis lagi, tapi berprasangka Sakura ada kat rumah. Tapi hari Jumaat pun macam tue juga, macam ada yang x kena, tue yang Cikgu call. Malam tue juga minta adik hantar balik Putrajaya, mujur dia x g main badminton malam tue. Yang tue lagi x senonoh sebab siap kunci tertinggal kat depan pintu rumah. Tue pun sebab minta jiran @kawan@Din minta tolong tgkkan rumah sebab kunci rumah Sakura x d (nak minta tolong Cikgu, dia dah keluar makan) Billa dia g tengok, tue yang dapat tau kunci rumah tuan Faizal ada kat pintu. Then minta dia kunci rumah dan jangan masuk rumah, takut Din pulak jadi suspek pulak. Bila sampai rumah, minta kunci dengan Din dan bila masuk rumah, rumah ok dan x d ape yang berlaku. Semua selamat dan ok. Rupanya dua2 kunci tertinggal kat rumah. Haru biru, tinggal rumah x berkunci utk tempoh lebih 24 jam. Tue pun Tuan Faizal gak, keluar rumah x kunci. 

Macam2 hal betul tahun 2012 nie.

Friday 21 December 2012

Shopping

Ramai yang dah dapat Bonus betul x? Ada yang dapat sebulan dan mungkin ada yang dapat berbulan2. Enjoy your bonus dengan ape pun cara dan yang penting x membazir. Sesape yang nak semangat baru  ditahun baru nanti boleh la dapatkan baju baru, handbag baru or ape sahaja yang mampu menaikkan semangat kita berkerja di Tahun 2013 nanti. 

Sambil tue boleh jenguk ke Butik Shopping "Dua Dara Online Shopping". Shophie Paris dah keluarkan catalogue baru Volume 8. Jenguk-jenguk la, mana tau berkenan dengan barang2 yang ada. Selain tue, nak dapatkan kain pasang pun boleh juga kat sini. Kat Dua Dara Shopping Online juga. 











Thursday 20 December 2012

Ibu Berkerja

Terbaca di FB Wardina Safiyyah OfficialPage pasal ibu yang berkerja. Sakura just nak share end product bagi ibu yang berkerja.

Mak Sakura berkerja (orang gomen gak). Dari mula Sakura lahir sampai umur 6 tahun, Mak berkerja shift dan bila Sakura nak sekolah Mak tukar dari staff Federal ke staff State sebab nak pindah ke Klang dan pastikan yang Sakura dan Adik pergi sekolah agama. Sebabnya kat Kajang, sekolah jauh (sek kebangsaan) dan x d sekolah agama pada masa tue. Mak buat pengorbanan datang Klang tukar status staff State (hilang kekananan).

Bila Mak kerja nie dah pastinya kena tinggal dengan pengasuh. Antara pengasuhnya:
1. pengasuh Sakura dulu sepupu bapa (Sakura panggil Mak Andak), lahir sampai umur 3 tahun rasanya
2. g nursery
3. Mak long, tadika smp darjah 6

Bila  Mak berkerjaya nie, semua urusan rumah kena buat dengan pendekatan paling cepat dan ringkas. Contohnya bab memasak, Mak akan memasak satu lauk (ikan goreng/ayam goreng/daging) dengan satu sayur dan nasi. Sakura juga jarang makan yang bersantan sebab dulu nak santan kena perah sendiri x mcm sekarang ada santan kotak/ santan siap (nie kalau hari berkerja). Paling x pun masak sambal jer. Kiranya Mak balik kerja tue terus jer memasak sebab Sakura dan adik akan balik sekolah jam 6 petang terus makan. Sebabnya lepas maghrib kena ngaji (dalam sejam dan Mak/Bapa yang ajar) lepas tue baru buat kerja sekolah sampai siap dan boleh tido. 

Bila dah mula sekolah (training masa tadika, buat sendiri darjah 1) Sakura dan adik dah kena belajar cuci kasut sendiri. Baju sekolah Sakura, mula darjah 4 dah kena gosok sendiri tapi hari sekolah Mak gosokkan. Macam tue juga dengan yuran sekolah hari pertama, mula darjah 2 Sakura dah diserahkan duit sendiri utk bayar kat cikgu termasuk bayarkan utk adik Sakura yang darjah 1. Mula adik darjah 2, dia pula dah buat sendiri. G sekolah pagi jer Mak/Bapa hantar depan sekolah tapi balik sekolah semua naik bas sekolah jer termasuk sekolah petang balik naik bas. 

