Tuesday, 31 December 2013

Hari Terakhir 2013

Jam 12 mlm nie kita akan mengucapkan Selamat Tinggal kepada tahu 2013 dan Selamat Datang 2014. Cepat msa berlalu. Rasanya baru je awal tahun. Tapi tahun nie betul- betul terasa cepat sebab banyak perkara yang terjadi dan rezeki yang melimpah ruah Allah berikan selain dari cabaran yang mematangkan Sakura untuk menjadi insan yang lebih baik. Semua yang terjadi kerana Allah dan Allah menduga kita untuk menguji tahap keikhlasan hati kita terhadapNYA. 

Dengan Izin Allah juga tahun nie, alhamdulillah diberikan peluang sambung belajar dengan tajaan, jadi cabarannya adalah kena lulus periksa yang  cemerlang agar dapat mengembirakan hati penaja. Dapat masuk rumah sendiri dan tidak duduk Kuarters, cabarannya cari duit nak baiki rumah sebelum masuk dan tahap kesabaran diuji dengan nak pergi kerja kesesekan jalan yang begitu menyakitkan hati walaupun jarak rumah kepejabat hanyalah 25km sahaja. Diberikan kenaikan gaji tapi diduga dengan hutang kad kredit yang kena bayar (insa'allah tahun depan semuanya). 

Cabaran tahun depan yang bakal ditempoh adalah megurangkan bil elektrik ketahap RM20 supaya bil elektrik x payah bayar, belajar dengan lebih tekun lagi supaya dapat keputusan exzam yang menggembirakan, bersemangat dan beridea untuk menghadapi projek capstone untuk semester akhir, cabaran kebun belakang rumah untuk tanam sayur sendiri, dan cabaran bersenam. 

Pasal cabaran kenaikan harga barang tidak menjadi agenda sangat sebab perbelanjaan rumah setakat nie x terjejas mana pun sebabnya masih macam tue dan adjust semula je. Macam petrol, dulu duduk Putrajaya tetap duit petrol RM500 (jarak 35km) sekarang jarak adalah 23km tapi harga petrol naik, jadi masih peruntukan yang sama. Harga gula naik, langsung la x terjejas sebab sekilo gula kat rumah nak habis pun makan 4 bulan. Jadi setahun cuma beli 3 kilo gula jela. Gas memasak cuma setahun sekali jer. Tiada yang berbeza pun. 

Bye, Bye Tahun 2013
Welcome 2014
Be nice to me 

*** hati yang masih gundah gulana dengan exzam dan assingment.

Monday, 30 December 2013

NAK ANAK SUKA BELAJAR ?

Perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Dah lama Prof tidak berkongsikan ilmu bersiri dari FB. Nampaknya Prof agak sibuk kebelakangan nie, dan sakura sentiasa menanti perkondsian Prof. itu. 


Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary

PART 1

Jika kita mahukan anak-anak suka belajar...kita sendiri mesti suka belajar. Bila anak-anak merasakan kita senantiasa mahu mencari ilmu, berkongsi dengan mereka ilmu baru yang kita dapat...bersembang secara santai dengan mereka mengenai ilmu dan skil yang kita perolehi...anak memang akan rasa keseronokan kita belajar dan akan wujud di dalam diri dalamannya melalui subconscious, bahawa BELAJAR ITU MENYERONOKAN!

Part 2

Tuhan memang menjadikan manusia ini suka belajar dan mahukan ilmu. Sebab itu adalah instinct untuk meneruskan kemandirian hidupnya manusia di atas muka bumi.

Apa yang menyebabkan manusia tidak suka belajar adalah kerana salah faham apa itu belajar. Ramai yang menjadi pasif di sekolah dan juga di kursus, kerana belajar ditafsirkan sebagai DUDUK DIAM, DENGAR SAJA DAN JANGAN SIBUK MEMBERI PENDAPAT...Inilah pembunuh kemahuan untuk belajar....

Jika hendak anak suka belajar, jangan asyik suruh dia duduk diam. Beri dia peluang bertanya, menjawab walaupun loyar buruk, bergerak, berjenaka dan mencabar idea anda...anda akan lihat dia akan belajar dengan penuh minat. KERANA BELAJAR ITU IALAH EKXPLORASI...

Part 3

Bila anak bertanya, itu tandanya otaknya sedang berputar mencari jawapan kepada sesuatu yang dia mahu faham.

Bila anak bertanya KENAPA? Jawablah sebaik yang anda boleh. Jika anda tidak tahu beritahu saja anda BELUM tahu dan akan cari jawapannya. Malah ajaklah anak itu mencari jawapan bersama anda.

GUNALAH masa ini untuk bersama-sama mencari jawapan dengan melayari internet atau ke kutub khanah. Bila kita menggunakan internet untuk mencari ilmu, maka anak itu akan faham bahawa itu adalah tempat dia boleh mencari ilmu. Oleh kerana kita memperkenalkan IT ini sebagai alat mencari ilmu yang membina dirinya, maka itulah yang menjadi kefahaman utamanya. Maka dengan sendiri dia tidak akan mencari ilmu yang tidak baik melalui internet.Kenapa? kerana kita bijak memprogram dirinya semasa kita sama-sama mencari jawapan kepada soalannya tadi...kita katakan berkali-kali, suka ilmu yang bermanafaat...MEREKA MENJADI POLIS KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI...maka tidaklah kita risau tidak menentu.

Part 4

Ini satu soalan yang sangat baik

Assalammualaikum...ibu, sy nk minta pendapat. Mcm mn nk handle kanak2 yg suka menjawab dan sentiasa merasa yg dia shj yg betul. Anak sy berusia 3 thn (thn 2014 4thn). Dia sgt suka menjawab kata sy, dan merasa dirinya yg betul. Kdg2 dia yg mengajar sy utk membuat sesuatu...
-----------------------------------------------
Jawapan Ibu.

Anak yang begini adalah pada tahap UI, iaitu Unconscious Incompetent mengenai apa yang dia faham tentang banyak perkara...dia tidak tahu yang dia tidak tahu. Namun, dia mempunyai satu semangat positif yang dia sangat tahu.

Mengapa anak ni begini? Sebab pada usia 3 tahun EQ anak belum develop dan hanya baru berkembang. Pada tahap perkembangan otak juga, pada usia ini otak tengah yang mengendalikan emosi anak baru hendak berkembang. Itulah sebabnya mereka kurang berfikir akan kesan perbuatan mereka terhadap orang lain. Mereka tidak begitu bijak menjaga hati dan sepertinya. Oleh itu pada tahap usia inilah kita hendak mengasah EQ mereka dengan menunjukkan bagaimana caranya menjaga hati dengan kita menunjukkannya melalui teladan. Jangan hanya bersyarah dan mengarah.

