Friday 31 May 2013

Nasi Ambeng

Nasi yang sinonim dengan kehidupan orang Jawa (banga jadi anak jawa, sad sebab x pandai ckp jawa tapi faham bahasa jawa). Ala nasi yang bungkus dalam daun pisang ade mee, serunding, ayam goreng/ayam kicap, sayur goreng. Ade jer sekarang jual kat pasar malam dan dah ade yang jual komersial dah sekarang. 

Kalau ikut asalnya, nasi nie akan dihidang masa kenduri. Dalam masyarakat jawa nie banyak buat kenduri doa selamat atau kenduri nak menyambut puasa. Nasi ambeng akan dihidang dalam talam besar dan dikongsi dengan beberapa orang yang hadir dalam kenduri (biasa 4 -5 orang satu talam). Nasi ambeng nie x dimakan kat tempat kenduri, tapi akan dibungkus dengan daun pisang dan plastik utk dijamu kat rumah dengan keluarga. Kat tempat kenduri tue biasanya makan kuih jela. Kalau dah dihidang dalam talam besar, dah semestinya nasi akan banyak dalam satu talam juga. Lauk pun banyak juga la sebab akan ade ayam goreng seekor kat tengahnya. Sebab tuelah x boleh makan kat kenduri dan makan kat rumah. 

Makan dalam talam nie sebenarnya semangat kepada keakraban dan persefahaman. X percaya kan, cuba korang bandingkan kat tempat kerja korang yang selalu buat makan bersama dengan x pernah buat makan bersama. Mana yang lebih akrab korang berkawan. Tak pun orang cina yang amalkan mkan besar. Kan dema makan bersama-sama dan tengok akrabnya dia orang tue.

Kalau dalam keluarga Sakura, nasi ambeng nie dilarang/pantang sama sekali mencampurkan mee. Memang x berusik la nasi tue. Kalau usik pun, mee tolak tepi x makan. Sangat pantang kalau serunding campur dengan mee tue. Ape yang ade biasanya dalam nasi ambeng tue, nasi (dah semestinya), ikan bulu ayam goreng tepung/ ikan masin, sambal goreng (kentang, tempe, suhun, tahu kering), serunding daging (kelapa parut dan hirisan daging) ayam goreng/ ayam masak kicap. Option lain yang kalau ade yang memang terangkat kalau makan, tempe goreng garing, sayur campur, sambal. Sebenarnya ape sahaja lauk boleh dijadikan nasi ambeng. Nasi ambeng nie dimakan kering dan x berkuah. Cuma sekarang jer berkuah sebab ade yang x pandai makan x berkuah.

Sakura suka dengan nasi ambeng masa kenduri nie sebab x banyak pinggan nak basuh masa kenduri. Jimat tenaga sebab hanya basuh talam dengan gelas jer. X pun pinggan sikit jer.


Thursday 30 May 2013

Ingat 5 Perkara



5 perkara menjadi racun dan 5 perkara penangkalnya.

1. Dunia adalah racun, tangkalnya adalah zuhud  
2. Harta adalah racun, tangkalnya adalah zakat  
3. Bicara adalah racun, tangkalnya adalah zikrullah.
4. Umur adalah racun, taat adalah tangkalnya.  
5. Tahun adalah racun, ramadan adalah tangkalnya.

Tuesday 28 May 2013

Food Court Presint 9

Ade satu lagi tempat makan kat Putrajaya yang Sakura akan pergi kalau dah kebosanan nak g tempat2 lain. Tempat tue adalah Food Court Presint 9, dekat klinik presint 9. Tapi kat sini, Sakura lebih suka g makan sarapan jer, sebab nak menikmati nasi dagang/lempeng kelapa@pisang/roti john. Kalau nasi lemak kat sini, Sakura lebih suka yang sebelah roti john. Tapi masak kuantiti kecil dan lambat sangat bukak kedai dan banyak x buka kedainya. 

Nasi dagang yang Sakura suka pulak, gerai depan jual lempeng pisang@kelapa. Tempat lain x berapa menarik. Biasanya kalau nak g beli, memang kena beratur la. Gerai nie x kedekut lauk. Memang banyak lauknya. Kalau lambat datang cari sarapan memang kempunan x makan. Memang sold out setiap hari. Selain nasi dagang, kedai nie jual nasi minyak juga. 

Lempeng pun macam tue juga. Buat panas2 dan makan cicah sambal ikan bilis@sardin. Memang sedap. Orang yang menanti pun ramai juga. jarang dapat yang dah siap masak. Memang kena tunggu punyalah. Tapi x lama manapun tunggunya.

