Tuesday, 29 October 2013

Kek Segar!

Semenjak kebelakangan nie Sakura telah dikelilingi oleh pembuat kek. Jadi dengan seronoknya Sakura akan memilih 'Fresh Cake' dari 'Ready-made Cake'. Faktor utamanya Sakura lebih kepada memilih saya kenal sape yang sediakan. Almaklumlah, kalau ready made nie kita x tahu ape yang dicampurkan dan dah berapa lama di buat kat kedai tue. Kalau home made, kita pesan barulah si pembuat kek akan buatkan kek tue. Boleh pilih nak dalam cup atau sebiji gabak tue. Kita juga pilih nak macam mane kek itu ikut selera kita juga. Kalau g kedai, ade ker dia nak layan. X d nya lah kan. Jadi kena la mencari kedai kek yang memenuhi citarasa.

Pembuat kek Sakura adalah Kak Siti. Dia tinggal kat Bangi. Kek yang biasa dia buat adalah Kek Red Valvet, Kek Raibow, Kek coklat dan Kek Keju Marbel. Yang best pasal red valvet kak siti adalah, x terlalu manis. Kek Rainbow pulak ade rasa dan perisa berbanding yang biasa jual x d rasa hanya pada rupa jer. Kek lapis keju kak siti x buat berlapis tapi di gaul jer semuanya. Jadi bila makan memang sedap sebab bercampur manis coklat dan masin keju. Aduhai memang x tergambar rasanya. Pastinya sebiji kek makan sendiri jelah. Ade hari tue Sakura bawak balik Kelantan Kek keju marbel untuk raya 2 biji. Ingat untuk jamu orang datang. tapi x terdaya, Sebiji tue x sampai sehari dah dimakan dengan tuan rumah sendiri. maka tinggallah sebiji lagi yang dijamukan kepada tetamu. Tue pun 3 pusingan tetamu datang dah habis. Jadinya tetamu lain x dapatla merasa. 

Lagi satu yang bestnya, Coklat Chip Kak Siti memang sebiji Famous Amos.  Tapi nie edisi murah. 100gram RM7 sahaja. Jimat sesangat berbanding Famous Amos. Kat pejabat nie ade dah kaki beli coklat chip. Mujurlah Kak Siti yang rajin boleh hantar kerumah. Kalau x memang kena redah Bangi la yer. Biskut lain yang dibuat Almond Crunch. Tapi nie bergantung kepada stok tepung. Kalau ade tepung Kak Siti akan buka untuk tempahan.

Kepada sesiapa yang terasa nak menggunakan perkhidmatan pembuat kek kawasan Bangi. Boleh hubungi Kak Siti yer  untuk tempahan, 019-2382309.  Memilih yang bersih dan halal adalah keutamaan dalam Islam




2 comments: