Tahun nie giliran KB. Bulan 5 (rasanya) dah sibuk cari tiket nak balik raya. Tak kose la makcik nak balik naik kereta, confirm dah orang bersusun atas jalanraya balik raya sebab raya hari Jumaat jadi Sabtu dan Ahad cuti lagi. Lagipun time booking tiket tue harga masih RM300++ untuk 2 orang. Kalau naik kereta kosnya lagi mahal (minyak dengan tol ok lagi, penatnya yang x berbaloi). Lagipun ada kereta family yang boleh digunakan kat sana selain jarak airport dan rumah x lah jauh sangat pun (1/2 jam jer).
Rabu 24.10.2012
Amik flight pagi Rabu pukul 10.30pg (nie jer tiket murah, kena korban cuti hari Rabu, ok jer sebab cuti ada 14 hari lagi). Keluar rumah Putrajaya pukul 8pagi sebab nak amik ERL jam 8.20 pagi. Sampai kat stesen ada 5 minit lagi masa menunggu. Kira x lah lama masa menuggu. Turun kat Salak Tinggi untuk naik shuttle bus ke LCCT. Sampai LCCT dah pukul 9pagi. Keluar rumah tadi memang x breakfast jadi g makan kt McD. Bajet perut sampai KB x d lah lapar sangat. Lepas makan macam tue g la masuk kat balai berlepas. Elok dah duduk kat tempat menunggu, pengumuman flight delayed dan akan berlepas 11.30 pagi. Melangut la menunggu kat kerusi tue, dah la malam tadi tido pukul 3 pagi berkemas dan sebagainya. Sempat melelap jap. Dalam pukul 11 lebih, pengumuman lagi sekali yang flight delayed lagi ke 12.30pag. Huarggh penatnya menunggu. X pernah la Sakura menunggu lama macam nie. Last hari tue delayed pun 10 minit jer. Pertama kali dalam sejarah. Sampai KB dah dekat 2tg. Elok menunggu Pa (FIL) baru teringat ada beg biru tertinggal kat cabin, g ke kaunter AirAsia minta dema bawakkan turun. Menunggu 1/2 jam juga la. Sampai rumah pukul 3petang. Malam bershopping di Wakaf Che Yeh cari tudung.
Khamis 25.10.2012
Juadah yang dijamu pada raya nie adalah Kuzi. Ma nak buat 3 ekor ayam jer. Ok lah. Sakura nak buat rendang ayam sekor makan dengan nasi impit. Hari Khamis masak-masak. Raya nie Ma x buat tapai la pulak. X p lah mesti ada yang akan memberi tapai yer. Dapat makan gak.
Jumaat 26.10.2012
Pagi raya siapkan hidangan kat meja supaya senang balik raya orang datang rumah. Pa memang suka menjemput orang balasoh/surau datang makan lepas solat raya. G solat dengan Fasihah jer, Ma x ikut sebab batuk teruk sangat. Ok tak p. Sampai jer surau, dah nak solat raya, hehehe x perlu tunggu lama-lama. Solat pun ringkas jer dan khutbahnya pun cepat. Surau lain masih baca khutbah, Sakura dah balik rumah selesai bersolat. Layan tetamu datang rumah sampai pukul 10pagi. Tuan Faizal dalam pukul 9 dah g kat tempat korban dah (tahun nie buat korban kat KB, buat bahagian Tuan Faizal jer). Dalam 11 lebih macam tue, Tuan Faizal dah balik dengan bawak tulang dan daging untuk dibahagikan.
Sabtu 27.10.2012
G jemputan makan tengah hari kat rumah family Abang Mie, kat mane tempat x tau. Hehehe.
Ahad 28.10.2012
Pukul 9pagi dah keluar shopping kat Bandar KB. Beli tudung yang dipesan tapi banyak warna x d, jadi kena tempah amik 2 minggu lagi. Ok lagipun memang nak balik Faris kawin. G tempah batik cotton kat Kijang lepas beli keropok lekor kat Kedai Buloh (ramai sangat orang menunggu beli keropok, dahlah beli banyak). Balik sampai rumah dah pukul 12tgh dan terus kemas beg. Lepas kemas g makan kat rumah Ina. Pukul 1.20ptg g airport. Sampai nak masukkan beg, timbang beg besar 16kg. Kena keluarkan isi sikit untuk jadikan 15 kg. Mujur x d orang yang beratur kat belakang. Flight on time dan sampai LCCT pukul 3 petang. sampai rumah 5.30ptg. Sebelum maghrib Bapa dan Ibu datang rumah hantar ketupat dengan lauk. Cun x payah masak. Lepas maghrib ajak Bapa dan Ibu makan kat Umai tapi tutup raya pulak, g makan kat Kelab Tasik Putrajaya. 9mlm sampai rumah.
Habis citer raya, gambar raya berdua x d snap
Siap hidang |
Zoom sikit |
No comments:
Post a Comment