Bagi anak yang bijak macam ni, anda boleh gunakan soalan untuk memberi dia tahu dia belum tahu semua dan perlu mendengar pandangan orang. Contoh soalan bila dia memberi tahu idea dia : " Wow, Abah nak tahulah macamana tu?" Dengar dulu jawapannya....kalau jauh sangat dari kebenaran, maka anda tidak perlu terus menidakkan...mungkin 2 -3 jam lepas tu, anda ambik buku atau pasang movie documentary yang bercakap mengenai perkara itu dan ajak dia tengok... biar dia lihat dan tersedar sendiri apa yang anda cakap itu betul. Kadang-kadang anda boleh gunakan buku...Just be creative.

Apa yang sangat penting ialah , kita hendak dia tahu dia perlu juga mendengar buah fikiran anda dan dalam kebanyakkan perkara anda lebih tahu, tapi anda tidak mahu melakukannya dengan cara yang kasar, memaksa dan mematikan minat dia untuk belajar 

Part 5

KALAU MASA MENGAJAR ANDA JADI PANAS HATI...BERHENTI DULU MENGAJAR.. DAN SMABUNG BILA SUDAH TENANG. Kenapa?

Elakkan menjadikan situasi belajar satu situasi yang menakutkan anak-anak anda. ANAK TAK PERLU ROTAN atau ditakutkan dengan rotan untuk belajar. SALAH CARA TU...anak memang suka belajar...yang dia tak suka ialah cara dia diajar dan perasaan negatif pengajar kepadanya...anak-anak memang dilahirkan merasakan dia pandai dan boleh belajar...ini adalah bekalan yang Allah bekalkan kepada setiap manusia supaya manusia itu boleh terus hidup. Mengajar dengan marah-marah yang menimbulkan perasaan takut akan MERAGUT MINAT UNTUK BELAJAR.

ANDA LAYAK MEMPUNYAI ANAK YANG SUKA BELAJAR! 

Part 6

Untuk Pendidik yang Berhati Besar dan Mulia..

Jika di dalam bilik darjah, anak-anak murid dikatakan perlu dimarah supaya mereka duduk diam dan mendengar anda mengajar...dan anda merasakan anda perlu GARANG, PEGANG ROTAN DAN MARAH_MARAH...baru mereka mendengar kata.

Ketahuilah sayang, di situ bukan kerana anak tu tidak mahu belajar...itu adalah petanda bahawa anda belum menguasai skil pengendalian kelas...dan anda boleh belajar skil ini dan kuasainya TANPA PERLU menjadi SINGA.

Macamana Ibu tahu? Sebab, Ibu diberi Allah peluang mengajar anak-anak kecil ini selama 24 tahun sudah. Dan dari pengalaman Ibu anak-anak kecil amat mudah mendengar kata bila kita tahu caranya

Be LOVING & FIRM, it always works

Friday, 27 December 2013

Kenaikan Harga Barang: Tambah duit

Beberapa hari lepas Prof Dr Muhaya ada berkongsi penyelesaian kepada kenaikan barang yang berlaku. Keseluruhan Sakura sangat setuju dengan cadangan yang Prof Dr. Muhaya berikan. Cadangan yang dibuat adalah dengan kita penerimaan kita dalam menghadapi kenaikan barang sama ada positif atau negatif dan menentukan tindakan kita selepas itu untuk menanganinya. 

Prinsipnya adalah:

PERISTIWA + RESPOND = KEHIDUPAN

Kalau peristiwa yang berlaku adalah negatif iaitu kenaikan harga barang, cara kita respond atau bertindak balas adalah negatif iaitu dengan merungut dan memekak, maka keseluruhannya adalah negatif iaitu kita akan merungut, memaki, marah dan duit juga kan lari dari kita.

Kalau peristiwa tue negatif (kenaikan harga barang), cara kita respond positif (kita cipta perniagaan atau mengaudit perbelanjaan untuk menampung kenaikan barang), maka hasilnya kita kan menjadi positif iaitu kita gembira dengan kehidupan kita, kita boleh berbelanja berhemah, duit datang pada kita dan kita menjadi orang yang berjaya.

Semua orang diberi masa yang sama iaitu 24 jam, jadi ape salahnya duduk melangut depan tv tue kita buat keje yang berfaedah. Tengok tv sambil buat buat keje. Mesti kita akan dapat hasil yang boleh kita jual dan kita mendapat pendapatan dari situ. Banyak aktiviti yang kita boleh buat depan tv. Antaranya dok tgk tv sambil berFB, kita boleh wujudkan perniagaan online kita dan masa berinteraksi dengan pelanggan. Depan tv sambil membungkus kerepek, kerepek boleh jual kat pejabat. Depan tv sambil buat kuih, kita boleh usahakan perniagaan frozen kat kawan opis. Depan Tv sambil menjahit, kita boleh ambil upah menjahit. Tidak ker semua yang kita buat tue boleh mendatangkan duit. Sebab tuelah Sakura cakap orang posif duit akan sentiasa datang dekat.

Kalau kita hanya menyalahkan orang lain , badan kita nie akan jadi negatif, bila negatif ia akan menjadi malas, bila malas kita pun x dapat duit. Sebab tue juga Prof Abdul Rahman Songip (pensyarah Innovation & Problem Solving kat UTM) berceramah yang kita nie banyak buang masa tengok tv, dan dengan tengok tv kita tak mengembangkan otak kita dengan baik dan terhasil otak jadi malas nak berfikir. Orang yang selalu berfikir akan sentiasa mencipta peluang dan peluang. Kita hidup kat muka bumi nie pun atas ruang dan peluang yang Allah berikan untuk menjadi khalifah di muka bumi dan mencari pahala di dunia untuk kehidupan di akhirat. Tanpa peluang yang Allah berikan, adakah kita akan hidup dimuka bumi. Kita pastinya telah Allah cabutkan nyawa atau kita tidak dilahirkan dimuka bumi ini. 

Banyak perniagaan kecil-kecilan yang kita boleh buat, antaranya:

