Petua Untuk Orang Suka Kita
Petua Agar Orang Selalu Suka Kepada Anda
1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Kebanyakan manusia tertarik
kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya,
manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.
2. Adaptasi tingkah laku orang yang anda ingin dekati. Ini kerana,
persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologi.
Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.
3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.
4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita
membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Banyakkanlah memuji dan
tingkatkan estim diri orang tersayang.
5. Jangan segan
menunjukkan tanda-tanda bahawa anda sukakan seseorang kerana kajian
mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang
menyukainya juga.
6. Apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.
7. Elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang
tidak baik. Ini kerana, ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang
positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.
No comments:
Post a Comment