Ramai akan tanya pada Sakura "beraya korban kat KB lagi meriah ker". Jawapan Sakura adalah sama macam raya puasa gak kat sini. Tak ade beza sebab pagi raya akan g solat raya kt balasoh/surau kt depan rumah. Then balik makan-makan sebelum yang lelakinya g tolong sembelih korban. Tinggal la Sakura kat umah dengan Ma (MIL), Adik dan mungkin akan ada Makcik Faizal datang rumah. Disebabkan keliling rumah adalah sedara juga, jadi adalah tradisi berkunjung juga. Tue jelah yang membezakan raya korban di KB dan Klang (kat Klang x d berkunjung nie, lepas solat dah boleh buat aktiviti sendiri sebab lembu sembelih kat masjid atau dah siap lapah kat tempat beli lembu). Kat KB lembu sembelih kat rumah.
Hidangan Raya yang kat KB yang wajibnya adalah tapai pulut dan ketupat daun palas. Yang specialnya ketupat daun palas kat sini, dalam ketupat tue ada serunding daging atau ada kacang hijau. Ketupat sini manis sikit. Makan macam tue jer x makan dengan rendang pelbagai.
Setiap rumah kat sini (area rumah Tuan Faizal) x menghidangkan juadah yang sama disetiap rumah. Lain rumah lain menu. Jadi akan banyak makan la di hari raya nie. Tak macam kat Klang, juadah raya mestilah ketupat nasi, kari ayam, rendang, sayur lodeh, sambal kacang dan lepat pulut. Kat KB ada rumah yang akan jamu satay, nasi dagang, nasi kerabu dan lain-lain. Biasanya Ma akan buat Ayam Kuzi makan dengan roti manis bulat. Nie adalah masakan special Ma Sakura.
No comments:
Post a Comment