Saturday, 6 October 2012

Tips Beli Rumah: Part 7

Untuk beli rumah, kita perlukan pembiyaan bank. Kita yang nak membeli akan pilih bank yang kita rasa ada potensi untuk memberikan kita loan dan memberikan pinjaman pada kadar yang terbaik. Itu adalah aspek yang kita akan pertimbangkan. Since dah 3 kali Sakura merasa pengalaman buat loan. Sakura dapati faktor lokasi bank pun main peranan dalam pengurusan pembiyaan rumah. Kenapa Sakura cakap macam tue.

Sakura ambil pembiyaan untuk semua rumah dengan CIMB. Semua pembiyaan tue kat branch berlainan CIMB Klang, CIMB Bukit Tunku, CIMB Shah Alam. Yang first tue Sakura x rasa sangat sebab lawyer bank dan lawyer developer adalah lawyer yang sama. Dengan dua lagi bank nie Sakura terasa sangat perbezaan servis yang diberikan. Antara dua tue Sakura lebih berpuas hati dengan CIMB Bukit Tunku, walaupun rumah yang dibeli tue rumah low cost. Tapi lawyer(lawyer S&P dan lawyer bank) yang uruskan sangat aktif . Semua dokumen tidak dihantar pos tapi by hand semuanya. Surat pun cc copy surat kat customer. Jadi kita sebagai customer dapat track setiap kerja yang dijalankan oleh kedua-dua lawyer nie. Dalam seminggu nie, surat yang sampai kat rumah adalah dari kedua-dua lawyer nie. Untuk rumah yang guna CIMB Shah Alam, sebarang surat pun x sampai kt rumah dah x dapat track urusan. Agak mengecewakan juga. Terpaksa la call tanya ape status sekarang. Sakura memang dah "aware" urusan tukar  hak milik nie makan masa, tapi surat cc copy kat pelanggan x d langsung tue yang berapa nak faham.

Lokasi bank tue akan memainkan peranan bagi menunjukkan tahap layanan kepada pelanggan. Sakura selalu jer guna perkhidmatan kt CIMB Bukit Tunku nie sebab paling dekat dengan opis. Memang setakat nie, CIMB nie lah yang paling terbaik. Sangat friendly dan kenal pelanggan yang berurusan. Almaklum la Bukit Tunku nie antara kawasan elit. Jadi dia orang sangat menjaga pelanggan okay. Kalau berurusan di CIMB nie, pelanggan CIMB akan diutamakan dulu berbanding orang-orang yang nak buat urusan ASB. Ada sekali tue lama juga Sakura tunggu untuk buat urusan ASB, tapi Customer Servis kat situ perasan yang Sakura dah lama tunggu, jadi dia minta orang kat kaunter bagi laluan kat Sakura berbanding orang lain sebab  dah lama tunggu. Kalau pengalaman Tuan Faizal masa berurusan kat CIMB Klang (nak buat urusan ASB jugak la), sampai satu jam x panggil lagi. Sudahnya Tuan Faizal keluar jer tanpa buat urusan. Esoknya siapla, surat aduan ke CIMB dihantar. CIMB Hq pun buat siasatan dan akhirnya manager branch kena minta maaf dengan Tuan Faizal.

Nampak tak perbezaan layanan yang diberikan walaupun di bawah satu nama. Kat kawasan elit nie, jangan dok perlekeh pelanggan, memang siapla ko kena marah dengan pelanggan. Nie memang jadi depan mata, macam mane pelanggan tue marahkan staff CIMB. Nie dia penanggan antara dua darjat. Tempat biasa-biasa nie branch tue x kisah pun nak jaga sensitiviti pelanggan sebab transaksi bank yang kecil. Kalau kt kawasan elit nie memang dia orang jaga la sebab jumlah transaksi besar.

Pengalaman Sakura yang lain pulak masa nk beli rumah. Kalau kita beli rumah yang berharga RM500K, dia orang siap nak datang kat tempat kita untuk set temujanji lagi (nie bukan CIMB, bank lain). X payahla nak g branch semua. Tang nie memang Sakura terasa betul.

No comments:

Post a Comment