Tuesday 31 January 2012

Ketua UPSM

Hari nie adalah hari terakhir Ketua UPSM, Ir Su Faizah Sukor berada di sini. Sedih sebab harinya telah menjelma. Lepas nie Ketua UPSM yang baru adalah En Imran Pilus. Pn Su akan berkhidmat di Senggara Melaka. Kiranya balik berkhidmat kat negeri sendiri.


 Bagi Sakura Puan Su adalah seorang ketua yang mempunyai strategik perancangan yang sangat baik. Almaklumlah Puan Su nie ada Master Management dari INTAN. Sangat bertuah Sakura dapat mengenali dan belajar bekerja bersama Pn Su. Puan Su lah yang menjadi inspirasi Sakura untuk sambung belajar Pengurusan di INTAN. Insa'allah, Sakura akan mengikuti program pengurusan tak lama lagi tapi masanya tak tahu lagi.  Memang cadangan asal tahun nie, tapi byk pulak planning yang dah dibuat.

Apa yang menarik tentang Puan Su nie ,walaupun orang lain merasakan Puan Su nie garang tapi bagi Sakura Puan Su taklah garang. Garang Puan Su tue sebab malas, lembap dan tak berfikir bila buat keje. Sepanjang Sakura kerja dengan Puan Su, x d pun Puan Su garang dengan Sakura. Syaratnya senang jer, bila diarahkan kerja dilaksanakan, mesti buat dan disiapkan dengan segera, tapi kalau x dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan, mohonlah EOT dan segera hantar bila dah siap. Puan Su nie seorang yang good listener dan sangat pandai bermanis muka dengan orang dia tak suka. Jadi, peringatan buat Sakura, sila amalkan perangai untuk kebahagian pekerjaanmu.

Semalam UPSM buat farewal party untuk puan dan Firdaus juga. Kali nie x buat kat office tapi kat Restoran Puteri kat Damansara. Restoran nie milik pelakon Rubiah Suparman. Makanan kat situ ok juga la dan ada juga kepelbagaiannya. Boleh dikatan sedap. Makanan yang disediakan adalah secara buffet, jadi lauk yang pelbagai dari ayam, daging, ikan, sotong, udang, siput semua ada. Rasanya pun x mendukacita. Cumanya dessert, x banyak pilihan. yang paling menarik adalah lompat tikam dan puding caramel. Beside that, Puan Akmar kita pun ada membawa kek untuk dimakan bersama. Kek tu memang sedap. Thanks yer Puan Akmar sebab sudi belikan kek.



Memori bersama ini akan Sakura ingat untuk selamanya. Buat Puan Su, semoga gembira ditempat baru ye. Always keep in touch.

Encik Aziz CFP : CMS3

Alhamdulillah, hari Rabu lepas Sakura telah berjaya bertemu dengan En. Aziz CFP untuk CMS 3. Kalau ikutkan nie CMS terakhir yang wajib pergi. Tapi lepas nie ikut kemahuan pelanggan sendiri sama ada nak teruskan atau berhenti menjadi pelanggan En Azizi CFP. Masa dah dapat date nak jumpa tue memang menakutkan sebab dah guna duit Currrent Account sebanyak RM 5,000. Tapi duit yang dah pakai tue bukan untuk berjoli tapi keperluan. Antara sebab yang dipakai adalah servis kereta( RM1100), korban raya haji (RM 1000), Dr Hamid Arshad (RM 500), Amanah Raya (RM 300), bayar CC Maybank (RM1800)  dan touch-up kete (RM300).

Mengelabah la juga mane nak kambus balik. Mulanya decide nk pki Citibank jer, tapi mcm dah lewat sangat dan nak kena pergi Puchong atau Bandar Tun Hussein Onn, kita orang decide guna CC Bank Islam dengan Bank Rakyat jer. Dan akhirnya tertera sekian jumlah duit yang ada dalam Current Account. Mujur Encik Aziz x tengok detail sangat Internet Banking 2. Kalau x memang kantoi la.

