Johor, Pahang dan Terengganu, Kelantan dan terbaru Melaka bakal menyusul banjir besar. Yang teruk Kuantan sebab melalui banjir hebat untuk 10 tahun sekali. Semoga mangsa banjir yang terlibat dimudahkan urusan oleh Allah dan keadaan pulih seperti sedia kala dengan cepat. Buat yang lelain pulak pula mana yang boleh kita hulur bantuan kita berikan dengan rela hati dan ikhlas. Kalau tidak dengan material, dengan doa agar banjir cepat surut dan keadaan pulih macam biasa pun dah memadai. Tue adalah selemah-lemah bantuan yang boleh kita hulurkan
Bila dah banjir berlaku nie, Facebook pun banjir juga dengan macam-macam cerita pasal banjir. Ade yang minta bantuan dan tidak kurang yang nak mengeji dan menyalahkan orang lain. Sedih tengok dengan orang Islam yang begini. Kita sepatutnya bersama dan bersatu untuk membantu mangsa banjir tue. Bukannya membuka aib orang lain untuk menghina. Sesuatu musibah yang Allah turunkan ia bukanlah bersifat kecelakaan semata-mata tapi ia lebih kepada hikmah yang boleh dipelajari kepada musibah yang diterima. Allah tidak menurunkan sesuatu itu dengan sia-sia. Itu janji Allah kan. Walaupun yang memberikan penderitaan tapi ia mempunyai hikmah yang besar dari itu. Musibah yang diturunkan sebenarnya akan menjadikan sesuatu kaum itu lebih kuat sebenarnya. Ade sesuatu nilai yang boleh kita dapat darinya.
Waktu bencana nilah kita buang segala ideologi politik dan kepenting
diri sendiri untuk bersama membantu. Jangan diperlekehkan usaha orang
lain dan jangan dikeji juga semangatnya. Sape lagi nak bantu rakyat
sendiri kalau bukan kita sebagai warganegaranya. Baik buang jelah
kewarganegaraan tue kalau tidak tiada perasaan untuk membantu. Semoga
dengan kerjasama dan bantuan yang dihulurkan akan menjadikan kita
sebagai warganegara yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Cuba kita lihat Jepun yang terdedah kepada bencana alam dan musibah. Kita kena mempelajari dari mereka bagaimana dia berusaha untuk memastikan kehidupan mereka tidak terjejas teruk apabila berlaku musibah. Nilai baik tidak semestinya berada dalam masyarakt itu sendiri tapi ia bersifat global. Kita mesti saling mempelajari antara satu sama lain. Jangan hanya melaungkan Dasar Pandang Ketimur jer tapi kita tiada usaha untuk menerapkan budaya timur dalam masyarakat kita. Bukan hanya membawa teknologi yang maju sahaja tapi pembudayaan akhlak timur itu lagi penting sebenarnya.
Salam Jumaat semua.
No comments:
Post a Comment