Pagi tadi Sakura dengar kat HOT FM, TOP 5 pasal tukar kereta. Bunyi macam seronokkan tukar kereta nie. Tapi bersediakah kita sebenarnya untuk tukar kereta nie. Jom check perkara berikut:
1. Check outstanding balance kereta yang ada dengan bank.
Adakah kita jual balik kereta sedia ada, kita boleh langsaikan full settlement dengan ada extra atau tak? Kalau ada duit extra, adakah duit extra tue cukup buat downpayment or kita kena tambah untuk cukupkan downpayment? Berapa banyak pulak yang nak kita tambah lagi?
2. Check penggunaan petrol kereta sedia ada dengan kereta baru yang kita berkenan.
Mana satu yang jimat petrol? Yang nie sangat sesuai untuk mereka yang berkerja dengan jarak perjalanan lebih 25km sehari. Kalau setakat jarak 5km sehari , kos petrol x terasa mane pun.
3. Check keperluan servis yang akan kita belanjakan
Buat perbandingan kos servis kereta sedia ada dengan kereta yang kita berkenaan, mana satu yang lebih tinggi?
4. Check balik instalment yang sedia ada
Adakah kita mampu untuk menampung pertambahan instalment yang ada.
Contoh:
Sekarang g kerja pakai Viva jarak dari Putrajaya ke KL (33km)
Instalment RM510 sebulan, setahun RM6120
Petrol seminggu RM40, sebulan dalam RM300, setahun RM3600
Servis kereta setiap dua bulan (5000km) RM300 (major servis), setahun RM1800
Roadtax insurans setahun RM800 (kasar) setahun
Perbelanjaan kereta setahun RM12320
Sebulan gaji kena siapkan peruntukan kereta (termasuk istalment, petrol, servis dan roadtax insurans) RM1027 (genapkan)
Berkenan nak CIVIC
Downpayment RM12,000
Instalment RM1200 sebulan, RM14400
Nak pakai g kerja dengan jarak dari Putrajaya ke KL (33km)
Petrol seminggu RM90, sebulan RM500, setahun RM6000
Servis kereta setiap dua bulan (5000km) RM400 (major servis), setahun RM2400
Roadtax insurans (kasar) RM1800 setahun
Perbelanjaan setahun RM24600
Sebulan gaji kena siapkan peruntukan kereta (termasuk istalment, petrol, servis dan roadtax insurans) RM2050
Bukan senang sebenarnya nak tukar kereta. Lagi hebat kereta, lagi banyak kos yang kita kena tanggung.
No comments:
Post a Comment