1. Kalau kita tengok kat pejabat kita sarapan pagi asyik la x sedap. Kita yang ade kepakaran memasak nie ape salahnya buat jualan sarapan kat pejabat dengan menu yang berlainan untuk rakan opis. Harga dalam RM1.50 dengan kuantiti yang mencukupi untuk tenaga pagi hari (sebab makcik jual sarapan pagi biasanya buat kuantiti yang banyak dan boleh kenyang sampai petang). Buat la dalam 30 bungkus dan keuntungan bersih dalam RM0.50 untuk setiap jualan kita. Jadi dalam sebulan katalah kita hanya buat jualan untuk 20 hari, maka dapatlah keuntugan RM300, duit yang ade tue boleh kita simpan dan duit gaji yang kita dapat x perlu peruntukkan untuk simpanan sebab kita dah dapat duit menyimpan hasil dari jualan kita. Selain jana duit sendiri, kita juga bantu rakan lain untuk x payah g keluar cari sarapan. Dah jimat masa kawan-kawan juga. Selain tue, kalau kita yang memasak dengan jalan Allah (kita masak dengan bersih, guna barang yang baik dan bersungguh macam nak makan sendiri) dah semestinya kita akan bagi kengkawan kita makanan yang bersih dan mecapai tahap halal.
2. Macam tue juga kalau kita ade kepandaian menjahit, kita boleh amik upah menjahit baju kawan-kawan kita. Ambil upah dengan sepasang RM40 dan kita boleh jahit dalam 6 pasang sebulan (amik kira 5 hari nak siapkan sepasang baju). Jadi sebulan kita boleh dapat RM 240. Duit boleh masuk tabung. 
3. Macam tue juga kalau kita jual kerepek dan kacang kat opis, Buat la dalam pek RM1 atau pek RM0.50. Untung dalam RM0.30 satu pek. Kalau target 30 pek terjual sehari, sebulan dah dapat RM180. 
4. Kalau kita jenis yang pandai memasak rendang, kek, atau lelain. Boleh amik tempahan rendang secara pesanan. Dapat juga jana pendapatan kat situ. 
5. Balik kampung ade barang desa yang boleh dijual macam ikan pekasam, amik stok bawak balik KL jual kat sini. Boleh amik untuk sebagai orang tengah.  Lepas tue boleh buka page jual ikan pekasam kat FB. Kan dah boleh jana duit yang lebih banyak

Banyak lagi benda lain yang boleh kita buat kalau kita gunakan kebolehan yang kita ade semaksimumnya. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk berubah atau tidak

Tuesday, 24 December 2013

ASTRO, cerai tahap INFINITY

Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja......

Kerana sakit hati tahap raksasa, maka dengan ini Sakura telah memberhentikan langganan ASTRO Sakura buat selamanya. Ini disebabkan faktor yang berikut:

1. kenaikan harga yang berkuatkuasa 24 November 2013
2. X tahan dah dengan citer yang berulang
3. Customer Servis (tru telefon) yang lembap dan menyakitkan hati. X membantu customer langsung cakap dengan fakta yang tidak lengkap. 
*1st call untuk confirmkan ade kontrak ker x, dia cakap x d kontrak. 
*2nd call pulak bila tanya nak terminate boleh pulak ko cakap ade kontrak tapi x boleh pastikan dari bila sampai bila. 
*3rd call baru la bijak sikit penjawab call tue dan terangkan semua tapi hampeh gak sebab x bagi tau yang perlu bawak ape masa nak terminate nanti. Keseluruhan hampas dan mula tekan BOIL. 
4. Kalau nak suruh tarik pelanggan boleh jer ko buat over d phone bila nak terminate kena g kedai dia pulak.
5. Sakura banyak tengok alHijrah jer sekarang. Channel nie kan free, jd x d pekdah la guna ASTRO pun.
6. Sakura punya pemantang besar adalah, bila quality yang kita dapat dari servis yang kita pakai tidak setimpal dengan harga dibayar. WAJIB utk Sakura tamatkan perkhidmatan. Sebab tue kalau g kedai makan yang servis dan mutu makanan x sedap, Sakura terus x pergi lagi dah kedai tue. First and last la Sakura g. 

Nak batalkan ASTRO hanya ada di MidValley dan D Curve sahaja bagi kawasan Klang Valley. Kalau tempat lain  sila la berhubung dengan Customer Servis yang menyakitkan hati. Siapkan soalan berikut utk mereka jawab
1. Kita ada kontrak ker x dengan ASTRO?
2. Kalau ade dari bila sampai bila kontrak bermula? (Bagi kes Sakura, Sakura p langgan PVR bulan jun hari tue)
3. Berapa kos untuk penalti?
4. Macam mana kira penalti?
5. Kena bayar monthly x?
6. kena bagi notis x?
7. Dan lelain soalan yang terlintas untuk ditanya.

Bila kita x tanya detail masa telefon tue, ia telah mengundang kemarahan yang lebih besar tahap membara kat Sakura. Berikut Sakura ceritakan pengalaman SAKIT HATI dengan Customer Service kat MidValley
1.  1st datang dia kata nak terminte kena bawak kad ASTRO. Jadi terpaksa la balik amik kad. Kos kerugian adalah bayar parking RM3 , duit petrol RM 5. Total RM 8
2. 2nd datang pun x boleh terminate sebab pelanggan yang ade kontrak kena bawak dekoder pulak. Automatik button boil dah meletup, geram sebab yang first tue patut bagi detail ape yang perlu dibuat dan dibaw. Kos terlibat adalah parking RM3, petrol RM 5 dan kos masa INFINITY. Total INFINITY dan geram macam nak siat mulut dia.
3. 3rd. Baru berjaya terminate. 

Mujur x d insiden maki hamun sebab Sakura dah jadi manusia baik sikit. Kalau ikut perangai dulu memang dah kena tengking la alamatnya. Nie cuma tinggi suara jer. Tapi rasanya sebab akaun ASTRO tue atas nama Tuan Faizal. Kalau nama Sakura memang dah kena tengking rasanya. Muahahahahahah!!!! (gelak setan jap)

Pertimbangan untuk membatalkan ASTRO nie sebenarnya didorong oleh perasaan bersalah kerana tidak memberikan maklumat baik kepada otak yang menyebabkan ia tercedera. Sebagai contoh, kita dok tengok citer ganas, perang2 dan pembunuhan. Automatik kita ajar otak kita kepada negatif. Bila otak negatif semestinya tindakan kita pun negatif dan ia mendorong kita menjadi manusia jadi ganas dan x bertamadun. Bila Sakura fikir balik dan buat pertimbangan semasa era TV x banyak channel denagan era TV satelit. Manusia era TV x banyak lebih berkasih sayang, tidak memfitnah sesama manusia dan jenayah kurang. Sakura rindukan hidup yang dulu.

Tuesday, 17 December 2013

Cabaran Hujung Tahun

Minggu sibuk dengan assignment dengan nak Exzam. Ape? Exzam? Cepatnya masa berlalu dan dah setahun menjalani hidup sebagai pelajar hujung minggu. Fasa pertengahan bakal menjelma dengan banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi. Cabaran yang mendatang yang mendewasakan dan mematangkan perjalanan hidup. Diam x diam juga dah nak berahir tempoh 2013 yang tinggal beberapa hari lagi. Kalau di awal tahun sibuk merancang, diakhir tahun kena la semak tahap mana pencapaian 2013. X guna merancang kalau x semak. 

Kat opis kalau hujung tahun nie sibuk gak dengan semakan semula aktiviti sepanjang 2013. Dari untuk mengukur pencapaian dan juga aktiviti merekod. Selain tue perancangan tahun depan pun dah nak kena buat. Mujur bulan lepas dah buat. Selamat. Ade pencapaian yang dibuat dan rasa lega. Sekurang-kurangnya dapat meninggalkan opis dengan senang hati sebab banyak yang dah diselesaikan. Terutamanya aktivit pengesahan pegawai gred atas. X macam masa ambil alih kerja dulu. Ramai pegawai atasan yang x disahkan. Kalau dema tue x disahkan macam mana orang yang kt bawah nie nah disahkan. Cabaran dunia semua itu.

