Saturday 29 October 2011

choki choki VS walkie talkie

Korang suka tak makan cokelat paste yang nama Choki Choki. Bagi yang sebaya dan setara dengan Sakura, mesti tahu cokelat paste nie, sangat popular satu masa dulu. Kalau balik sekolah mesti@wajib untuk Sakura beli. Tak mahal, cuma 10 sen ker 20 sen jer. Sangat nikmat kalau dapat makan..Yum..Yum..


Tetapi semenjak kebelakangan nie bila teringat Choki Choki, mesti Sakura dan Huby Sakura gelak nak pecah perut punya. Nie gara-gara satu kisah yang menarik tentang  anak-anak. Sakura pinjam dari kawan Sakura cerita nie sebenarya. Cerita nie diperolehi sewaktu datang berkunjung raya.

Anak kedua kawan Sakura telah meminta kepada ibunya@kawan sakura kebenaran untuk membeli  Choki choki. Tanpa banyak soal, si ibu pun benarkan membeli menggunakan duit raya yang diperolehi. Nie gara-gara duit raya simpan sendiri dan tidak mahu ibu yang simpankan. Setakat Choki Choki tu apalah sangat. Jadi si anak nie dengan gembiranya pergi la ke kedai.

Dari jauh si ibu terlihat anak kedua dan anak ketiganya begitu gembira balik dari kedai selepas membeli Choki Choki. Si ibu pun muskil la juga, kenapa yang gembira sangat. Apabila sampai di rumah si ibu pun bertanyakan mana Choki Choki yag dibeli. Tetapi si anak telah menunjukkan 'Walkie Talkie"' mainan. Garu kepala la si ibu dan terus menyergah "nie bukan Choki Choki tapi WALKIE  TALKIE". Aduhai anak-anak. Patutla beriya-iya si anak minta kebenaran. Walaupun mainan tapi boleh la setakat dalam 10 meter radius dengan mengunakan kuasa bateri.


Jiwang Dan Pertemuan

Semenjak si budak bertuah (officemate) balik dari induksi. Angau dan jiwangnya teramatla sangat. Wahai dik oi, nikmatilah kehidupan bujang dengan penuh bermakna dan kegembiraan. Jodoh dan pertemuan ditangan Allah, tp x lah suruh berserah jer. Kenalah usaha mencari, tetapi jangan la sampai orang tengok "terdesak@desperate".



Perasan untuk dicintai dan mencintai adalah lumrah kehidupan insan. Setiap orang akan melalui fasa kehidupan nie, tak kiralah waktunya masa belajar atau berkerja. Kalau time belajar nie rasanya belum lah matang sangat. Di takuti belajar entah kemana kerana asyik berjiwang. Bila dah kerja nk berjiwang tersangatlah bagusnya kerana waktu nie lebih rasional dari segi emosi. Lagipun duit sendiri dah ada. Jadi tidak perlulah bercinta lama-lama. Agak-agak dah serius, minta jer keluarga lelaki datang meminang@bertunang. Seterusnya dapat restu dan redha ayah dan bonda tercinta untuk membina mahligai.

Tetiba pulak teringat kisah pertemuan Sakura dan Huby Sakura. Kami bercinta punyalah sorok-sorok. Almaklumlah kami satu pejabat dan Sakura adalah bos kecilnya.  Tempat bercinta kami adalah di Damansara, Sunway, D Mines atau Cheras Selatan. Tempat paling anti@bahaya adalah Alamanda. Sangup 2 balik keje g 'dating' jauh-jauh. Balik rumah dah 'confirm' lewat (tp x lebih dr 12 tghmlm sebab esok keje). Adalah pernah terkantoi tapi berusaha untuk tutup mulutnya..Heheheeh jahat tak?????Ramai juga la yang serkap jarang tapi buat-buat tak tahu dan tak reti jer.  At last masa dah nak bertunang terpaksala bagi tau juga.

Thursday 27 October 2011

Permulaan

Kenapa saya nak mula buat BLOG? 

1. Saya mahu catatan ini dibaca oleh anak-anak dan orang tersayang apabila saya tiada lagi.
2. Supaya orang yang saya sayangi sentiasa merasakan kehadiran saya.
3. Saya mempunyai kehidupan yang boleh dikongsikan agar sama-sama merasainya. 
4. Setiap insan ada cerita yang tersendiri, perkongsian adalah cara yang terbaik.