Tuesday 10 December 2013

Amalan Semasa Banjir

Sakura dapat nie dari FB :Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad
Perkongsian ini untuk kebaikan ramai. Mungkin boleh mudahkan ratusan atau ribuan nyawa. Sumber artikel ini datangnya daripada sebuah agensi kesihatan di Amerika Syarikat, dan juga terselit sedikit sebanyak pengalaman penulis artikal nie.

Apa-apa pun, perkara pertama anda perlu utamakan adalah ELAKKAN PERASAAN PANIK dan BERTENANG. Kalau anda mempunyai haiwan peliharaan, sila letakkan mereka dalam bakul atau sangkar yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan simpan makanan-makanan mereka kerana selepas banjir, memang susah untuk dapatkan makanan haiwan.

Air banjir mampu bawa pelbagai penyakit kepada anda. Wujud kebarangkalian tinggi untuk mempunyai kandungan-kandungan yang berbahaya seperti kumbahan, saliran-saliran pertanian, bahan-bahan kimia, dan sebagainya.

1. Penyakit Cirit Birit;

Memakan atau meminum apa-apa yang tercemar dengan kandungan air banjir mampu mengakibatkan penyakit cirit-birit. Untuk melindungi diri anda dan keluarga, anda perlu:

• Amalkan kebersihan secara optimum selepas terkena air banjir;
• Jangan izinkan anak-anak bermain di kawasan-kawasan banjir;
• Basuh tangan anak-anak terutamanya sebelum memakan;
• Jangan benarkan anak-anak bermain dengan permainan yang telah tercemar dengan air banjir.
2. Jangkitan-jangkitan Luka;

Luka-luka yang terbuka dan ruam yang tercemar dengan air banjir mampu memberi kesan jangkitan kepada anda. Untuk melindungi diri anda dan keluarga, anda perlu:

• Kalau anda mempunyai sebarang luka, elakkan daripada terkena air banjir;
• Tutup luka-luka dengan plaster kalis air;
• Bersihkan luka-luka dengan sabun dan air bersih;
• Kalau luka mula membengkak, sila dapatkan bantuan perubatan profesional.

3. Kesan-kesan bahan kimia yang bahaya;

Anda perlu sedar bahawa wujud kebarangkalian bahawa air banjir mampu dicemari bahan kimia.

4. Kesan-kesan bahaya;

• Lemas

Dalam keadaan panik, air banjir mampu menyebabkan kelemasan kepada semua mangsa, tidak kira usia atau kebolehan berenang. Bergerak dengan pantas dalam air yang cetek boleh juga membawa padah. Anda perlu awasi dan kenali kawasan-kawasan longkang yang akan penuh dengan air dan arus yang berbahaya.

Kenderaan pula tidak akan beri perlindungan yang cukup. Kenderaan mampu dibawa arus atau terkandas dalam arus yang bergerak.

• Serangga/binatang;

Kejadian banjir mampu meleraikan segala jenis haiwan, serangan dan reptilian yang berbahaya. Anda perlu sentiasa awasi keadaan keliling anda ketika berlaku banjir dan ketika masuk semula dalam rumah. Ada kebarangkalian tinggi untuk seekor ular atau biawak dewasa di dalam rumah anda, termasuk juga dengan anak-anak mereka.

Tidak pasti pula dengan buaya, tetapi lebih baik anda awasi dan tidak berada dalam keadaan keseorangan ketika kerja pembersihan. Mana tahu anda mempunyai sejenis alah kepada bisa ular yang mampu menenggelamkan suara anda dalam gabungan bisa dan adrenalin.

• Bahaya elektrik

Ketika berlakunya banjir, sila pantau keadaan sekeliling anda dan ELAK daripada mendekati kawasan-kawasan yang mempunyai saluran elektrik. Sebelum keluar daripada rumah, sila tutup suis utama elektrik untuk memastikan keselamatan anda, dan sila panggil pihak-pihak profesional untuk menghidupkannya semula kerana ada kebarangkalian tinggi untuk berlakunya lintar pintas atau renjatan.

• Luka

Air banjir mampu menenggelamkan objek-objek tajam seperti serpihan gelas atau besi. Serpihan besi mampu berkarat, dan apa-apa kecederaan bagi kedua-dua jenis serpihan mampu membawa jangkitan yang berbahaya. Sila periksa anak-anak anda dengan teliti.
Berhati-hati semasa banjir 

No comments:

Post a Comment