Malam tue adviser yang entertain kita orang adalah Encik Aziz sendiri. Tapi x adalah setakut dulu jumpa kali nie. CMS 2 jer dengan Atikah. Malam tue Encik Aziz buang semua yearly expenses. Untuk gaji dan monthly expenses masih dikekalkan. Berdasarkan kiraan semula Encik Aziz, sepatutnya ASB cuma ada RM30,000 jer. Tapi simpanan kami melebihi dari yang sepatutnya. Kira kami berjaya lah . Dalam hati, sayang nak keluarkan dan satu lagipun ASB leceh nk keluarkan. Since yearly expenses dah dibuang, Encik Aziz suruh guna ASB jer. Dalam kiraan kiranya belanja bulanan boleh cecah RM3,300. Tapi x cadang pun nak tambah cukuplah RM2,500.



Planning rumah pulak Encik Aziz masih suruh cari  berdasarkan kriteria yang dia dah bagi. Tapi kali nie dia bagi maximum harga rumah RM500,000 . Lega lah juga. Klu ikut Atikah dulu, cuma dapat untuk maximum RM330,000 jer. Memang payahla nk cari dalam KL dan Putrajaya nie.

Sakura rasa happy sangat selepas dah restructure finance. Memang sangat lega dan x macam dulu. Duit masing-masing pegang dan bayar hutang masing-masing plus belanja lain dah ditetapkan sape pembayarnya. Tapi cara mcm tue mmg x bagus. Adalah baiknya kumpul semua sekali dan bayar semua expenses bersama. jadi duit belanja yang masing-masing dapat kira sama rata.

Saturday 28 January 2012

Gemersik Kalbu (Novel VS Drama)

Balik jer keje jumaat lepas (20.01.2012), tuan Faizal terus jer ajak g Alamanda nak beli barang. Tapi Sakura bercadang nak g malamnya tapi malam ada bola la pulak. So terpaksalah turutkan juga, lagipun sampai rumah baru jer jam 5.30 petang. Lepas solat Asar terus jelah keluar menuju Alamanda. Hehehe hati gembira untuk mencuci mata.  Bila barang yang dicari dah dapat dan selesai membayar, jam baru jer 6.30petang dan masih awal lagi.

Tuan Faizal pun decide singgah MPH. Nak tau ape yang dicari???? Novel Bicara Hati dan Gemersik Kalbu. Sakura pun turutkan jugalah dengan hati gembira. Wah, dah lama tak membaca nie! Bila, masuk jer MPH, terus jer nampak novel Gemersik Kalbu tapi Novel Bicara Hati tiada stock. Next month la nampaknya.

Setelah habis membaca novel nie, Sakura rasa drama bersiri lagi comel dan sangat dinantikan. Sebabnya idea yang ada pada drama dan novel ada perbezaan tetapi masih lagi ending yang sama. Jadinya peminat yang membaca novel akan teruja juga bila menonton drama. Memang tak rugilah membuat koleksi untuk novel nie. Sangat mengasyikkan!


Kita Minum dulu......gao dan lime@old town Alamanda

Friday 20 January 2012

Mengagumkan!

Hehehe dengan bersemangatnya hari nie, Sakura dapat Table Calendar.Wah! sangat mengagumkan la pulak design tahun nie. Simple and modern. Terkesima pulak jadinya. Kiranya tahun nie design utk calendar dan Buku harian Rasmi sangat mengagumkan. Untuk Buku Harian 2012 dah lama dah dapat tapi belum tulis ape selain personal detail. 

Almaklumlah , buku tahun lepas pun x habis pakai. Jadi kita continue jer pakai yang tahun lepas. Bila dipikir balik, nampak sangat kurangnya Sakura g meeting sejak berada di CPK nie. Buku Harian pun tak habis tulis. Tak macam dulu di KPM, setengah tahun jer buku harian dah kena guna vol.2. Punya la banyak meeting. Bila Sakura  kenang saat2 di KPM, sibuk dan banyak benda yang nak kena diselesaikan. Hebat juga rupanya. Masuk bakul angkat sendiri.....






Thursday 19 January 2012

Sasaran Kerja Tahunan 2012

Sasaran kerja Tahunan adalah aktiviti wajib yang akan dilaksanakan. Since penguatkuasaan HRMIS dah digunakan. Maka masing-masing pun dengan terkial-kialnya akan buat. Untuk tahun nie, Ketua Bahagian mahukan ia dalam bentuk 'outcome'. Aduhai, "crack d head". Macam mane nak tranform nie. Klu buat projek senang jer. Nie buat managemant Human Resource, naik pangkat lagi. Bertambah blur la nak buat. Arahan untuk siapakan Pn Ir Su Faizah dah bagi dan mohon disiapkan 20 Januari (untuk semakan)  tapi dateline Unit HRMIS 31 Januari. Dh dekat, tapi penetapan belum dibuat. Setelah Sakura remind pada En Imran (replacement Pn Ir Su Faizah) bila nak buat semalam. Baru pulak dia dia nak tersedar.Klu x mesti sampai kesudahnya tak setel.