Perjalanan hidup sebagai pula banyak mengajar Sakura untuk menjadi yang terbaik dengan mengunakan potensi ke tahap yang maksima. Bersyukur sebab dipilih untuk menjalani program tajaan nie. Banyak manfaat yang diperolehi dan sangat berguna untuk kemajuan diri sendiri dan dapat dijadikan alat untuk menyerlahkan potensi jabatan dan diri sendiri juga. 

Hujung tahun x d aktiviti cuti-cuti macam orang lain sebab memasing sibuk dengan hal sendiri. So awal tahun la lepas exzam untuk memulakan akviti percutian. Tue pun kalau ade bajet. Semenjak projek rumah nie, bajet bercuti kena disalurkan ke projek rumah. Sakura x kisah pun sebab Rumah ku Syurga Ku. Bagi selesa rumah dulu baru keperluan lain ok.

Pinjam Mr. Google

Thursday, 12 December 2013

Rawatan Selsema Anak-anak


Tips rawatan demam selsema bagi bayi dan kanak-kanak secara semulajadi

Bahan-bahan:

Minyak zaitun
Bawang putih
Lemon

caranya:
campurkan hirisan lemon, bawang putih dan minyak zaitun komersial.
Ramas campuran hingga mengeluarkan bau segar.
Gunakan campuran ini untuk mengurut tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain.
Ia bg mengurangkan/merawat demam selsema yg amat mudah dijangkiti bayi dan kanak-kanak.
selamat mencuba
Maklumat dari FB: Baby Idaman Shop

Tuesday, 10 December 2013

Amalan Semasa Banjir

Sakura dapat nie dari FB :Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad
Perkongsian ini untuk kebaikan ramai. Mungkin boleh mudahkan ratusan atau ribuan nyawa. Sumber artikel ini datangnya daripada sebuah agensi kesihatan di Amerika Syarikat, dan juga terselit sedikit sebanyak pengalaman penulis artikal nie.

Apa-apa pun, perkara pertama anda perlu utamakan adalah ELAKKAN PERASAAN PANIK dan BERTENANG. Kalau anda mempunyai haiwan peliharaan, sila letakkan mereka dalam bakul atau sangkar yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan simpan makanan-makanan mereka kerana selepas banjir, memang susah untuk dapatkan makanan haiwan.

Air banjir mampu bawa pelbagai penyakit kepada anda. Wujud kebarangkalian tinggi untuk mempunyai kandungan-kandungan yang berbahaya seperti kumbahan, saliran-saliran pertanian, bahan-bahan kimia, dan sebagainya.

1. Penyakit Cirit Birit;

Memakan atau meminum apa-apa yang tercemar dengan kandungan air banjir mampu mengakibatkan penyakit cirit-birit. Untuk melindungi diri anda dan keluarga, anda perlu:

• Amalkan kebersihan secara optimum selepas terkena air banjir;
• Jangan izinkan anak-anak bermain di kawasan-kawasan banjir;
• Basuh tangan anak-anak terutamanya sebelum memakan;
• Jangan benarkan anak-anak bermain dengan permainan yang telah tercemar dengan air banjir.
2. Jangkitan-jangkitan Luka;

Luka-luka yang terbuka dan ruam yang tercemar dengan air banjir mampu memberi kesan jangkitan kepada anda. Untuk melindungi diri anda dan keluarga, anda perlu:

• Kalau anda mempunyai sebarang luka, elakkan daripada terkena air banjir;
• Tutup luka-luka dengan plaster kalis air;
• Bersihkan luka-luka dengan sabun dan air bersih;
• Kalau luka mula membengkak, sila dapatkan bantuan perubatan profesional.

3. Kesan-kesan bahan kimia yang bahaya;

Anda perlu sedar bahawa wujud kebarangkalian bahawa air banjir mampu dicemari bahan kimia.

4. Kesan-kesan bahaya;

• Lemas

Dalam keadaan panik, air banjir mampu menyebabkan kelemasan kepada semua mangsa, tidak kira usia atau kebolehan berenang. Bergerak dengan pantas dalam air yang cetek boleh juga membawa padah. Anda perlu awasi dan kenali kawasan-kawasan longkang yang akan penuh dengan air dan arus yang berbahaya.

Kenderaan pula tidak akan beri perlindungan yang cukup. Kenderaan mampu dibawa arus atau terkandas dalam arus yang bergerak.

• Serangga/binatang;

Kejadian banjir mampu meleraikan segala jenis haiwan, serangan dan reptilian yang berbahaya. Anda perlu sentiasa awasi keadaan keliling anda ketika berlaku banjir dan ketika masuk semula dalam rumah. Ada kebarangkalian tinggi untuk seekor ular atau biawak dewasa di dalam rumah anda, termasuk juga dengan anak-anak mereka.

Tidak pasti pula dengan buaya, tetapi lebih baik anda awasi dan tidak berada dalam keadaan keseorangan ketika kerja pembersihan. Mana tahu anda mempunyai sejenis alah kepada bisa ular yang mampu menenggelamkan suara anda dalam gabungan bisa dan adrenalin.

• Bahaya elektrik

Ketika berlakunya banjir, sila pantau keadaan sekeliling anda dan ELAK daripada mendekati kawasan-kawasan yang mempunyai saluran elektrik. Sebelum keluar daripada rumah, sila tutup suis utama elektrik untuk memastikan keselamatan anda, dan sila panggil pihak-pihak profesional untuk menghidupkannya semula kerana ada kebarangkalian tinggi untuk berlakunya lintar pintas atau renjatan.

• Luka

Air banjir mampu menenggelamkan objek-objek tajam seperti serpihan gelas atau besi. Serpihan besi mampu berkarat, dan apa-apa kecederaan bagi kedua-dua jenis serpihan mampu membawa jangkitan yang berbahaya. Sila periksa anak-anak anda dengan teliti.
Berhati-hati semasa banjir 

Monday, 9 December 2013

Big Bad Wolf Disember 2013

Aktiviti yang dinantikan telah muncul; Big Bad Wolf di Mines Convention Center. Kepada yang suka membaca dan mencari bahan bacaan murah. Cepat-cepat la pergi yer. Nanti kalau lambat, buku yang tinggal buku yang x best pulak. Untuk Big Bad Wolf yang berlangsung dari 6-15 Disember 2013 sepanjang 24 jam. Kiranya x d masalah utnuk lepak sini sampai pagi atau datang lepas subuh. Sakura dapat memborong 12 buku dengan harga RM 78 sahaja. Berbaloi. Biasanya satu buku jer RM20 tapi bila g sini, satu buku dalam RM5 ke RM15. Memang borong banyak buat stok le jawabnya. Aktiviti macam nielah yang boleh menyumbangkan tabiat membaca. Bila bahan bacaan murah, minat membaca semestinya ada. X kisahla buku dah zaman berapa pun. Yang penting ilmu yang terkandung tue x pernah lapuk dek zaman pun. Jadi untuk beberapa bulan hadapan kita tangguh dulu beli buku untuk membaca buku-buku yang telah dibeli nie. 