Sakura bersyukur dengan training nie kerana menjadikan Sakura berdikari dan diberi peluang untuk mencuba sendiri menyelesaikan aktiviti harian. Nie yang menjadikan Sakura berani dan boleh hidup dengan pengawasan Mak dan Bapa jer. Setiap yang Sakura buat semua ada peraturan yang perlu dipatuhi, contoh hari sekolah x boleh tengok tv kecuali berita jam 8, lepas habis berita tutup tv. Masa berkualiti keluarga adalah lepas waktu sekolah dan sebelum tido dan hujung minggu juga.

Ibu berkerjaya akan menjadikan anak tue seorang yang berdikari, mampu buat keputusan dengan pengawasan dan juga berdisiplin dengan hidup.



Wednesday 19 December 2012

Daftar Haji

Semua Umat Islam akan berazam utk pergi menunaikan haji di Mekah. Rumah Allah yang wajib pergi dan ia Rukun Islam ke-4. Kat Malaysia, hanya  yang daftar dengan Tabung Haji jer yang sah untuk dibawa mengerjakan haji. Tabung Haji telah dilantik oleh kerajaan sebagai badan yang akan menguruskan urusan jemaah haji di sana. Kalau g haji guna pakej pun, nama lulus mesti dari Tabung Haji, Then baru boleh pilih Muasasah or Pakej dari agensi yang diluluskan Tabung Haji.

Hari nie tergerak hati nak cari balik kertas daftar haji dalam "kotak ajaib". Sebabnya tadi try check kat web x boleh. Dengan rasa x puas hatinya g cari, dah x ingat tahun bila layak g haji. Lepas cari tue, jumpa dah kertas print daftar haji tue. Tahun Sakura daftar adalah 2010 dan tahun giliran haji 2035. 23 tahun akan datang baru boleh g. Time tue umur 53 tahun, moga masih diberikan kekuatan untuk mengerjakan haji time tue. Kena jaga kesihatan dari sekarang nie. 

Masa Sakura daftra haji nie, Sakura online jer, x d maknanya nak g cawangan Tabung Haji, senang jer. Kaedahnya:

1) Sila pastikan duit dalam tabungan ada minimum RM1300.
2) Masuk web dan cari E-servis Haji, click Pendaftaran Haji.
3) Baca arahan dan mula mendaftar (masuk no ic dengan no akaun Tabung Haji)
4) Akhir sekali dah siap, print slip daftar.

Mudahkan, dan setiap bulan boleh menabung dengan potongan gaji. Kalau nak keluarkan duit dari Tabung haji, kena tinggalkan RM1300. Tak boleh ambil semua sebab nanti kita dibatalkan daftar haji tue dan kena daftar semula. 


pic dr en google

Tuesday 18 December 2012

Ilham Nasi Kukus

Ahad lepas balik dari mengecat rumah Damansara, perut dah berkeroncong (jam dah pukul 2 ptg) g singgah makan kt Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara. Nie jelah pot paling senang makan kalau Sakura g Damansara. Sebabnya depan kedai ada surau Mutiara Damansara. Lepas makan boleh g terus solat dan x payah singgah ke Petronas nak solat (tempat solat yang selesa berbanding petrol pump lain).

Jam dah pukul 2.30ptg tapi orang ramai jer lagi datang makan. Siap beratur lagi nak amik nasi. Konsep dia senang jer

1. Amik nasi kat kaunter nasi (boleh pilih bahagian ayam yang nak), bungkus daun pisang tue.
2. Amik air kat kauter air
3. Pilih meja utk makan
4. Siap makan, basuh tangan dan bayar kat kauter. 

Ilham Nasi Kukus nie menariknya ayamnya yang panas2, kuah kawah yang sedap dan ada nenas (biasanya orang pki timun jer). Kawah dia memang power sebab lepas makan tangan akan masih berbau kawah lagi. Kat sini, nie jer menu yang ada, 100% nasi kukus dan ayam. 