Memang ada potensi selepas nie semuanya akan aku yang uruskan. Selama nie aku akan bagi idea kt Pn Su dan Pn Su akan refine lagi idea sakura. Tp lepas nie x tahulah ape yang akan berlaku. Sakura dah semakin risau, sebab tarikh untuk Puan Su meninggalkan kita orang dah dekat. Ya, Allah mudahkan kerja Sakura lepas nie dan tidak mengikut kata hati. 

Mesti lepas nie Sakura kan teramat merindui Puan Su.



Tuesday 17 January 2012

Disahkan


Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Allah di awal tahun. Berjaya gak akhirnya di"confirmkan". Ceah, ayat mcm terperanjatdan terkejut jer. Padahal dah tahu awal lagi sebab sendiri buat. Nielah untungnya duduk kat sini, bila nak naik pangkat semuanya tahu. Siap buat untuk diri sendiri punya lagi. Tapi Sakura x manipulate data yer. Maklumat yang dikemukakan kepada JPA tue semuanya benar belaka tau. Terima kasih yang x terhingga kepada bos yang memberi markah LNPT sejak mula masuk keje dan sampai sekarang. Kemurahan hati bos-bos memberi markah telah menyebabkan Sakura di tangga 2 kekananan dalam ranking yang confirm 16.01.2011.




Masak oh memasak

Telah sebulan lamanya Tuan Faizal berada dirumah kerana MC. Selama sebulan juga lah Sakura bertugas seawal pagi bagi meyiapkan keperluan tuan Faizal. Dengan lainnya adalah bangun pagi siapkan makanan breakfast dan tengah hari. Tak susah sebenarnya kerja nie, cumanya Sakura sentiasa x d idea nak masak ape. Bab nie mmg Sakura sangat x pandai. Setiap kali nak masak, tiap kali tue lah akan tanya ape yang tuan Faizal nak makan. Tuan Faizal pulak akan bagi jawapan, masaklah ape pun, Adoi, susah gak kalau dapat laki yang tak kisah ni, sebab dia x membantu dalam mencetuskan idea. Si isteri pulak ketandusan idea. Jadi yang kesian sape? Si tuan Faizal la, ape taknya menu yang akan berulang adalah tomyam, sup ayam, sayur air kobis, goreng ikan, nasi goreng, paprik. Padahlnya banyak menu yang boleh dibuat. Antaranya masak kari, masak lemak, goreng mee, goreng bihun, nasi lemak, bubur nasi, daging singgang. 



Tapi pagi tadi kira dah improve sikitla, Sakura buat breakfast untuk tuan Faizal  Freach toast (sebab ada roti lagi), then tengah hari goreng pedas petola dengan kunyitkan ayam. Nanti tuan Faizal akan goreng ayam sendiri. Nasi dah masak cuma nanti perhangat sikit jer. 


Peringatan buat Sakura, sila tambah idea ape nak masak tiap hari, kesian tuan Faizal yang dah jemu tue.  Bermula dari hari ni yerk.....

Monday 16 January 2012

Bumbu Bali

Ahad yang mencari  makan. Entah macam mane la pulak kawan tuan Faizal, Mimi mengajak kami makan di Bumbu Bali Puchong. So nie first time la kami g makan kt situ. Sebelum nie Sakura hanya mendengar namanya sahaja, pernahla teringin nak g makan tapi x tahu kat mana, cz Sakura bukan rajin sangat nak cari. So semalam tercapailah hasrat nak makan kt situ. So kita orang g dengan 3 kereta@3 famili.

