Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja......
Kerana sakit hati tahap raksasa, maka dengan ini Sakura telah memberhentikan langganan ASTRO Sakura buat selamanya. Ini disebabkan faktor yang berikut:
1. kenaikan harga yang berkuatkuasa 24 November 2013
2. X tahan dah dengan citer yang berulang
3. Customer Servis (tru telefon) yang lembap dan menyakitkan hati. X membantu customer langsung cakap dengan fakta yang tidak lengkap.
*1st call untuk confirmkan ade kontrak ker x, dia cakap x d kontrak.
*2nd call pulak bila tanya nak terminate boleh pulak ko cakap ade kontrak tapi x boleh pastikan dari bila sampai bila.
*3rd call baru la bijak sikit penjawab call tue dan terangkan semua tapi hampeh gak sebab x bagi tau yang perlu bawak ape masa nak terminate nanti. Keseluruhan hampas dan mula tekan BOIL.
4. Kalau nak suruh tarik pelanggan boleh jer ko buat over d phone bila nak terminate kena g kedai dia pulak.
5. Sakura banyak tengok alHijrah jer sekarang. Channel nie kan free, jd x d pekdah la guna ASTRO pun.
6. Sakura punya pemantang besar adalah, bila quality yang kita dapat dari servis yang kita pakai tidak setimpal dengan harga dibayar. WAJIB utk Sakura tamatkan perkhidmatan. Sebab tue kalau g kedai makan yang servis dan mutu makanan x sedap, Sakura terus x pergi lagi dah kedai tue. First and last la Sakura g.
Nak batalkan ASTRO hanya ada di MidValley dan D Curve sahaja bagi kawasan Klang Valley. Kalau tempat lain sila la berhubung dengan Customer Servis yang menyakitkan hati. Siapkan soalan berikut utk mereka jawab
1. Kita ada kontrak ker x dengan ASTRO?
2. Kalau ade dari bila sampai bila kontrak bermula? (Bagi kes Sakura, Sakura p langgan PVR bulan jun hari tue)
3. Berapa kos untuk penalti?
4. Macam mana kira penalti?
5. Kena bayar monthly x?
6. kena bagi notis x?
7. Dan lelain soalan yang terlintas untuk ditanya.
Bila kita x tanya detail masa telefon tue, ia telah mengundang kemarahan yang lebih besar tahap membara kat Sakura. Berikut Sakura ceritakan pengalaman SAKIT HATI dengan Customer Service kat MidValley
1. 1st datang dia kata nak terminte kena bawak kad ASTRO. Jadi terpaksa la balik amik kad. Kos kerugian adalah bayar parking RM3 , duit petrol RM 5. Total RM 8
2. 2nd datang pun x boleh terminate sebab pelanggan yang ade kontrak kena bawak dekoder pulak. Automatik button boil dah meletup, geram sebab yang first tue patut bagi detail ape yang perlu dibuat dan dibaw. Kos terlibat adalah parking RM3, petrol RM 5 dan kos masa INFINITY. Total INFINITY dan geram macam nak siat mulut dia.
3. 3rd. Baru berjaya terminate.
Mujur x d insiden maki hamun sebab Sakura dah jadi manusia baik sikit. Kalau ikut perangai dulu memang dah kena tengking la alamatnya. Nie cuma tinggi suara jer. Tapi rasanya sebab akaun ASTRO tue atas nama Tuan Faizal. Kalau nama Sakura memang dah kena tengking rasanya. Muahahahahahah!!!! (gelak setan jap)
Pertimbangan untuk membatalkan ASTRO nie sebenarnya didorong oleh perasaan bersalah kerana tidak memberikan maklumat baik kepada otak yang menyebabkan ia tercedera. Sebagai contoh, kita dok tengok citer ganas, perang2 dan pembunuhan. Automatik kita ajar otak kita kepada negatif. Bila otak negatif semestinya tindakan kita pun negatif dan ia mendorong kita menjadi manusia jadi ganas dan x bertamadun. Bila Sakura fikir balik dan buat pertimbangan semasa era TV x banyak channel denagan era TV satelit. Manusia era TV x banyak lebih berkasih sayang, tidak memfitnah sesama manusia dan jenayah kurang. Sakura rindukan hidup yang dulu.
No comments:
Post a Comment