Sakura lebih suka roti john sini dari Unai Roti John@Warisan. Kat sini kurang berminyak. Sebatang panjang tue Sakura boleh habiskan sorang jer. Kuikuikui

Roti canai sedap kat sini, ada kat depan gerai nasi lemak ayam berempah. Beli roti canai kat sini siap ade no. panggilan dan akan dipanggil bila dah siap. Jarang dapat makan sebab ramai sangat peminat gerai nie. 

Kat sini kalau malam, Sakura lebih suka burger. Kalau dulu ade Otai Burger tapi sekarang dah jadi Ramli Burger jer. Ade gak gerai Yong Tau Fu buka petang. Ok la Yong Tau Fu nie (sebab Yong Tau Fu yang kena ditekak Sakura ada kat Klang) dari pasar malam.




Friday 24 May 2013

Tips Murah Rezeki

8 PINTU MURAH REZEKI :

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji.”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.


Sumber: FB Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
 



 Sumber: FB Ustaz Don Daniyal
 

Wednesday 22 May 2013

Dugaan Puasa 2013

Baru masuk Rejab, dah ternampak dugaan puasa yang bakal dihadapi tahun nie. Dugaannya adalah berbuka puasa kat dalam  kelas sepanjang puasa sebab kelas balik malam. Mujurlah hari Sabtu jer dan Ahad x d kelas. Oklah tue, at least hari Ahad boleh balik buka kat Klang.

Siap masuk jadual Xzam pulak sebelum Raya. Dahla tiket amik balik awal lagi, hari Khamis. Memang ku pulang raya sendiri la gamaknya. Mujur la juga dapat notis awal. Berserah jelah. X d hal sangat pun tapi otak nie ligat pulak pikirnya. Saje nak dosa mengomel.

Ok la, sesi terapi dah berakhir. Kita enjoy

Tuesday 21 May 2013

Hutang

Petua Islam Mengenai Hutang

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi ]

Pengajaran Hadis:

i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.

ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.

iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.

iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.

v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.


Sumber: FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Sunday 19 May 2013

Pelajar Sebenar

Sebenarnya entry nie dah lama Sakura nak buat, tapi dok terlupa jer. X puas hati bila tgk citer melayu, kalau ade scene student kolej/universiti mesti macam nak g kelab malam. Aduhai. Nie dah menjatuhkan martabat kami pelajar perempuan di universiti. Standard pelajar perempuan kalau g kelas berseluar/skirt panjang, baju t-shirt/blouse lengan panjang. Same jer trend dari Sakura diploma, amik degree dan sekarang master program. Kalau nak warna muka pun x d makna nak tebal seinci. Setakat tepek bedak jela rata-ratanya. X boleh terima betul pakaian yang ditunjukkan kat dalam tv/filem. Tolongla pembuat filem wei, kalau nak tunjukkan penampilan student perempuan tue, biar as per dresscode universiti.

Nie luahan masa kt UTM hari tue ade shooting filem. Tapi x berekod lagi ketidak puasan hati. X d makna nak melaram lelebih sebab malu kat lecture yang mengajar. Lecture yang ajar pun pakaian lebih kurang kita orang jer pun (sebab kelas hari Sabtu Ahad kot).

Masa shooting tue ade Aron Aziz dan Nabil. Segan wei nak amik gambar. Sudahnya tengok jelah depan mata.




Saturday 18 May 2013

Nak Berniaga

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.


"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam....

Thursday 16 May 2013

Terima Kasih Cikgu!

Hari nie merupakan Hari Guru Malaysia. Hari mengenang tugas sebagai pendidik dan menghargai jasa bakti guru di Malaysia. Tanpa guru siapalah kita. Guru nie kita selalu hargai adalah orang mengajar kita kat luar dari rumah. Tapi sebenarnya guru yang tulen adalah guru di rumah. Guru kat rumah nie dah semestinya ibu, bapa, adik beradik, pembantu rumah dan sesape yang ada dalam rumah. 

Setiap masa kita, ada guru yang berdamping dengan kita. Kita yang kat pejabat nie pun ada guru. Bos dan rakan-rakan yang mengajar kita uruskan buat kerja pun guru juga. Seharusnya kita mesti mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengajar. 

Sakura amat bersyukur dan berterima kasih kerana sentiasa berdamping dengan guru-guru yang baik. Kebaikan yang diajar tue telah menjadikan Sakura pada hari ini. Tak terkira rasanya jasa yang diberikan. Terima kasih semua guru-guru ku. 