Since first time masuk, terkesima la pulak dengan deco bali dia, Nice! Mmg bercirikan bali. Sangat menepati konsep. Meja dan kerusi pulak semestinya bercirikan kayu jati. Keseluruhannya memang menepati konsep. Jangan tak tau pulak, waiters dia pun pakai uniform yang bercirikan fesyen indonesia. Nasib baiklah waiter dia x cakap bahasa Indonesia.
since x bawak tab, maka Sakura download je la gambar dr blogger lain.
klu mlm nmpk romantik kot, nie g makan siang, mcm halau lalat jelah


Bila menu diberi, Alamak! Ape benda menu-menu dia. Maka kena lah tengok description setiap menu. Nak pilih pun takut gak sebab nama pun dah bombastik. Setelah meneliti semua menu, so tuan Faizal pun decide la amik Bali Trio yang berharga RM 45 dengan  air green tea (sakura) dan hazelnut (tuan Faizal). Kita orang share jer, cz tengok gambar mcm boleh makan untuk 2 orang. Yang lelain pulak ada pilih soto ayam, lamb chop la, dan ape tah 2 menu lagi. Dah x ingat.

Hidang pertama yang sampai adalah air. Dengan nikmatnya Sakura pun menikmati air green tea. Untuk tuan Faizal yang pilih hazelnut pulak, tgk mcm air susu jer, tapi bila rasa, rasa vanilla. Bila dah menikamati air setengah gelas sampai la pulak makanan. Fuyoohh.....marvellous (sila tengok gambar bawah). Tuan faizal pulak minta add on nasi sebab dia dah lapar masa 2. Mana taknya dah pukul 4 petang. Sakura x nak makan nasi, mkn laukjer. Tapi nasi tuan Faizal tetap kena makan dengan Sakura sesudu ke 4 sudu. Dengan kurang bersuaranya, kami semua pun menikmati makanan dengan penuh khusyuk. So semua, enjoy gambar yerk.

nikmatinya dengan penuh kelazatan

niela bali trionya...rasa terliur x?

 

Thursday 12 January 2012

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA


Rezeki milik Allah, manusia perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan tanpa mengeluh kesah. Inilah yang terjadi pada hari ini, Sakura mendapat berita yang agak mengejutkan dan yang akan menggegarkan semua penjawat awam di Malaysia. Tapi tak tahulah dimana kesahihannya, tunggulah sampai diumumkan. Berita nie sgt confidential dan sumbernya boleh dipercayai. Dengan bertuahnya Sakura rasa best duduk kt sini, sebelum orang lain tahu, kita dah dapat tahu dulu.


Walau apapun yang terjadi, Sakura hanya nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati dengan orang-orang yg tak reti bersyukur. Dah diberi betis, nak peha pulak. At last semunya kena tarik. Sape yang rugi, korang gak la yang rugi. Sebagai contoh la kt sini kejadian yang pernah terjadi, semua pegawai 'complain' pasal naik pangkat yang hanya menilai dari segi LNPT dan PTK sahaja. Pasal PTK tu oklah sikit sebab tahun lepas dimansuhkan. Jadi penilaian kenaikan pangkat hanya berdasarkan LNPT sahaja. Dalam pekeliling memang la ada cakap boleh untuk buat penilaian tapi jabatan tak decide apepun bentuk penilaian yang nak dibuat. Jadi selaku urusetia, buat jelah berdasarkan apa yang ada dalam pekeliling dan ia tak menyalahi dari segi tatacaranya. Bila dah semua complain, maka jabatan pun decide untuk buat penilaan yang lain, jadi penilaian tue mirip kepada PAC la (PAC adalah penilaian untuk PTD naik pangkat). Jadi padan la muka untuk orang yang nak naik pangkat nie (termasuklah Sakura), penilaian akan semakin susah. 


Untuk yang kes hari ini pulak elok-elok ko dapat kenaikan gaji lebih RM200 setahun dengan benifits lain, mungkin ia x akan terjadi dan kembali ke sistem sedia ada yang mana kenaikan gaji hanya RM90 sahaja. Disebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan gaji yang baru dan mohon untuk penyelarasan semula bagi yang melanggar dinding. Ko terus hilang segalanya, takde langung kenaikan gaji tahunan dan kekal di tangga tersebut. Bila kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki, dengan sekelip mata sahaja juga Allah akan menarik balik kesenangan itu. 