 
 
Hasil borongan yang dibuat

nie utk Rais2. Kalau la makcik dia ade bajet banyak dah tentu beli untuk diri sendiri untuk semua siri yang ada.



Friday, 6 December 2013

Banjir Luar Biasa

Johor, Pahang dan Terengganu, Kelantan dan terbaru Melaka bakal menyusul banjir besar. Yang teruk Kuantan sebab melalui banjir hebat untuk 10 tahun sekali. Semoga mangsa banjir yang terlibat dimudahkan urusan oleh Allah dan keadaan pulih seperti sedia kala dengan cepat. Buat yang lelain pulak pula mana yang boleh kita hulur bantuan kita berikan dengan rela hati dan ikhlas. Kalau tidak dengan material, dengan doa agar banjir cepat surut dan keadaan pulih macam biasa pun dah memadai. Tue adalah selemah-lemah bantuan yang boleh kita hulurkan

Bila dah banjir berlaku nie, Facebook pun banjir juga dengan macam-macam cerita pasal banjir. Ade yang minta bantuan dan tidak kurang yang nak mengeji dan menyalahkan orang lain. Sedih tengok dengan orang Islam yang begini. Kita sepatutnya bersama dan bersatu untuk membantu mangsa banjir tue. Bukannya membuka aib orang lain untuk menghina. Sesuatu musibah yang Allah turunkan ia bukanlah bersifat kecelakaan semata-mata tapi ia lebih kepada hikmah yang boleh dipelajari kepada musibah yang diterima. Allah tidak menurunkan sesuatu itu dengan sia-sia. Itu janji Allah kan. Walaupun yang memberikan penderitaan tapi ia mempunyai hikmah yang besar dari itu. Musibah yang diturunkan sebenarnya akan menjadikan sesuatu kaum itu lebih kuat sebenarnya. Ade sesuatu nilai yang boleh kita dapat darinya.

Waktu bencana nilah kita buang segala ideologi politik dan kepenting diri sendiri untuk bersama membantu. Jangan diperlekehkan usaha orang lain dan jangan dikeji juga semangatnya. Sape lagi nak bantu rakyat sendiri kalau bukan kita sebagai warganegaranya. Baik buang jelah kewarganegaraan tue kalau tidak tiada perasaan untuk membantu. Semoga dengan kerjasama dan bantuan yang dihulurkan akan menjadikan kita sebagai warganegara yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Cuba kita lihat Jepun yang terdedah kepada bencana alam dan musibah. Kita kena mempelajari dari mereka bagaimana dia berusaha untuk memastikan kehidupan mereka tidak terjejas teruk apabila berlaku musibah. Nilai baik tidak semestinya berada dalam masyarakt itu sendiri tapi ia bersifat global. Kita mesti saling mempelajari antara satu sama lain. Jangan hanya melaungkan Dasar Pandang Ketimur jer tapi kita tiada usaha untuk menerapkan budaya timur dalam masyarakat kita. Bukan hanya membawa teknologi yang maju sahaja tapi pembudayaan akhlak timur itu lagi penting sebenarnya.

Salam Jumaat semua.




Thursday, 5 December 2013

Naik VS Jimat

Semalam Sakura angin x betul sebab p marah geng watsup yang memekak pasal kenaikan tarif elektrik. Biasa Sakura buat x reti jer group tue. Tp hari nie angin rajin menjawab dah sampai. Jadi terlepas la juga perassan tue. Sungguh x paham nak memekak pasal naik tarif kalau setakat bayar bawah RM 77 sebulan x payah nak bising. Kalau yang terlebih tue sila-sila berjimat pakai elektrik jangan nak membazir. Kenaikan tarif hanya terkesan utk yang 100 kWj yang ketiga. Maknanya kalau pki lebih 300 kWj baru la ade kenaikan. Sebab 300 kWj yang pertama tiada kenaikkan.

Tips berjimat elektrik dari Sakura:

1) Tukar lampu yang selalu digunakan dengan jenis LED atau lampu jimat tenaga.
2) Guna peralatan rumah yang jimat elektrik. Kategori 5 bintang
3) Tutup dekoder astro atau Unifi kalau x d kat rumah utk jangka masa lama macam balik kampung
4) Tutup suis lepas masak air. Kalau yang pki suku sakat Coway tue. Bila malam tutup jela suis. 
5) Tido malam dengan lampu dalam rumah tertutup semua kecuali yang kat luar rumah untuk keselamatan.
6) Pasang sensor lampu untuk lampu bilik air. Jadi lampu akan terpasang kalau ade orang dalam bilik air dan tertutup bilik x d orang.

Kenaikan tarif elektrik nie bagus bagi Sakura sebab ia mengajar kita untuk berjimat sebab tenaga elektrik kita dijana oleh sumber semulajadi. Kita kena belajar berjimat untuk memastikan sumber semulajadi nie boleh pakai lama lagi. Nie x. Pegi meroyan kerajaan kejam. Kita menyalak bukit jer. Naik tetap naik gak.

p/s: Sakura gembira sebab bil sebulan x pernah lebih dari RM 35 sebulan. Kalau boleh nak berjimat sampai bawah RM 20. X payah bayar elektrik. Wehu!

 




Tuesday, 3 December 2013

Ukur Baju?

Biasa kita dengar Ukur baju di badan sendiri. Ia mengumpamakan yang baju yang nak dipakai mestilah sesuai dengan orang yang nak pakai. Kalau baju yang dipilih besar dan badan pemakainya kecil. Ok lagi sebab boleh kecikkan atau ia longgar dan selesa. Tapi kalau baju tue kecik, yang nak memakainya badan besar. Baju tue x muat nak dipakai. Bila dah baju sendat semestinya benjol nampak dan x selesa. Yang lebih parah lagi x boleh pakai. Buang terus lah baju nampaknya. Jadi yang sebenar-benar rujukkan halus orang bijak dahulu yang mengigatkan kita orang SEKARANG. Berbelanja ikut kemampuan yang kita ada, bukan kehendak yang kita nak. Kalau duit yang ade sikit, kita kena berjimat-jimat. Kalau kita ade banyak duit pun x perlulah nak membazir duit sesuka hati. 