Hayati Lirik Guru Malaysia:

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

Wednesday 15 May 2013

Prinsip Pemakanan Bayi

PRINSIPNYA

"Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap"

1. Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap.

2. Beri kanak-kanak makan makanan yang digemari.

3. Galakkan kanak-kanak untuk makan makanan yang lembut, pelbagai dan menyelerakan.

4. Setelah anak sembuh daripada sakit atau sedang pulih, beri dia makan lebih kerap dan galakkan dia makan lebih daripada biasa.

RASIONAL

Keperluan cecair adalah lebih tinggi semasa sakit. Contohnya, semasa cirit-birit, kehilangan air selain daripada urin boleh mencecah sehingga 2 - 3 kali ganda daripada biasa. Demam juga boleh meningkatkan kehilangan air. Dalam keadaan ini, adalah penting untuk memberi air lebih daripada biasa. Kanak-kanak yang sakit didapati lebih suka menyusu berbanding makan makanan lain (Brown et. al. 1990).

Oleh itu, penyusuan susu ibu harus diteruskan dengan kerap.

Walaupun bayi dan kanak-kanak mungkin kurang berselera ketika sakit, pemberian makanan pelengkap perlu diteruskan untuk mengekalkan pengambilan nutrien yang mencukupi dan mempercepatkan proses penyembuhan (WHO, 2004).

Selepas sembuh, kanak-kanak perlu mengambil lebih nutrien untuk menggantikan nutrien yang hilang sewaktu sakit dan untuk pertumbuhan yang lebih pesat. Lebih makanan diperlukan sehingga kanak-kanak menambah semula berat badan dan membesar dengan baik.

Disediakan Oleh: Kumpulan Kerja Teknikal Pemakanan Bayi Dan Kanak-Kanak Kecil, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Sharing is Caring sentuhankasih-ibu.com

Sunday 12 May 2013

Tanda2 Kanser

Tanda-Tanda Awal Kanser

1. Kanser Pangkal Rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2. Kanser Payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada atau bawah ketiak. Keluar cairan darah di puting, pembesaran kalenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3. Kanser Usus Besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badab, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4. Kanser Paru-Paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5. Kanser Perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6. Kanser Limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7. Kanser Ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersetubuh, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8. Kanser Otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9. Kanser Prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10. Kanser Darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat infeksi.

11. Kanser Tekak - Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


Sumber: FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Friday 10 May 2013

X Perlu Lama-lama

Diam x diam dah nak 3 tahun kat tempat nie. Dah rasa tepu dan bosan dengan kerja yang dibuat sebab same jer pattern. X mencabar minda dan otak langsung. Nak pulak buat HR, 4 kali buat dah faham selok belok. Tips buat HR nie senang jer, ko faham dengan arahan yang dikeluarkan, ko rajin buat analisis utk tengok pattern, dan ko pandai susun dan merekod. X d payah sangat. 

Sama juga masa kat KPM dulu, uruskan projek sekolah. Setahun setengah, dah masak dengan nak cari penyelesaian setiap masalah  projek. Nak pulak ko pegang banyak projek (1 group projek sekurang2nya ade 8 projek kena uruskan). Masalah yang ko hadapi tue akan berulang dan kejap jer boleh selesai. Tapi kalau kontraktor x d duit tue, memang x boleh tolong sangat, tapi masih ade juga cara nak bantu (banyak progress, banyak kali boleh bayar dalam sebulan, x payah tunggu sampai cukup bulan baru nak nilai). Nak masuk tahun ke-3 dah x mencabar sangat buat keje. 

Sebab tue lah memang patut JKR nie buat penempatan 3 tahun. Lagipun kalau lama sangat kat tempat tue, kita jadi berkuasa dan terdedah kepada anasir yang x sihat. Jadi berlapang dada bila dapat tukar tempat kerja. Layan jer. Nie utk kepentingan kita gak sebab boleh pergi banyak tempat dan kenal dengan lebih ramai sebagai network. Jangan pula banyak tempat ko pergi, ko banyak musuh. X baik tau

Thursday 9 May 2013

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

-بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†

Sumber: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Wednesday 8 May 2013

Keperluan Vs Kehendak

Keperluan manusia tue 3 jer; makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Tapi yang terkini disebabkan sistem pengangkutan kita masih perlu dipertingkatkan sistem pengurusannya, maka kenderaan pun dah jadi keperluan juga. Tapi ia masih lagi tergolong kepada kehendak sebenarnya.