Sebagai pegawai kerajaan, hidup kita memamg tidak kaya duit seperti mana kawan-kawan di private sector. Tapi banyak kemudahan yang kita dapat.  Kalau kita nak mengejar duit, adalah baiknya keluar dari goverment dan cari tapak di private company. Mudahkan. Ini tak, kau complain sana sini kata kerajaan tak adil, ada duit membazir. Tapi korang kena faham setiap peruntukan telah diagihkan mengikut keperluan. Korang kena ingat, perahan keringat di goverment nie x sehebat di private tau, jadi setimpallah dengan benifits yang diberikan. Hidup orang goverment mmg x kaya tapi mudah dan senang. Itu sebenarnya prinsipnya. Lagi besar gaji kau, lagi banyak keringat dan kepayahan yang akan ko keluar tau. Pokok pangkalnya BERSYUKUR....







Saturday 7 January 2012

Menjaga Orang Sakit

Sakura hanya nak berkongsi pengalaman menjaga orang sakit yang baru lepas operation ACL. Seperti yang diketahui yang tuan Faizal dah selamat menjalani pembedahan ACL. Masa untuk sembuh dan menjaga orang sakit nie agak kritikal juga la. Terutamanya dalam 2 minggu selepas pembedahan. Tahap nie, memang kena sentiasa ada dekat dengan tuan Faizal. Sebab dia memang x boleh bergerak sebab kesakitan yang ditanggung dan doktor pun x advise byk bergerak, sebab takut cedera kt tempat pembedahan. Bantuan  amat diperlukan pada masa nie.

Terutamanya bila dah kena pakai tongkat untuk bergerak. Mana nak tahan sakit, dan mana pulak nak nak berjalan guna tongkat. Tapi masa sebelum balik dari hospital, fisio dah ajar la cara-cara nak guna tongkat dan bergerak guna tongkat. Jadi tuan Faizal kena praktis untuk biasakan diri. Sakura cuma kena bantu tuan Faizal untuk support kaki yang kena bedah untuk turun dari katil atau ke toilet. Yang nie memang kena buat dengan berhati-hati dan cermat bagi mengurangkan kesakitan yang dihadapi. Jadi tuan Faizal kena bagi arahan agar Sakura dapat membantu. Tersangat azab juga bila masa nak balik rumah dari hospital dan dalam kete nak keluar masuk umah. Waktu nie sangat sedih tengok tuan Faizal menahan sakit.

Kaki yang kena bedah akan dipakaikan bracing. Bila bracing dah melekat kt kaki, agak berat juga la kaki tue. Bracing juga yang menyebabkan pergerakan agak terbatas kerana berat bebanan yang akan ditanggung. Fungsi bracing untuk memastikan kaki dapat dibengkok seperti sedia kala. Saranan doktor berdasarkan pembacaan, dalam masa 7 hari, kaki mesti dah boleh dibengkok 90 darjah. Setiap hari darjah bengkokan kaki akan ditambah 10 darjah atau 15 darjah mengikut tahap kebolehan pesakit. Hanya lock jer darjah yang dikehendaki.

bracing

Semasa kt rumah pulak kena pastikan setiap 2 jam, ais akan dituam dikaki. Kalau boleh gunakan ais yang betul la tapi sangat leceh sebab berair. Jadi paling mudahnya gunakan hot/cold pack yang boleh dibeli kt farmasi. Senang jer nak pakai, simpan pack tu kat frezer untuk 2jam atau lebih. Lepas tue dah boleh letak kat kaki. Kalau g latihan kt fisio hospital, sebelum mula latihan memang ais akan diletakkan. Kalau pegang kat kepala lutut, memang terasa juga hangat jugak. Rasanya ada dalam 3 minngu buat tuam kaki. Tapi dah kemudian tue x lah selang 2jam, ikut suka jer bila nk tuam.

tuam kaki kt fisio
Yang nielah

Bersolat pulak, tuan Faizal memang akan bersolat di atas katil dan mengadap ke kiblat macam biasa. Untuk ambil air sembahyang Sakura cuma guna spray iron baju jer. Spray sampai menitis air kt anggota wudhuk. Memang kena sediakan 2 towel sebagai lapik. satu untuk lapik kaki dan satu lagi kt tangan dan anggota lain. Dekat sebulan juga bersolat kt atas katil. Cuma ambil wudhuk 3 minggu jer atas katil sebab lepas tue dah boleh gerak ke toilet guna tongkat dan dah pandai jalan pakai tongkat.

