Biasa kita dengar Ukur baju di badan sendiri. Ia mengumpamakan yang baju yang nak dipakai mestilah sesuai dengan orang yang nak pakai. Kalau baju yang dipilih besar dan badan pemakainya kecil. Ok lagi sebab boleh kecikkan atau ia longgar dan selesa. Tapi kalau baju tue kecik, yang nak memakainya badan besar. Baju tue x muat nak dipakai. Bila dah baju sendat semestinya benjol nampak dan x selesa. Yang lebih parah lagi x boleh pakai. Buang terus lah baju nampaknya. Jadi yang sebenar-benar rujukkan halus orang bijak dahulu yang mengigatkan kita orang SEKARANG. Berbelanja ikut kemampuan yang kita ada, bukan kehendak yang kita nak. Kalau duit yang ade sikit, kita kena berjimat-jimat. Kalau kita ade banyak duit pun x perlulah nak membazir duit sesuka hati.
Memang tidak dinafikan yang sekarang nie banayak ditawarkan Personal loan, Car Loan, ASB loan, Kredit Kad dan banyak pinjaman lagi yang ditawarkan. Adakah perlu kita amik semuanya untuk memenuhi kehendak kita hidup secara mewah. Tindakan yang tidak bijak sekiranya kita asyiklah tengok orang beli ape, kita pun nak juga. Tiada maknya mewah kalau hidup nie penuh keliling hutang. Sesak nafas dibuatnya. Hanya dok fikir bila hari nie dapat gaji. Bila tarikh gaji yang seterusnya. X salah hidup secara sederhana dan x nampak mewah janji kita x dibelenggu hutang. Biarlah kita ambil masa yang lama untuk memilikinya, tapi kita x berhutang. Kenapa perlu kita di kawal oleh disekeliling? Kita sendiri yang patut kawal persekitaran sekeliling. Hidup nie hanya mencari redha Allah sahaja dan bukan redha manusia seperti yang kita selalu dengar dari mulut Prof. Muhaya.
Macam tue juga dengan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia. Kalau kita buat pertimbangan ia perlu ada, kita pakai lah. Kalau kita buat pertimbangan x perlu pakai. x payah lah langgan. Buat ape membazir duit. Ade baiknya kita sedekah duit yang kita pada yang memerlukan. Insa'allah akan ade keberkatan hidup dan mendapat keredhaan Allah. Sakura x gunakan perkataan rasa sebab rasa nie semua punya kita nak.
Berbalik pada buat personal loan. Perlukah kita buat personal loan tue. Atas faktor ape kita patut buat? Kalau jawapan pada faktor tue x d manfaat. Baik lupakan jer. Ade baiknya kita kumpul sikit-sikit dan bila dah cukup baru dapatkannya. Kalau nak cepat kumpul duit, boleh buat kerja part-time untuk cepatkan proses simpan duit tue. Memang perit tapi kita akan dapat kemanisan hidup dikemudiannya.
Pasal kereta pulak, jangan dok fikir yang kita hanya mampu bayar instalment jer. Kena fikirkan duit petrol sebulan, servis kereta, road tax semuanya sekali. Kalau kita kira-kira tue hanya cukup untuk memilik kereta Malaysia, x payah berangan la nak memiliki kereta buatan negara lain. Biarlah kereta tue kancil sekali pun, janji kereta juga yang boleh bawak kemana sahaja.
Kad kredit pun macam tue juga. Buat pertimbangan balik kenapa kita perlukan kad kredit? kalau kita nie selalu kerja luar yang pelukan servis hotel. Adalah lebih baik kita pakai jer Kredit kad tapi jangan pulak ko pakai kad kredit nak bershopping. Memang ko merana lah kan nak membayar. Dah tahu diri x boleh kawal bila bershopping. X payah gatal nak bawak kad kredit tue. Tinggal jer kat rumah. Pakai Debit Kad sudah. Ade duit boleh pakai, x d duit, tengok jelah.
ASB loan pulak sesuai untuk mengajar membuat pelaburan tapi x boleh berdisiplin untuk laksanakan. Sebabnya bila kita dah amik ASB loan kita akan berusaha untuk bayar instalment. Kebaikannya kita akan dapat berdisiplin dan mendapat faedah pelaburan. Kalau kita jenis yang dapat berdidplin simpan duit, x perlulah amik ASB loan. Tak pun cara paling senang dan jamin halal. Buat potongan Tabung Haji dari gaji. Senang. Dapat gaji dah siap potong Tabung Haji. Cukup tahun dapat faedah. Faedah simpan Tabung Haji pun memberangsangkan.
Hidup nie mudah kalau kita yang memudahkan. Kita yang mengawal hidup kita sendiri. Yang nak pergi mencari bala lain yang menyusahkan hidup kita buat ape.
Eh, tabung i dah penuh?? ;)
ReplyDeleteyg mn tue?
Delete