Kalau ade sesape nak datang sini, cari jer surau Mutiara Damansara. Kalau korang bertuah, korang akan jumpa artis kat sini. Setakat nie Sakura x pernah jumpa lagi, tapi Tuan Faizal ada jumpa dengan Farah Fauzana, Fiza Elite dengan Misha Omar.  Buka dari tengah hari sampai malam setiap hari. Selamat menjamu Selera!

FB=Ilham nasi kukus
No tel=019-3377551 

beratur ambil nasi

bismillah..........
selamat ke tong sampah

Monday 17 December 2012

Bonus 2012: Bayaran Ke-2



Alhamdulillah bulan nie dapat sekali lagi pembayaran bonus 2012 (bayaran pertama masa raya, selesai guna utk raya). Baru tengok slip gaji, duitnya belum dapat lagi. Orang gomen, bonus bukannya banyak, sebulan gaji jer. Baik ade dari x d kan! Tahun nie sebulan setengah tapi bisingnya, riuh sekampung. Bikin malu saja. Orang Swasta bonus, 7/8 bulan, x kecoh pun. Sampai sekarang Sakura masih x paham kenapa nak bising bila umumkan bonus, keluar jela surat pekeliling dan senyap2 masuk dalam slip gaji dah la (tapi ada gak makhluk gomen yg x pernah tengok slip gaji, yang dia tahu gaji masuk jer, hampeh!)

Kalau dulu mula2 keje memang menunggu bonus sebab impian nak beli tue dan ini dapat tercapai. Tapi lepas belajar berjimat, It's time to invest or settel debts! Joli memang boleh joli tapi dengan duit bonus nie la kita tampal lubang kewangan yang ada sebelum jadi barah.

Tahun nie x d maknanya lah nak beli tue ini. Duit bonus kena invest siapkan rumah. Minggu depan aktiviti mencari tile rumah bermula (survey dah berbulan lepas, duit x d! cuci mata jelah dulu). Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nampak. Kiranya 2.5K (combine Sakura dengan Tuan Faizal) nie cukupla utk beli tile dengan cat rasanya. Next bayaran bunus pulak utk kipas dengan pintu dapur+bilik air dan beberapa barang kecil lain. Harap x banyak la nak beli barang bulan depan dan boleh guna utk projek 2.

Selain utk projek pertama, duit bonus nie utk mencuci harta juga, Zakat jangan dilupa. Nanti Allah tarik nikmat baru tau. Bak kata mak "Duit yang kita dapat ada milik orang lain".

Saturday 15 December 2012

Mee Tarik Warisan Asli

Since Tuan Faizal tengah ada projek Klinik kat Sungai Besi, kerap juga la sekarang ke situ. Kalau Tuan Faizal dok sibuk kat dalam discussion (Sakura malas nak masuk sebab habuk), jadi Sakura mulakan aktiviti penjelajahan kat tempat nie (deret kedai baru). Dah puas dah semua ceruk Sakura pusing. Sepanjang penjelajahan kat sini, Sakura tertarik dengan satu Kedai jual mee kat sini. Nama kedai tue Restoran Mee Tarik Warisan Asli. 

Sakura dah 2 kali g mkan kat sini. First tue cuba masakan mee dia (x ingat dah mee ape) dan kali kedua try nasi dak lauk dia. Memang sedap la mee kat sini sebab buat fresh dan x  d asid boric. Masih terasa2 lagi kesedapan dia dan jenis masakan mee pula berunsurkan kambing, daging dan ayam. X macam menu biasa, balik2 mee bandung, mee hailam, mee goreng, mee kung fu etc. Memang sangat best di tekak dan citarasa Sakura. Yang kedua kali makan nasi lauk lamb toothpick, sup sayur telur dan daging goreng capsicum. Memang terbaik la kedai nie. Luar dari menu biasa yang Sakura makan. 

Ada juga try tengok food review dari blogger lain pasal kedai nie, rupanya kedai nie dah keluar kat Jalan-jalan Cari makan baru-baru nie. Lagi satu blogger pulak , kedai nie memang salah satu cawangan yang datang dari China. 