Minggu pertama memang tak risau la sebab Sakura ambil cuti seminggu. Tapi minggu kedua, tuan Faizal dah kena tinggal rumah sendiri. Berat juga hati tapi kena juga g sebab cuti dah tak berapa banyak lagi. Jadi Sakura kena bangun awal pagi untuk siapkan makan pagi dan tengah hari. Minggu pertama memang Sakura hanya masak stim dengan berasaskan air jer. Janji bukan bergoreng, seafood, kicap dan telur. Bila dah bukak jahitan baru berani nk bagi makanan yang bergoreng dan seafood. Tengok luka jahitan pun dah ok. Hidangan makanan semuanya Sakura letak sebelah katil Tuan Faizal. Mudah untuk dicapai, bukan setakat makanan, air, pinggan dan basuh tanggan mesti disediakan sekali. Pernah sekali Sakura lupa nak letakkan pinggan, terseksa tuan Faizal nk ambil pinggan sebab mana nk pengang pinggan, tongkat dan bracing kaki.

Perkara penting yang perlu Sakura pastikan sebelum pergi keje 1. Air minuman dah diisi penuh dalam botol 2. makanan untuk breakfast dan lunch dah tersedia termasuk rice cooker dah letak depan tv. 3. Baldi berisi air dan sabun berserta tuala kecil untuk lap badan (untuk masa 2 minggu lepas operation tuan Faizal lap badan jer  sebab takut kena pada luka dan menyebabkan infection, nama lainnya nak elakkan g klinik cuci luka, nie pun untuk tempoh 2 minggu, lepas tu tuan Faizal dah boleh g bilik air sendiri).4. Berus gigi dan tempat tadah (nie pun untuk tempoh 2 minggu jer). 5. Tutup lampu semua dan bukan langsir sikit utk bagi cahaya masuk (nie utuk 2 minggu jer, sebab lepas tue tuan faizal dah boleh gerak) 6. Botol spray ambil wudhuk penuh dengan air (tempoh 2 minggu). 7. Baju dan kain ganti lepas lap badan (nie sebab tuan Faizal x boleh naik tangga). Kiranya memang berkampung kat depan tv jelah.

Untuk luka jahitan pulak, doktor suruh cuci kat klinik kalau pembalut tue nampak basah (nie masa dalam dua minggu sebelum jahitan dibuka jer). Tak boleh buat sendiri kat rumah sebab takut ada infection. Ada gak g klinik cuci jahitan. Azab jugaklah nk ke klinik. Kita orang pilih klinik presint 11 untuk cuci luka. Kalau g Klinik Presint 9, pesakit ramai pulak. Lepas jer bukak jahitan, dah x perlu pakai plaster lagi dah dan biar kering sendiri jer. Letak minyak gamat nak cepat kering.

Untuk sembuh luka, Sakura pilih pati haruan Polleney dengan gamat Gamogen. Kenapa ikan haruan x buat sup? Hehehe Sakura x pernah masak haruan dan jangan ambil risiko untuk memasak . Paling mudah minum pati haruan jer, tuan Faizal dah start minum selepas pembedahan. 12 botol gak tuan Faizal habiskan minum, cukup untuk 2 minggu. Gamat Gamogen pulak, tuan Faizal start minum selepas seminngu operate. Masa 2 baru jumpa ada outlet House of Healing kt Presint 15. Sampai sekarang pun tuan Faizal masih minum Gamogen, Sakura pun ikut minum Gamogen sebab baik untuk kesihatan. Khasiat dari 2 makanan nie rasanya yang menyebabkan luka tuan Faizal cepat sembuh. Luka lepas bukak jahitan memang masih ada, tapi lepas makan Gamogen dalam 2 hari, luka tue dah nak baik dan nampak elok.

Tempoh sembuh tuan Faizal juga boleh dikatakan cepat. Dalam masa 3 minggu tuan Faizal dah boleh berjalan dengan bantuan tongkat sebelah, boleh naik tangga sikit-sikit dan yang paling penting dah boleh drive kete (nie sebab kete auto yerk).  Kalau berdasarkan member tuan Faizal yang dah buat pembedahan nie, semua makan masa 4 minggu untuk berjalan. Nie disebabkan latihan fisio yang kerap dibuat, setiap 2 minggu latihan fisio akan dibuat. Selain tue juga ada gak tengok kt internet exercise yang sesuai untuk pembedahan ACL untuk dibuat sendiri. Dalam masa 5 minggu pulak tuan Fizal dah boleh g gym untuk exercise.

Walau apapun pengalaman telah menjadikan kenangan terindah buat kami berdua. Saya sayang Awak selalu.....


