Beberapa hari lepas Prof Dr Muhaya ada berkongsi penyelesaian kepada kenaikan barang yang berlaku. Keseluruhan Sakura sangat setuju dengan cadangan yang Prof Dr. Muhaya berikan. Cadangan yang dibuat adalah dengan kita penerimaan kita dalam menghadapi kenaikan barang sama ada positif atau negatif dan menentukan tindakan kita selepas itu untuk menanganinya.
Prinsipnya adalah:
PERISTIWA + RESPOND = KEHIDUPAN
Kalau peristiwa yang berlaku adalah negatif iaitu kenaikan harga barang, cara kita respond atau bertindak balas adalah negatif iaitu dengan merungut dan memekak, maka keseluruhannya adalah negatif iaitu kita akan merungut, memaki, marah dan duit juga kan lari dari kita.
Kalau peristiwa tue negatif (kenaikan harga barang), cara kita respond positif (kita cipta perniagaan atau mengaudit perbelanjaan untuk menampung kenaikan barang), maka hasilnya kita kan menjadi positif iaitu kita gembira dengan kehidupan kita, kita boleh berbelanja berhemah, duit datang pada kita dan kita menjadi orang yang berjaya.
Semua orang diberi masa yang sama iaitu 24 jam, jadi ape salahnya duduk melangut depan tv tue kita buat keje yang berfaedah. Tengok tv sambil buat buat keje. Mesti kita akan dapat hasil yang boleh kita jual dan kita mendapat pendapatan dari situ. Banyak aktiviti yang kita boleh buat depan tv. Antaranya dok tgk tv sambil berFB, kita boleh wujudkan perniagaan online kita dan masa berinteraksi dengan pelanggan. Depan tv sambil membungkus kerepek, kerepek boleh jual kat pejabat. Depan tv sambil buat kuih, kita boleh usahakan perniagaan frozen kat kawan opis. Depan Tv sambil menjahit, kita boleh ambil upah menjahit. Tidak ker semua yang kita buat tue boleh mendatangkan duit. Sebab tuelah Sakura cakap orang posif duit akan sentiasa datang dekat.
Kalau kita hanya menyalahkan orang lain , badan kita nie akan jadi negatif, bila negatif ia akan menjadi malas, bila malas kita pun x dapat duit. Sebab tue juga Prof Abdul Rahman Songip (pensyarah Innovation &
Problem Solving kat UTM) berceramah yang kita nie banyak buang masa tengok tv, dan dengan tengok tv kita tak mengembangkan otak kita dengan baik dan terhasil otak jadi malas nak berfikir. Orang yang selalu berfikir akan sentiasa mencipta peluang dan peluang. Kita hidup kat muka bumi nie pun atas ruang dan peluang yang Allah berikan untuk menjadi khalifah di muka bumi dan mencari pahala di dunia untuk kehidupan di akhirat. Tanpa peluang yang Allah berikan, adakah kita akan hidup dimuka bumi. Kita pastinya telah Allah cabutkan nyawa atau kita tidak dilahirkan dimuka bumi ini.
Banyak perniagaan kecil-kecilan yang kita boleh buat, antaranya:
1. Kalau kita tengok kat pejabat kita sarapan pagi asyik la x sedap. Kita yang ade kepakaran memasak nie ape salahnya buat jualan sarapan kat pejabat dengan menu yang berlainan untuk rakan opis. Harga dalam RM1.50 dengan kuantiti yang mencukupi untuk tenaga pagi hari (sebab makcik jual sarapan pagi biasanya buat kuantiti yang banyak dan boleh kenyang sampai petang). Buat la dalam 30 bungkus dan keuntungan bersih dalam RM0.50 untuk setiap jualan kita. Jadi dalam sebulan katalah kita hanya buat jualan untuk 20 hari, maka dapatlah keuntugan RM300, duit yang ade tue boleh kita simpan dan duit gaji yang kita dapat x perlu peruntukkan untuk simpanan sebab kita dah dapat duit menyimpan hasil dari jualan kita. Selain jana duit sendiri, kita juga bantu rakan lain untuk x payah g keluar cari sarapan. Dah jimat masa kawan-kawan juga. Selain tue, kalau kita yang memasak dengan jalan Allah (kita masak dengan bersih, guna barang yang baik dan bersungguh macam nak makan sendiri) dah semestinya kita akan bagi kengkawan kita makanan yang bersih dan mecapai tahap halal.
2. Macam tue juga kalau kita ade kepandaian menjahit, kita boleh amik upah menjahit baju kawan-kawan kita. Ambil upah dengan sepasang RM40 dan kita boleh jahit dalam 6 pasang sebulan (amik kira 5 hari nak siapkan sepasang baju). Jadi sebulan kita boleh dapat RM 240. Duit boleh masuk tabung.
3. Macam tue juga kalau kita jual kerepek dan kacang kat opis, Buat la dalam pek RM1 atau pek RM0.50. Untung dalam RM0.30 satu pek. Kalau target 30 pek terjual sehari, sebulan dah dapat RM180.
4. Kalau kita jenis yang pandai memasak rendang, kek, atau lelain. Boleh amik tempahan rendang secara pesanan. Dapat juga jana pendapatan kat situ.
5. Balik kampung ade barang desa yang boleh dijual macam ikan pekasam, amik stok bawak balik KL jual kat sini. Boleh amik untuk sebagai orang tengah. Lepas tue boleh buka page jual ikan pekasam kat FB. Kan dah boleh jana duit yang lebih banyak
Banyak lagi benda lain yang boleh kita buat kalau kita gunakan kebolehan yang kita ade semaksimumnya. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk berubah atau tidak.
No comments:
Post a Comment