Kalau korang datang makan kat sini, kena tulis kod kat kertas yang diberi dengan jelas. Lagi satu untuk order nasi puti. Tulis je plain rice sebab x d dalam senarai kod makanan, takpun g kaunter. Kalau yang datang entertain tue makcik dan pakcik (agak berusia) memang payah sebab mereka x tahu cakap bahasa melayu. Dua kali datang, dua kali makcik tue yang layan. Memang macam ayam dengan itik, sudahnya g kaunter nak order. Sampai ke hari nie Sakura masih tersenyum bila teringat scene comunicate dengan makcik tue. Lawak sangat. 

Ape yang membuat Sakura kagum pasal kedai nie, dia orang nie (x boleh cakap melayu dan macam datang dari China, makcik dan  pakcik tapi cucu dia boleh boleh cakap melayu) boleh berniaga di negara asing dengan berjaya sekali (kedai sentiasa penuh). Cuba orang kita (orang melayu) berniaga di pekan cina. Sesuatu yang perlu kita belajar, halangan bahasa bukan penyebab kita x berjaya dalam berniaga, yang penting perkhidmatan terbaik. 

Ade sesape nak mencuba? Kedai nie kat Sugai Besi, alamat kat bawah nie.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.

dalam kedai

amik tepung yang dah diuli utk buat mee

hidangan saya


sup sayur telur

daging goreng capsicum

lamb toothpick


Friday 14 December 2012

Tupai-Tupai

Bulan nie banyak betul g makan kat Tupai-tupai, mulanya hari tue g makan steamboat kat Tupai2 Shah Alam sebab raikan adik convo, beberapa malam lepas g makan malam kt Tupai2 KL dengan tuan Faizal (balik dari tgk klinik Hang Tuah) dan semalam farewell Eddie kat Tupai2 KL (makan tengah hari). Semuanya senario yang berbeza tapi tempat yang sama. 

Sakura lebih suka yang KL berbanding Shah Alam. Mungkin sebab masa tue time hujan dan x dapat lepak makan kat open area dan spoil kat toilet. Kat KL nie tempat dia lebih best (belah malam), siang memang ramai dtg mkn.

Pasal steamboat, biasa-biasa jelah dan berpadan dengan harga RM 29 seorang. Malam yang lepas x makan steamboat tapi amik tomyam, siakap 3 rasa dengan telur goreng pun biasa2 x lawan Tom Yum Kung. Tgh hari pulak makan nasi campur dengan pilihan lauk yang sangat banyak. Kos makan utk 11 orang hanya RM140 jer (nasi dengan lauk+ air jus rm4.50). Sangat puas hati makan tengah hari kat sini. (x dapat buktikan sebab g makan berlenggang dengan ic pun x bawa)

Kepada sesape yang nak buat reservation, nie no yang boleh dihubungi

KL=03-2143 2525
SHAH ALAM=03-5126 2525
BANGI=03-8922 2525
AMPANG=03-4292 3333

KL

KL

KL

KL

menu saya

shah alam

Shah Alam

Thursday 13 December 2012

Perancangan Kewangan

"Kita belajar berpuluh tahun untuk mencari duit, tapi kita tidak diajar macam mana uruskan duit"

Sakura sangat setuju dengan kata-kata di atas. Kita mula belajar dengan kenal huruf dan nombor. Dari kenal huruf dan nombor kita akan dapat membaca, menulis dan mengira (3M). Bila dah kuasai 3M kita akan mencari ilmu di dunia nie dan cari ape yang kita minat utk dijadikan tempat mencari rezeki. Rezeki yang kita dapat tuelah pendapatan kita. Tapi kita x pernah diajar macam mana nak uruskan pendapatan betul tak?

Mujurlah lah Sakura ditemukan dengan program En Aziz, kalau x mesti sekarang hidup nie masih lagi dibelenggu dengan hutang yang x sepatutnya. Duit gaji dapat hanya habis bayar hutang jer. Nak pulak pakai kad kredit, sedap jer sweep. Dapat bil, pening nak bayar. Sedih betul hidup dalam jahil kewangan. Sekarang x berapa jahil (jahil juga bila gatal pki kad kredit) lepas join En Aziz. 

