Saturday, 13 October 2012

Kenapa Saya Tak Dapat Kerja?: Part Akhir

Last coretan pasal Kenapa Saya Tak Dapat Kerja.

Ape pun yang penting sebenarnya sikap dan kesungguhan yang penting dalam berjaya mendapat perkerjaan. Sikap kita boleh tengok dari usaha  calon untuk bersedia semasa datang temuduga. Buka buku dan study balik ape yang dipelajari masa diploma or degree dulu. Then study organisasi yang nak ambil kita berkerja. Agak mendukacitakan juga sebab sepanjang Sakura menjadi penemuduga, hanya 5% jer yang bersedia dengan maklumat organisasi. Macam mane nak berkerja nie, sebab calon x minat nak kenal company or organisasi tue. For surelah kena reject. Biasnya calon akan kenal menteri jer, Ketua Pengarah jabatan for sure x kenal.

Lagi satu tahap keyakinan yang ditunjukkan. Kalau dalam field engineering nie, kalau takut-takut memang payahla. Pengsan Sakura kalau dapat anak buah yang takut-takut, ada potensi beban Sakura pikul sendiri. Yelah kalau suruh check besi kat site tingkat 3 pun nak ajak orang lain teman. X ke pengsan nak handle. Sakura memang admit yang field nie untuk lelaki tapi, ia x bermaksud yang perempuan x boleh buat dengan baik. Sebagai interviewer nie kekadang dah boleh dapat tahu yang calon sebenarnya mengaku jujur atau x dengan pengakuan yang dibuat.  Contohnya Sakura akan tanya awak ada masalah tak nak check besi tingkat 5. Kalau calon yang betul-betul boleh buat, cara dia jawab tue meyakinkan. Dan bagi calon yang menipu biasa jawapanya biasa-biasa jer. Body language tue yang besar peranannya.

Bab keyakinan dan sikap nie boleh dibentuk. Tapi bukanlah usaha sehari dua (esok nak interview hari g belajar yakin dan sikap) mana boleh cam gitu. Nie kena pupuk sejak masuk belajar diploma dan degree lagi. Sebab tue bila ada presentation kat kelas, kena buat bersungguh-sungguh dan ambil peluang sebaiknya. Bukan sebab nak jadi poyo tapi ia adalah proses pembelajaran dan menjadikan lebih yakin. Ia juga bukan sekadar untuk dapat markah juga.

Selalu yang kira orang (penemuduga) akan bagi tahu kepada calon (kalau calon tanya peluang dapat kerja nie). Semua yang dipanggil temuduga, mereka adalah layak untuk berjaya dalam mendapat kerja, tapi untuk pastikan calon layak sandang jawatan adalah prestasi temuduga yang akan dinilai.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Saya suka baca post Puan Sakura berkenaan 'Kenapa saya tak dapat kerja?'..

    Bila baca post ini, ia memberi peluang utk sy memperbaiki diri sekiranya terpilih utk temuduga kerja kerajaan..Walaupun sy sudah memiliki Diploma Kejuruteraan Awam sejak 2010 lalu,dan sudah menghantar permohonan untuk kerja kerajaan setiap tahun, dan sehingga kini tiada panggilan utk temuduga, namun sy tidak pernah putus asa..

    Bagi sy, mungkin rezeki belum sampai utk bekerja di sektor awam.. Walau bagaimanapun, sy tetap bersyukur dengan rezeki sy dlm bidang swasta..

    Sekian, wassalam...

    ReplyDelete
  2. kalau semua keje sektor awam, sape pulak nak kerja sektor swasta....semuanya ada kelebihan dan kekurangan.......yang penting dapat rezeki yang halal kan......

    ReplyDelete