Memang tidak dinafikan yang sekarang nie banayak ditawarkan Personal loan, Car Loan, ASB loan, Kredit Kad dan banyak pinjaman lagi yang ditawarkan. Adakah perlu kita amik semuanya untuk memenuhi kehendak kita hidup secara mewah. Tindakan yang tidak bijak sekiranya kita asyiklah tengok orang beli ape, kita pun nak juga. Tiada maknya mewah kalau hidup nie penuh keliling hutang. Sesak nafas dibuatnya. Hanya dok fikir bila hari nie dapat gaji. Bila tarikh gaji yang seterusnya. X salah hidup secara sederhana dan x nampak mewah janji kita x dibelenggu hutang. Biarlah kita ambil masa yang lama untuk memilikinya, tapi kita x berhutang. Kenapa perlu kita di kawal oleh disekeliling? Kita sendiri yang patut kawal persekitaran sekeliling. Hidup nie hanya mencari redha Allah sahaja dan bukan redha manusia seperti yang kita selalu dengar dari mulut Prof. Muhaya.

Macam tue juga dengan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia. Kalau kita buat pertimbangan ia perlu ada, kita pakai lah. Kalau kita buat pertimbangan x perlu pakai. x payah lah langgan. Buat ape membazir duit. Ade baiknya kita sedekah duit yang kita pada yang memerlukan. Insa'allah akan ade keberkatan hidup dan mendapat keredhaan Allah. Sakura x gunakan perkataan rasa sebab rasa nie semua punya kita nak. 

Berbalik pada buat personal loan. Perlukah kita buat personal loan tue. Atas faktor ape kita patut buat? Kalau jawapan pada faktor tue x d manfaat. Baik lupakan jer. Ade baiknya kita kumpul sikit-sikit dan bila dah cukup baru dapatkannya. Kalau nak cepat kumpul duit, boleh buat kerja part-time untuk cepatkan proses simpan duit tue. Memang perit tapi kita akan dapat kemanisan hidup dikemudiannya.

Pasal kereta pulak, jangan dok fikir yang kita hanya mampu bayar instalment jer. Kena fikirkan duit petrol sebulan, servis kereta, road tax semuanya sekali. Kalau kita kira-kira tue hanya cukup untuk memilik kereta Malaysia, x payah berangan la nak memiliki kereta buatan negara lain. Biarlah kereta tue kancil sekali pun, janji kereta juga yang boleh bawak kemana sahaja. 

Kad kredit pun macam tue juga. Buat pertimbangan balik kenapa kita perlukan kad kredit? kalau kita nie selalu kerja luar yang pelukan servis hotel. Adalah lebih baik kita pakai jer Kredit kad tapi jangan pulak ko pakai kad kredit nak bershopping. Memang ko merana lah kan nak membayar. Dah tahu diri x boleh kawal bila bershopping. X payah gatal nak bawak kad kredit tue. Tinggal jer kat rumah. Pakai Debit Kad sudah. Ade duit boleh pakai,  x d duit, tengok jelah. 

ASB loan pulak sesuai untuk mengajar membuat pelaburan tapi x boleh berdisiplin untuk laksanakan. Sebabnya bila kita dah amik ASB loan kita akan berusaha untuk bayar instalment. Kebaikannya kita akan dapat berdisiplin dan mendapat faedah pelaburan. Kalau kita jenis yang dapat berdidplin simpan duit, x perlulah amik ASB loan. Tak pun cara paling senang dan jamin halal. Buat potongan Tabung Haji dari gaji. Senang. Dapat gaji dah siap potong Tabung Haji. Cukup tahun dapat faedah. Faedah simpan Tabung Haji pun memberangsangkan.

Hidup nie mudah kalau kita yang memudahkan. Kita yang mengawal hidup kita sendiri. Yang nak pergi mencari bala lain yang menyusahkan hidup kita buat ape.



Monday, 2 December 2013

Disember

Bulan Disember dah menjelma. Kejap jer rasanya 2014 nie nak sampai ke penghujung. Macam-macam cerita dan cabaran yang telah dilalui. Semuanya itu mematangkan kita dan mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam. Semoga ape yang kita lakuakan ada manfaat kepada orang di sekeliling kita dan mendapat keredhaan Allah hendaknya. 

Sakura rasa banyak yang perlu dibetulkan dalam hidup nie untuk kita menikmati kehidupan yang lebih bahagia dan mendapat keberkatan. Kalau kita x dapat memulihkan sepenuhnya sekurang-kurangnya ada kesan kepada orang sekeliling juga. Setiap individu bertanggung jawab kepada orang disekelilingnya. Sebab itulah kita dijadikan khalifah oleh Allah dimuka bumi untuk berkhidmat. Tanggungjawab yang terabai akan menyebabkan sistem perhubungan antara manusia terjejas. Apabila terjejas ia akan menyebakan kerosakan akhlak kepada individu dan mengakibatkan kezaliman kepada orang lain pula.

Islam tue indah dengan memperkenalkan cara-cara yang terbaik untuk mendapat kebahagiaan seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Sebagai umat Islam kita wajib berada dilandasan yang ditetapkan dalam Al-Quran itu. Kita juga patut malu sekiranya ade bangsa lain yang mengamalkan cara hidup Islam tapi dia tidak menganut Islam pun. Kita seharusnya mencontohinya dan berubah untuk untuk menjadi baik. Kita tidak mahu menjadi Islam yang hanya pada nama tapi menjadi Islam yang berkualiti yang memberikan kebaikan kepada yang lain. Iman dan akhlak adalah selari dan adik beradik yang tidak terpisah.

Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan bersama tetapi bila dah mengadap komputer idea hilang. Masalah betul kalau jenis manusia yang terlalu banyak dikongsikan tapi semua terhenti sekerat jalan. Insa'Allah , akan Sakura usahakan mendapat mood mereka ayat semula. Salam Disember semua.


Saturday, 30 November 2013

Berdiet Selepas Bersalin

Petua Untuk Berdiet Selepas Bersalin


Adakah diet dalam pantang tradisional yang diamalkan oleh ibu-ibu benar-benar membantu? Banyak tenaga dan kekuatan tenaga simpanan dalam tubuh ibu telah digunakan selepas bersalin. Oleh demikian, diet seseorang ibu selepas bersalin adalah penting untuk membantunya sembuh kembali dan pulih daripada kepenatan bersalin, dan juga untuk penghasilan susu ibu. Kebanyakan ibu-ibu mematuhi peraturan berpantang tradisional turun temurun. Budaya berlainan mempunyai pilihan makanan berpantang mereka sendiri. Berikut adalah makanan baik untuk ibu yang lepas  bersalin:

a. Jamu (herba, akar dan rempah ubatan) - Jamu membantu memanaskan tubuh ibu, meningkatkan aras tenaga, menghilangkan lemak dan toksin berlebihan daripada tubuh, serta mengecutkan rahim. Buat masa ini tiada kajian atau bukti terperinci yang membuktikan manfaat pengambilan jamu selepas bersalin, tetapi para pakar bersetuju bahawa aroma jamu sememangnya menenang dan menyamankan apabila disapu di seluruh tubuh. Bagi jamu yang diambil secara oral, utamakan kualiti dan kebersihan jamu bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

b. Halia - Halia dianggap makanan yang “memanaskan”; ia membantu menggalakkan peredaran darah, mencegah atau melegakan angin dan menguatkan sendi. Walaupun kajian menunjukkan bahawa halia mungkin boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil, namun tiada kajian yang telah menyokongnya sebagai makanan yang “memanaskan”. Anda boleh menggunakan halia sebagai rempah dalam makanan berpantang tetapi pengambilan berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ibu melepaskan “angin”. Angin ini bukan daripada sendi atau kepala ibu yang baharu lepas bersalin dan tiada kaitan dengan sebarang sakit belakang atau sakit sendi di masa hadapan.