Memang betul, nak belajar ilmu Perancangan Kewangan nie mahal. Ramai yang x mampu. Tapi sama jer macam kita g belajar bertahun-tahun tue. Pakai duit gak. Kena usahakan juga nak belajar ilmu kewangan nie. Untuk diri sendiri gak sebenarnya. Mampu tidur lena dengan hutang keliling pinggang?

Nak ikutkan masa Sakura nak mula join En Aziz dulu pun berat juga. Dalam hati tue dok pertimbang, bagus ker x program nie? entah2 menipu. Zaman sekarang nie ramai menipu jadi x boleh percaya sangat. At last, tawakkal jela. 18 bulan  ikut program En Aziz memang betul2 ajar disiplin pasal kewangan. Barulah kenal juga buku2 kewangan dari perancangan kewangan lain pulak. Kalau x, memang x terbuka mata langsung. Barulah kenal dan dapat bezakan "needs n wants". X semestinya dengan En Aziz, banyak lagi perancangan kewangan kat luar tue. Yang penting jangan kedekut keluarkan duit untuk belajar ilmu kewangan.

Wednesday 12 December 2012

Makan Gaji Dan Persaraan

Pagi nie Sakura baca kat Wall FB seorang sahabat berkenaan pendapat dia orang kan gaji. Ape yang dikemukakan adalah, orang makan gaji x cukup duit di masa persaraan, dan tidak seperti orang bisnes yang duit sentiasa ada dan tiada erti berpencen. Kiranya selagi hidup dengan bisnes duit akan sentiasa mengalir.

Ada betul dan ada yang x betul jua. Orang makan gaji memang lah hidup x putus duit dan mudah dapat pinjaman. Bagi orang bisnes pulak mereka akan sentisa kreatif dalam perniagaan bagi menarik orang menjadi pelanggan. Tapi semuanya berpunca dari satu asas, Pengurusan Kewangan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik orang yang kaya pun boleh jadi miskin dan orang miskin pulak boleh hidup senang.

Sakura dikeliling dengan orang-orang berpencen kerajaan, yelah Bapa pencen kerajaan dan pakcik2 sakura yang lain pun orang pencen kerajaan juga. Tapi x d pun sampai tahap dah pencen kena kerja lagi. Syok jer hidup berpencen dan makan duit pencen. Kalau nak diikutkan Bapa dan adik beradiknya yang lain tue cuma taraf sokongan II jer (kelayakkan kerja dengan SPM). Tapi cukup jer semasa berpencen. Ape yang Sakura perhatikan Bapa dan adik beradiknya adalah orang yang berjimat di masa muda dan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Kenapa Sakura cakap macam tue, Sakura cerita pasal bapa Sakura jelah kan.
  
Bapa x la boros dan x lah berjimat sangat. Keluarga Sakura masih lagi tinggal rumah sendiri, ada kereta dan boleh beli benda perlu dan penting. Kalau bab sekolah dulu, buku teks sekolah Bapa belikan, x d pinjam2 SPBT (dulu ada option nak pinjam atau nak beli sendiri). Tapi kita orang x d lah tahap g bercuti tiap2 tahun. Seingat Sakura, Bapa cuma bawa kita orang g bercuti Kelantan/Terengganu dan bawa g Medan (nie plan Mak) jer, kiranya sepanjang hidup 2 kali jelah. Bab kereta memang Bapa x pernah tukar, tuelah kereta kesayangan yang berkhidmat utk 30 tahun (mula Sakura lahir sampai sekarang dok pki keta tue lagi). Kalau bab makan luar pulak, x d lah selalu sangat tapi dalam sebulan 2 ke 3 kali ada g makan luar. Masa belajar kat UITM pun Sakura x pinjam PTPTN, semua duit Mak dan Bapa tanggung belajar. Memang hidup kami simple dan bahagia.

Ape yang Sakura perhatikan, Bapa plan semua benda sebelum dia pencen mesti dah selesai. 
1. Beli kereta baru (sebab BBS dah uzur dan mak suruh beli juga) -habis bayar sebelum pencen
2. Rumah Cheras (bapa beli masa Sakura umur 3 tahun rasanya)- dah habis bayar 5 tahun sebelum pencen
3. Dah pergi haji - 7 tahun sebelum pencen
4. Sakura habis belajar - 3 tahun sebelum pencen 

Bila semua nie selesai, Bapa dapat pencen dengan aman dan tenang la. Hidup orang berpencen nie aktivitinya g kebun dengan surau jer. Duit pencen semata-mata untuk makan dan petrol sikit, Bapa dah tau bila pencen, duit pencen cuma cukup utk tue dan perkara lain memang x mampu dah tanggung.

