Semasa beberapa bulan pertama kehidupan bayi,
muntah adalah disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu.
Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem respiratori, saluran urinari atau telinga.
Apabila anak semakin membesar, ia mungkin adalah simptom penyakit yang
lebih serius. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor jika
tanda-tanda berikut ada pada bayi:
• sakit abdomen yang teruk.
• abdomen yang bengkak.
• lesu atau meragam yang teruk.
• kekejangan.
• muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam.
• tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air
mata, kemurungan “titik lembut” di kepala bayi anda dan kurang kencing
(menggunakan kurang daripada enam lampin sehari dari kencing).
• darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah.
Namun jangan khuatir kerana jumlah darah yang sedikit di dalam muntah
berlaku akibat kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam
salur darah yang melapisi esofagus.
Muntah bayi anda juga
berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di
mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya. Tetapi
hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika
jumlah muntah bertambah banyak.
Doktor mungkin mahu melihat
sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi anda perlu
mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus
tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.
• muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu.
Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang
jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa
minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah
usia empat bulan.
Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal
injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka
sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah diatasi dengan
pembedahan minor tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera.
Bagaimana hadapi muntah bayi?
Bayi yang kerap muntah akan kehilangan banyak cecair. Penggantian
cecair sangat penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi
larutan elektrolit (yang dicadangkan oleh doktor atau minta doktor
sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah
dicairkan (semua ini mudah untuk diminum).
Berikut beberapa saranan rawatan oleh pakar-pakar perubatan:
• Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau
larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah
jam hingga satu jam.
• Jika bayi anda boleh meminumnya, berikan
dia sebanyak 2 auns / 50ml larutan elektrolit berselang-seli dengan 2
auns / 50ml cecair jernih setiap setengah jam.
• Selepas dia
berjaya minum dos berikut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula
yang kurang pekat dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4
auns / 80-100ml setiap tiga atau empat jam.
Jika bayi anda
tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan dia diet
biasanya semula tetapi berikan dia cecair yang banyak. Mulakan dengan
makanan yang mudah dicerna seperti bijirin atau yogurt (jika bayi sudah
makan makanan pejal). Anda juga boleh cuba berikan cecair jernih beku
seperti lolipop ais jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan.
Tidur juga boleh menenangkan bayi. Kandungan perut akan dikosongkan ke
dalam usus semasa tidur, mengurangkan kehendaknya untuk muntah. Jangan
berikan anak anda sebarang ubatan anti-loya (sama ada dipreskripsikan
atau dibeli di kaunter) kecuali ahli pediatrik anda yang
mempresripsikannya.
sumber FB:Butik Tateh Bandar Baru Bangi
No comments:
Post a Comment