Kita bincangkan makan dulu, makan nasi lauk ikan masin, ulam dengan kentang masak air dikira sebagai keperluan. Sebab kita hanya memenuhi fitrah manusia utk makan. Tapi kalau nak makan nasi briyani, nasi ayam, mee goreng etc, tue dah kira kehendak. Sebab kita nak ikut selera kita ape yang kita nak makan.

Kalau bab baju pulak, baju pagoda pun dah kira memenuhi keperluan. Tapi kita nak yang ade brand dan fesyen dah kira kehendak.

Macam tue juga pasal rumah, rumah sewa pun dikira dah memenuhi keperluan. Tapi lumrah manusia nakkan asset dalam kehidupan. Bergantung kepada keupayaan kita pulak kita mampu beli rumah yang kategori mane? Kategori kos rendah, kos sederhana, kos mewah. Hanya kocek kita sahaja yang tahu kita dalam kategori mane. Ade jer yang gaji RM7 @8 ribu, tapi disebabkan dia yang berkerja dan anak2 ade 3, 4 orang, dia mampu beli rumah kos sederhana. Sebab dia mengutamakan keperluan belajar anak-anak. 

Pasal kenderaan pulak. Antara naik LRT dan naik motor. Naik LRT dikira keperluan pengangkutan dan motor dikira kehendak. Antara beli kereta dengan motor, motor jadi keperluan dan kereta jadi kehendak. Tapi kalau tang model kereta pulak, antara viva dan civic. Viva adalah kehendak dan civic adalah kehendak. Bila dah kategori semua jadi kehendak, minyak petrol akan jatuh sebagai kehendak dan tol pun jatuh sebagai kehendak juga (guna la jalan x d tol). Kita yang memilih kehendak tue. Kalau nak ikutkan naik LRT, kos cuma RM 5 jer sehari. X payah maintenance kereta, tol, petrol, instalment, road tax etc. Kita yang pilih utk memenuhi kehendak kita, kenapa yang kita x cerdik nak kaji kos yang ada kalau nk miliki kereta. Sape yang x cerdik sebenarnya. Baru dapat kerja terus beli kereta (sebab tertarik dengan Skim Graduan). Cuba simpan dulu duit nak kahwin or nak bagi mak bapa dulu. Belajar susah dulu baru dapat manisnya senang tue, baru kita hargai kehidupan kita nie. Masalah dengan orang kita nie, x nak belajar susah. Adus, payah la. Nak senang dulu ker, nak senang kemudian. 

Tuesday 7 May 2013

Projek 2: Warna ape?

Mengecat rumah. 

Pening kepala tengok warna catalog sebab semuanya lawa dan dok x setuju dengan pilihan warna. Dekat sebulan gak dok memikir dan mencapai persefahaman. Sampai kontraktor rumah pun malas nak layan dan suruh bagi tahu final jer.

Berikut adalah info berguna utk tips pemilihan cat:

1. Dari Paintsmore
2. Dari Cikguazman
3. Dari Updaterus
4. Dari Thexcel
5. Dari innofoto


gambar dr projek 1
gambar dr projek 1 : undercoat
 

Monday 6 May 2013

Urutan Bayi

Teknik urutan yang sesuai untuk si Manja

Berguna di masa hadapan (Sumber FB: Ummi Adni)



Kaki
Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

Perut
Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

Dada
Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

Muka
Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

Belakang badan
Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

Bahu
Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.




Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.



ATAU

Sumber: KMH Ihsan Beauty

Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi. Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.

MUKA - Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.

DADA - Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.

TANGAN

#PICIT & PUTAR - Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.

KAKI

#PICIT & PUTAR - Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.

#MENGGULUNG - Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.

PERUT - Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.

#RODA AIR - Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.

#MATAHARI BULAN - Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.

#BERJALAN - Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.

#I LOVE U

I – Buatkan gerakan huruf ‘I’ ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.

LOVE – Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan.

U – Kemudian buatkan bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan.

Ketika membuat gerakan ini, sebut ‘I love you’ dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

BAHAGIAN BELAKANG

#BERULANG-ALIK - Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.

Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur. Urutan bayi ini lebih daripada sekadar menenangkan bayi, malah ia merupakan medium untuk membina hubungan spiritual dan emosi yang mendalam bagi manfaat seisi keluarga.

Sentuhan mampu membentuk daya intelektual dan kemahiran motor bayi selain membantu mengawal suhu badan bayi, denyutan nadi dan cara tidur-bangun anak/sleep-wake patterns.