c. Ikan Haruan - Sup ikan daripada ikan haruan segar mempunyai ciri merawat yang menggalakkan penyembuhan luka dalaman, terutama sekali wanita yang telah menjalani pembedahan Caesarean. Mengikut satu kajian, ikan haruan mengandungi asid amino dan asid lemak tertentu yang penting untuk penyembuhan kecederaan. Secara amnya, makanan berprotein tinggi (seperti ayam itik, daging tanpa lemak, ikan dan produk tenusu) boleh mempercepatkan penyembuhan luka atau kecederaan. Ibu-ibu perlu memastikan pengambilan pelbagai jenis makanan sumber protein untuk membantu mereka pulih dengan segera.

d. Herba Cina - Sup herba disediakan menggunakan herba Cina tradisional tertentu, seperti kurma merah, kei zhi (wolfberry) dan dong guai (angelica), yang dikatakan boleh membantu menyihatkan darah, merawat simptom selepas bersalin seperti discaj yang berpanjangan dan membaiki tahap tenaga. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa herba Cina akan memanfaatkan ibu selepas bersalin, tetapi kajian telah menunjukkan bahawa herba-herba ini bersifat antioksidan. Kesan sedemikan mungkin boleh membantu menggalakkan penyembuhan tisu dan menguatkan sistem imun. Namun demikian, janganlah mengambil herba sehingga keterlaluan kerana antioksidan seperti vitamin C dan E boleh diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan dan sayuran.

e. Sayuran Labu (seperti labu botol dan timun Jepun) - Ia membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Tiada makanan khusus yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun demikian, bagi memastikan pengeluaran susu yang berterusan, minumlah cecair yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang hilang daripada tubuh anda. Anda juga perlu makan dan rehat dengan sempurna supaya mempunyai tenaga untuk penghasilan susu yang optimum. Yang paling penting, teruskanlah penyusuan susu ibu.

Thursday, 28 November 2013

Keselamatan

Pagi nie Sakura bertembung lagi kumpulan pelumba basikal kat persimpangan nak keluar Puncak Jalil dan Kinrara. Ada dalam 10 orang lebih kot dalam kumpulan tue. Bukanlah Sakura nak mengungkit sebab menyebakan traffik bergerak perlahan tapi lebih kepada tahap keselamatan yang mereka praktikkan. Sebabnya sebelum nie kita selalu dengar pelumba basikal yang meninggal sebab kena langgar. Tapi bila bertembung dengan mereka nie persepsi Sakura adalah "Mereka sendiri yang yang menjaga keselamatan diri sendiri". Sebagai pengguna jalanraya, aspek keselamatan bukan terletak pada orang lain yang berhati-hati dan berhemah tapi kita sebagai pengguna jalanraya wajib mempraktikkan keselamatan diri sendiri terlebih dahulu. Kalau masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan dan berhemah di jalan raya, tak adalah kemalangan tue berlaku. Kemalangan berlaku sebab kecuaian mempraktikkan aspek keselamatan.

Antara pengabaian oleh kumpulan pelumba nie adalah;
1. Bergerak secara berdua, naik basikal nie sama jer mcm pengguna motor. Bergerak dalam satu barisan di lorong paling kiri dan di bahagian kiri jalan. Kalau pakai laluan kanan memang alamatnya kena sondol la. 
2. Tiada lampu keselamatan pada basikal atau helmet bagi memudahkan pengguna jalan raya lain melihat. Yang nie sangat penting dan wajib pasang.
3. Mematuhi peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. Penunggang basikal juga sama dengan pengguna jalanraya yang lain yang wajib mematuhi peraturan di jalan raya.
4. Memakai baju yang ade pantulan cahaya bagi memudahkan pengguna lain melihat.
5. Kalau boleh pilih laluan yang tidak sempit. Bagi Sakura Putrajaya adalah tempat selamat untuk berbasikal sebab jalan rayanya ade 3 lorong, Jadi pengguna jalan raya yang lain akan pakai 2 lorong lain (kanan dan tengah). 

Kita sama-sama pengguna jalan raya, jadi bila satu pihak mengabaikan aspek keselamatan ia akan memudaratkan pihak yang lain. Kemalangan boleh berlaku dan menyebabkan pihak lain pula yang jadi susah. Sebagai contoh orang yang memberhentikan kereta secara mengejut, orang belakang yang melanggar yang salah disisi undang-undang. Jadi kalau kita bawa dengan tenang dan berhemah, agak-agak ade ker kejadian orang berhenti mengejut? 


pinjam dr Mr Google

Wednesday, 27 November 2013

Bayi Tersedak Susu

Sering berlaku sekarang nie kejadian bayi terdesak susu. Kes bayi terdesak susu nie pula berlaku tidak kira di nursery, rumah pengasuh atau dirumah sendiri. Pengetahuan bagi mengatasi masalah tersedak susu perlu di cari agar kita dapat mengelakkan ia dari berlaku.

Sebab-sebab bayi tersedak susu

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan Kedudukan bayi semasa minum susu adalah salah.


Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

1.Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

2.Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).

3.Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4.Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

5.Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.


Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

1.Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar..

2.Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

3.Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.

Mahukan info menarik berkenaan bayi, sila LIKE  Chubby Baby

Sunday, 24 November 2013

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Saturday, 23 November 2013

Kongsi

Dalam hidup nie ade benda yang kita boleh kongsikan bersama dan ade juga yang x boleh kita kongsikan bersama. Zaman sekarang nie era pengunaa media sosial yang berleluasa. Kita cenderung untuk berkongsikan hidup kita kepada orang lain. Ade baik dan ade juga keburukan. Kalau kita berkongsi ilmu yang kita dapat bersama orang, moga-moga ia memberi manfaat kepada orang lain dan ade tambahan pahala untuk kita bawa bekalan di akhirat nanti. Tapi kalau ape yang kita kongsikan itu ade kaitan dengan gaya hidup, kemewahan dan lelain yang menunjukkan kekayaan kita. Sakura kurang setuju untuk berkongsi. Sakura pun ade kecenderungan untuk berkongsi tapi kena tapis dan timbal balik supaya ia tidak membawa kemudaratan keselamatan pada diri kita. 