Sakura ingat lagi Bapa cerita pasal beli rumah Cheras tue, masa tue gaji dalam RM500 ker RM600, bayar rumah jer dah RM300. Terpaksa juga beli sebab nanti bila pencen dah ada rumah nak tinggal. Sebab tue Bapa x pernah tukar kereta dari dulu. Bila bandingkan Bapa dengan kawan kerja dia (jiran dekat dengan rumah). Selalu jer dia tukar kereta dan duduk rumah kuarters. Bila nak pencen baru sibuk nak beli rumah. Sangatlah membebankan. Perancangan kewangan nie perlu dibuat dari kita muda lagi supaya masa kita habiskan sisa hidup nie kita dapat hidup dengan tenang.

Tuesday 11 December 2012

Luahan Rasa

Hari Ahad lepas Sakura tengok siri Entri Jameela kat ASTRO. Nie kira first time tengok dapat tengok dan masa tayangan yang kurang sesuai, pukul 7.30 mlm. Ok gak citer nie pasal Wanita. ala-ala Nona la gak tapi bercirikan muslimah dan Islam. Ada slot yang membuatkan Sakura tertarik dengan episod nie masa diakhirnya ada soalan untuk Prof. Dr Muhaya berkenaan si penanya soalan yang belum mendapat anak setelah 5 tahun berkahwin. Dalam hati Sakura, macam aku jer kes kes nie

Jadi jawapan dari Prof, Prof menyatakan kita x perlu malu kerana tiada anak. Kenapa perlu malu kerana tiada anak? kita hanya perlu malu kepada Allah sahaja. Prof menyatakan rezeki mendapat anak adalah urusan Allah dan kita kena berusaha dan bersabar jika belum dikurniakan anak, semoga satu hari nanti akan dikurniakan juga akhirnya. Prof juga menyatakan tidak bersetuju dengan masyarakat kita yang selalu menjaga hal tepi kain orang. Yelah masa single sibuk tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin sibuk tanya bila nak dapat anak, bila dah dapat anak bila nak menambah lagi, bila anak dah besar sibuk tanya bila anak nak kahwin. Sepatutnya masyarakat kita diberi didikan bahawa jangan mananya soalan yang melukakan hati orang. Sepatutnya kalau nak tanya pun "dah dapat anak ker?  kalau belum saya doakan awak akan dapat baby juga nanti, insa'allah". 

Ok, lepas penjelasan dari Prof tue Sakura terasa yang memang sgt setuju dengan asas Prof. Soalan macam nie memang selalunya membunuh perasaan orang2 yang sedang berusaha mendapatkan anak. Orang yang setara Sakura nie, bukanlah menolak anak dan tak berusaha. Kami amat berusaha dan cuma Allah belum memberikan rezeki itu dan usaha kami nie belum menemui kejayaan. Kekadang dengan soalan macam nie menyebabkan kita malas nak bergaul dengan masyarakat (nie disebabkan rasa sakit hati dan perasaan malu juga). Semua orang didunia nie ada rezeki masing-masing. Kalau yang x kahwin lagi tue mungkin Allah nak berikan pasangan yang paling terbaik untuk kita atau mungkin membolehkan kita membantu keluarga dulu. Kalau yang belum dapat anak mungkin Allah nak suruh kita ada ekonomi keluarga yang kukuh dulu ker. Semuanya ada rezeki masing-masing, x perlu nak kita bandingkan si A dengan si B. Semuanya berbeza kerana semua rezeki adalah milik Allah. 

