Monday, 8 October 2012

Projek 1: Dapat Kunci

Khamis lepas, owner rumah Damansara setuju bagi kunci kat Tuan Faizal. Kita  orang minta dia bagi kunci untuk buat perancangan aktiviti pembaikan yang akan dibuat nanti. Hari Khamis lepas balik kerja dengan gembiranya g rumah Damnasara nak tengok rumah. Sekali sampai depan rumah, kunci solex pula x dibagi sekali. Kenalah telefon owner bg tau kunci solex x d. Balik la rumah dengan kehampaan x dapat masuk.

Esoknya Tuan Faizal dapat call dari owner yang kunci solex tue dia dah buka. Jadi petang balik kerja tue kita orang memulakan aktiviti mengukur rumah dan tengok pembaikan yang nak nak dibuat. Kerja mengukur nie makan masa 1 jam gak. Nasib ada "laser measure". Mudah + cepat kerja-kerja mengukur. Kerja mengukur nie WAJIB sebab nak buat anggaran kerja pembaikan nanti. Bila lagi nak gunakan kemahiran kat rumah sendiri. Selalu dok buat estimate kerja renovation klinik jer.

Selain dapat mengukur, dapat juga senarai kerja pembaikan lain yang perlu dibuat.

1. Ganti Lampu Pendek
2. Ganti Kipas Ruang Tamu
3. Pasang Kipas Dinding
4. Ganti Kepala Paip Bilik air + toilet, shower
5. Pasang Awning Bilik
6. Ganti Toilet Bowl.
7. Tambah Sinki Bilik Air.
8. Pasang Water proofing
9. Pasang dan ganti tile untuk lantai dan dinding bilik air, toilet dan dapur
10. Ganti sinki dapur
11. Cat semula
12. Tukar pintu bilik air
(ape lagi yerk yang tertinggal)

Tuan Faizal tengah berfikir-fikir nak buat counter top, tapi cos dekat RM2K gak. So Sakura rasa, x buat la kot counter top tue, nanti next tenant baru buat kitchen cabinet. Semua nie wajib buat sebelum nak disewakan. Nanti tenant dah masuk payah nak buat. Kena korek la duit tabung mane-mane untuk belanja buat pembaikan. 


No comments:

Post a Comment