Jadi, luangkan sedikit masa untuk berikan urutan dan sentuhan kepada bayi bagi mengukuhkan lagi hubungan dan trust-bonding bersama bayi anda.

Sunday 5 May 2013

Duit Gaji X Bagi Mak Bapa

Rasa menyirap jer bila tgk ade post kat FB bebaru nie nak tunggu ade duit lebih baru ade duit nak bagi mak pak or balik kampung. Aduh, ape punya jenis anak la kau nie. Sungguh teruk pengurusan duit gaji ko nie. Sakura sangat x percaya ok kalau ini yang diharapkan. Jom kita  kira gaji jap.

Gaji pokok =RM900
Elaun/Overtime=RM300
Tolak KWSP (11%)=RM132
Bersih=RM1068

Kita amik RM1000 jelah bersih. So RM68 boleh la enjoy sesikit atau pki masa emergency

Tolak simpanan 10%=RM100
Tolak mak bapa=RM100
Tolak PTPTN=RM50(sape suruh x dapat 1st class degree, boleh waive hutang)
Tolak sewa rumah=RM200
Tolak LRT/Bas Awam (sehari RM5x22 hari)=RM110
Tolak makan sehari (sehari 13x31hari)=RM 403
Baki RM31 (simpan 3 bulan utk tambang balik kampung)

Kalau duit yang ada korang g joli beli baju tiap bulan, makan sedap2 (kfc, mcd, starbuck, etc). Memangla x cukup. Duit gaji banyak tue memang agak sakit tapi kalau kita bijak uruskan contohnya bawak bekal g opis, balik masak kat umah, dah boleh jimat duit makan. Tapi x mustahil kita dapat bagi duit kat ibu bapa kita. Keberkatan tue penting. Dengan keberkatan duit RM10 pun boleh cukup seminggu. Ade jer insan yang Allah lorongkan nak belanja kita. So dah safe budget kat situ. Nak seribu daya, x nak seribu dalih dik non.

Saturday 4 May 2013

Projek 2: Pokok Wajib

Since dah ade rumah sendiri. Sakura kena pastikan semua pokok nie ade kat belakang rumah. X kisahla guna atau x. Tapi kena ade. Senarai pokok wajib itu adalah:

1. pokok kari
2. pokok serai
3. pokok kunyit
4. limau kasturi
5. limau purut
6. cili padi
7. cekor
8. daun kunyit
9. pokok pandan
10. daun kesom
11. cili besar
12. pegaga kampung 
13. kacang botol

Siapkan list, nanti senang nak semak dah ade ker tidak. Sebenarnya Sakura telah teruja tgk blog ctzan.wordpress.com dengan salam2benua.blogspot.com
Syok wei tengok garden mereka. Kat balkoni yang kecik pun boleh menanam apatah lagi Sakura yang ade tanah nie. X d alasan sebenarnya untuk x menanam. 

Balik nie mula cari benih kat rumah Klang dengan rumah nenek. Tanam dalam polibag atau rembat jelah pasu yang x pakai kat rumah Klang. Memunya harta memang daku bijak. 


P/s: Tuan Faizal tau nie mau dia sengih jela.....huhuhuhhu

Friday 3 May 2013

Anak Pintar

Sumber: FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil


Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:

1] Pengamatan (Observation) tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

2] Keinginan untuk tahu tinggi (Curiosity)

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

3] Minat mendalam (Deep interests)

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

4] Menerima infomasi dengan pantas (Fast Absorption Rate)

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

5] Ingatan yang tinggi (High Memory)

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

6] Mungkin dapat membaca lebih awal (Early Reading Skills)

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

7] Kerap membaca serta meluas

Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

8] Tatabahasa yang tinggi

Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

9] Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

10] Kebolehan menyelesaikan masalah

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

11] Suka bertanya dengan lebih teliti

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

12] Keupayaan imaginasi yang tinggi

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

13] Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

14] Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

15] Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain

16] Bersemangat dan bertenaga

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

17] Pandai berjenaka

Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

18] Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

19] Perkembangan asynchronous

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak selaras sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.

Wednesday 1 May 2013

Projek 2 : Perkembangan Terkini

Hari nie cuti Hari Pekerja. Bagi mereka yang berkerja, hari nie kita cuti yer. Since cuti, tangan pun malas menulis dan berfikir juga. Nak tepek gambar jelah gambar perkembangan rumah yang terbaru dan x terkini. 
Selamat bercuti