Friday 6 January 2012

Sakura Memang Hebat!

Since tuan Faizal telah selamat menjalani pembedahan, maka doktor pun telah memberi MC kepada tuan Faizal bermula dari 11.12.2011 hingga 31.1.2012. Sebulan setengah tue nak recover. Jadi dengan erti kata lainnya Sakura akan melaksanakan kerja-kerja harian tanpa bantuan dari tuan Faizal. 

Macamlah berat sangat kerja yang dilaksanakan. Yang paling berat pun rasanya kena drive g keje sorang-sorang jer kot. Heheheheh....mengada betulkan. Kerja yang lain pulak kena g buang sampah, mop lantai, g pasar sorang-sorang, bangun pepagi siapkan makan tuan Faizal (bangun pukul 5.20 pg tau), make sure pintu kunci sebelum tido. Ada tugas yang dinyatakan diatas, Sakura tunda dan tak buat dah, iaitu mop lantai. Penat tue. Sebelum nie pembahgian kerja dah dibuat. Jadi masing-maing ada tugas dan peranan la kt umah. Tapi bila dah jadi macam nie. Sakura kena buat sorang, jadi Sakura fikir semalam tak jadi masalahkan kalau Sakura buat sorang. Sakurang memang hebat dapat uruskan , cumanya bila malas dah melanda. Ape pun tak boleh.

Bila dah jadi macam nie pun, Sakura terfikir pulak mampu ker nanti tuan Faizal menguruskan rumah kalau Sakura mendapat rezeki bersalin nanti. Kesian pulak rasanya. Insa'allah kot tuan Faizal dapat buat. Dalam keadaan nie Sakura merasakan kasih sayang diantara kami menjadi semakin kuat dan kami memahami keperluan dan kehendak masing-masing dengan lebih baik. Rasa tanggungjawab dan kasih sayang sebenarnya adalah resipi berkeluarga yang Sakura pelajari. Semoga kebahagian kami akan kekal buat selamanya .

Tuesday 3 January 2012

Tahun Baru




Terlalau lama tidak meninggalkan coretan di sini. Diam tak diam juga, tahun telah berganti. Selamat Datang 2012. Ketidak sempatan meninggalkan coretan adalah disebabkan kesibukan menguruskan rumah dan tiada kesempatan untuk membuka laptop di rumah. Semuanya kena diuruskan sendiri, tiada pembantu yang boleh membantu. Selama nie tuan Faizal la yang banyak membantu, mohon tolong vacum , dia tolong buat, minta mop lantai , dia buat juga , yang tak buat cuma masak dengan basuh baju jer. Gosok baju pun kekadang tuan Faizal tolong. Jadi bila dah tuan Faizal kena berehat kerana operation ACL recon.  Dengan paksa relanya , kenalah buat sendiri. Bila dah kena urus sendiri, terasa sangat bertuahnya selama ini kerana tuan Faizal sudi membantu. tidak seperti suami rakan-rakan ku yang lain. Alhamdulilllah Ya Allah kau kurniakan suami yang ringan tulang. Berkenaan ACL recon tue , Sakura akan ceritakan di 'entry' yang akan datang yerk. 


Tahun 2011 yang berlalu, banyak meninggalkan kenangan indah dalam hidup Sakura. Banyak yang Allah limpahkan rezeki buat Sakura. Syukur Ya Allah dengan kurniaan Mu. Semoga dengan rezeki yang ku terima ini, akan menambahkan lagi semangat untuk bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Selalu tersemat dalam hati pesanan mak " Rezeki yang kita dapat, bukan semua milik kita, ada bahagiannya adalah milik orang lain".



Cumanya, Sakura masih menunggu dengan sabar akan rezeki memperolehi zuriat. Ya Allah, Kau makbulkan dan tunaikanlah permintaan hamba Mu ini. Insa'allah dengan izin Nya, akan berjaya juga Sakura satu hari yang Allah akan kabulkan. 

Walau apaun kenangan dan rezeki 2011 yang berlalu, ia tetap akan tersemat dalam lipatan hati Sakura untuk selamanya. Diharapkan di tahun 2012 ni, Allah akan memakbulkan permintaan Sakura dan menjalani kehidupan dengan gembira serta menjadi lebih baik dan bertaqwa lagi kepada Allah. Amin.