Kadangkala bagus untuk dikongsikan dengan orang lain hasil pencapaian kita agar ia dapat memotivasikan orang lain juga. Tapi kadangkala ia mungkin akan menyebabkan orang lain berasa sakit hati dan memudaratkan kita. adalah lebih baik kita simpan dalam persendirian kita sahaja. Sekarang nie pun banyak jenayah yang berlaku sebab penjenayah mengetahui kita dari media sosial. Dunia terbuka luas untuk orang lain masuk dalam mencari maklumat diri kita. Sebab itulah jenayah sekarang agak membimbangkan. Ditambah pulak dengan unsur kemanusiaan yang semakin terhakis dalam diri manusia. 

Berpada-padalah untuk berkongsi agar ia tidak memudaratkan diri kita dan keluarga.


Thursday, 21 November 2013

Senyuman Bayi

Fakta fakta tentang Senyum Bayi ::

Beberapa fakta yang dapat menambah pengetahuan kita mengenai senyum seorang bayi :

* Adalah sebuah rahsia umum bahawa bayi akan tersenyum ketika berhadapan dengan orang yang membuatnya merasa selasa.

* Sekalipun tak dapat melihat, bayi dapat tersenyum ketika dipeluk atau diajak bicara, buktikan

* Biasanya bayi mengeluarkan tawanya ketika berusia 3 – 4 bulan.

* Bayi dan balita sampai usia sekitar 4 tahun boleh tertawa sampai 400 kali per hari. Berbeza dengan orang dewasa yang rata-rata tertawa 17 kali sehari.

* Bagi Anda yang telah memiliki bayi atau pernah memperhatikan bahawa bayi yang berusia 0 - 6 minggu dapat tersenyum ketika ia tidur. Ini bukanlah suatu reaksi emosi, melainkan reaksi fisik semata.

* Ketika berusia 6 – 8 minggu bayi menggunakan senyum sebagai reaksi terhadap apa yang disukainya. Itulah mengapa seringkali bayi boleh tersenyum ketika dibuai dan mendengar suara orang tuanya ataupun pengasuhnya.

* Di usia yang semakin bertambah, yaitu 2 – 3 bulan, bayi tidak hanya bereaksi dengan senyuman, namun juga menggerakkan anggora badannya seperti tangn dan kakinya yang bergerak ketika didekatkan dengan mainannya ataupun wajah orang tuanya ketika bermain.

* Saat berusia 9 bulan, seorang bayi telah dapat membedakan “kepada siapa dia harus tersenyum”. Boleh jadi Anda orang yang menyenangkan bagi seorang bayi, maka dia tersenyum dan itu tidak terjadi terhadap orang yang masih asing bagi dirinya.

* Menurut sebuah penelitian, senyuman bayi kandung (bukan bayi orang lain) terhadap ibunya dapat berpengaruh baik terhadap kecerdasan otak sang ibu.

* Senyum bayi juga dapat membawa efek relaksasi bagi sang ibu yang sedang melihatnya, sehingga kepenatan dapat berkurang. Tidak hanya senyuman, sang ibu juga dapat memandangi foto bayinya yang lucu dan menggemaskan agar dapat meredakan stressnya.

* Senyum bayi dapat menunjukkan perkembangan pada otaknya, mengingat senyuman adalah aksi responsif bayi terhadap lingkungan sekitar.

* Menurut beberapa ilmuwan bahawa senyum bayi merupakan spontan akibat kobaran neuron dalam otak. Bayi juga dapat tersenyum saat bermimpi atau mengigau akibat ingatan akan suatu hal yang pernah dilihatnya muncul lagi dalam pikirannya.

Sumber FB:
Suami isteri,keluarga bahagia

Wednesday, 20 November 2013

Hot FM

Sedih jer tgk YT pasal hari terakhir Faizal Bin Ismail (FBI) di konti Hot FM. Dah hilang dah idea salah sorang penyumbang kekocahan pagi. Yelah hari ceria Sakura adalah bermula dengan kecoh Am Krew. Stesen utama selepas mendengar KL FM. Sakura hanya dapat dengar dari video yang diupload jer. Walau ape pun semoga berjaya kepada FBI dan terima kasih kerana menceriakan pagi Sakura selama ini. 

Ape yang mengkagumkan Sakura pasal FBI adalah dia menarik diri dari dunia yang popular semasa dia berada di puncak. Dengan beraninya dia mengundur diri bagi memastikan dia memberi imej bersih. Yelahkan hidup kita niekan umpama naik bukit. Mula-mula kita kat bawah, kemudian kita mendaki naik ke bukit sampai atas puncak dan kemudian kita turun semula ke kaki bukit di mana kita bermula. X ramai yang boleh buat macam tue tapi ade sorang lagi yang Sakura tahu dia buat macam adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Orang-orang begini sakura boleh klasifikasi sebagai bijak dan berani. Dia tahu ape yang terbaik dalam hidupnya walau pun ade banyak peluang lain depan mata. Tapi dia memilih untuk mengundur diri bagi mencipta ruang yang lain. Boleh katakan yang mereka adalah orang 3% yang sentiasa akan berbeza dari kehidupan manusia biasa. 
 

pinjam Mr google

Tuesday, 19 November 2013

Suka Pengangkutan Awam

Kalau diberi pilihan antara memiliki kenderaan sendiri dengan pengangkutan awam, sebenarnya Sakura lebih suka kenderaan awam. Sebabnya adalah dibawah:
1. Kos murah berbanding ada kereta sendiri (duit petrol, instalment, tol, servis, road-tax, insurance)
2. Keselamatan terjamin dan boleh tido.
3. Faktor melanggar undang2 jalanraya tiada
4. Boleh banyak simpan duit.
5. Boleh bersenam pagi dan petang
6. X perlu sakit hati dengan gelagat manusia bertamadun yang menggunakan jalan (potong barisan, bawa kereta berbahaya dll)
7. Boleh banyak naik basikal juga
8. Mengurangkan sumbangan sebagai pencemar alam

Tapi ape kan daya, Malaysia nie GAGAL sedia kemudahan pengangkutan awam yang selesa. Terpaksa dan dipaksa memiliki kenderaan persendirian juga. Perkara paling best pada Sakura adalah dapat naik LRT/ komuter g kerja. Komuter nie pun sakit hati juga kalau kena nasib jadual x ikut masa. Alamatnya memang lambat pergi kerja la.

Disebabkan itu juga Sakura lebih selesa kalau balik kampung KB dengan kapal terbang. X kisahla penerbangan murah pun. Janji faktor keselamatan , tak kena saman dan paling penting cepat. Sakura paling x suka duduk lelama dalam kereta. benda paling dibenci adalah PENAT. 

X best mana pun ada kereta sendiri nie. Sebab banyak duit terbuang sebab dia jer. Dah nilai susut kereta nie cepat. Jadi ia bukan pelaburan bijak yang perlu dibuat. Hidup kena banyak menabung yer.

Alangkah bestnya kalau pengangkutan kat Malaysia nie setanding Jepun, UK, Australia dan lelain negara maju. Bilakah akan terapai??????


Monday, 18 November 2013

Beringatla

MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


Artikel dr Utusan

- kasturi

Zolkanain Shari Muhammad Bin Ali Mustapa Long