Sakura pernah dapat soalan dari seseorang bertanyakan pasal anak. Mula ok la tanya pasal dah anak ker belum? Jadi Sakura pun cakapla belum. Then start la pula ditanya kenapa x beranak lagi. Wah ini sudah cukup lebih, ape ingat beranak nie macam dapat anak kucing tepi jalan ker. Rasa masa tue macam kita nie mandul sangat. Nak jer bagi tau, saya bukan x pernah merasa mengandung tapi saya cuma dapat rasa 3 bulan jer. Allah lebih berkehendak dan saya bukan x usaha, saya masih berusaha. Tapi semua jawapan tue simpan dalam hati jer. Selagi boleh bersabar, bersabar lah, tapi dalam diam hati nie menangis. Tuelah masyarakat kita yang masih lagi sibuk menjaga tepi kain orang. Jagala perasaan orang lain juga.


Monday 3 December 2012

Dengkil:Makan Durian

Tergoda dengan statement bos yang borong durian kt MAHA, maka Sakura dan Tuan Faizal mencuba untuk pergi petang semalam. Manalah tau dpt beli durian lelong ker. Tapi apekan daya, nak masuk pun orang bersusun dan hari pun nak hujan gak. X payahlah gigih nak mencuba, ada baiknya g jer kat Dengkil makan durian tepi jalan. Dah confirm durian baik.

Sudahnya semalam lepas solat magrib (dalam pukul 8) g cari durian. Tempat nie dekat dengan Bukit Unggul. Kalau dari Pekan Dengkil dia sebelah kiri. Sepanjang jalan Dengkil- Bangi nie, nie jer gerai durian yang ada. Kat sini memang port Sakura makan durian la. Durian kat sini ada macam2 jenis, nak pe? udang merah, musang king, D24, IOI, etc. semunya ditimbang. Sakura lebih suka makan kat sini jer, x payah bawak balik. 

Malam tadi amik 2 jenis jer IOI dan D24. Sesungguhnya IOI masih dalam carta hati. Isi tebal warna kuning, biji kecik dan lemak pahit rasanya (mcm durian kampung). D24 x berapa best. Harga RM35 utk 3.5kg. Next time nk try musang king lak. Sedap ker? Mahal harge. 


Rasmi dah

Macam2 jenis

Durian IOI-

Biji nipis dan ada yang kcik

Durian D24

Saje-saje

Boring dah tgk pintu nie, kita tukar la kulit dia (lupa nak amik gambar sebelum)


Sunday 2 December 2012

Amalkan

TIPS: Mendidik Anak GENIUS Bermula Dari Dalam Rahim Ibu

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

1- Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2-Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran.

3-Amalkan Membaca Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

4-Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5-Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

6-Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

7-Latihan Matematik dan Membaca
Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.
Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai..

Sumber : Majalah Pa&Ma


Saturday 1 December 2012

Tips Beli Rumah : Part 8

Bayar Lawyer S&P

Semalam lawyer rumah LP dah call bagi tau yang first cheque kepada Bank penjual rumah akan dibuat. Huhuhu dah nak berakhir juga proses jual beli rumah nie. Maka akan bermulalah episode membayar rumah dan masuk rumah. Rasanya dalam 2 bulan lagi boleh selesai la kot semua urusan berkaitan dengan rumah. Ini pun membawa kepada kena buat bayaran peguam. Terbaru nie bil peguam adalah RM 3454. Tapi sebelum nie (bulan 5/6) dah bayar kat lawyer RM3127. Jadi jumlah bayar peguam adalah RM6581.Pitam gak keluar duit sekelepuk. Mujurlah hari tue dah bayar separuh. Sempat gak simpan sikit dan sampai masanya cukup pulak nak bayarnya. Alhamdulillah dengan jalan yang Allah lorongkan.




Semalam gak masa belek Dokumen Bank, baru terperasan yang kos penilain rumah 0.3% dari kos rumah yang beli. Maka tambah pulak kos peguam 3 % dari kos rumah juga. Jadi utk beli rumah mesti ada peruntukan Downpayment, (10% semestinya) dan tambah 4% lagi (kos peguam dan penilai rumah). Nie belum tambah ubahsuai rumah yer, yang tue bergantung kepada taste tuan rumah.


***Masa beli rumah Damansara hari tue, lawyer dia kejam sikit tapi keje memang cepatla. Lepas bayar RM1500++ baru S&P tadi dia bawa g stamping dan dokumen siap dalam tempoh kurang 2 minggu. Gila laju lawyer nie buat keje. Tapi memang puas hati juga dengan kerja dia orang.