Thursday, 4 October 2012

Kenapa Saya Tak Kerja? : Part 3

Sakura dah ceritakan kenapa kelayakkan adalah penting dari minat. Jadi kalau x layak? Pastinya baru la beralih kepada faktor nak cari course yang menepati dengan kelayakkan kita.

Perkara realiti. Andaikata seseorang tue masa SPM ambil aliran kejuruteraan awam dan bercita-cita untuk menjadi jurutera awam. Tapi syarat kelayakkan nak amik course jurutera awam x dipenuhi, dah hanya layakkan untuk ambil kejuruteraan perkhidmatan bangunan. Dah sah-sah x layak sebenarnya nak jadi jurutera awam sebab faktor subjek dalam kursus tue yang tak setara dengan kejuruteraan awam perkhidmatan bangunan. Pembelajaran kursus kejuruteraan perkhidmatan bangunan adalah tidak meliputi jalan, geoteknik, air  & kumbahan dan hidraulik. Dari aspek nie , semua patut tahu setiap course yang diambil, kerjaya apakah yang dia akan layak dipohon nanti.

Macam tue juga dengan pemilihan course yang kurang penawaran kerjaya. Contoh macam Perancang Bandar. Berapa banyak peluang kerjaya yang kerajaan dan sektor swasta dapat tawarkan untuk pemegang ijazah nie.  Kat sini yang perlu kajian sedikit dan perbincangan bersama dengan guru kaunseling kerjaya kat sekolah. Sebab tue la kita kena kaji jawatan ape yang kurang kat Malaysia tapi banyak permintaan. Contohnya farmasi, doktor, peguam, akauntan.

Macam Sakura, sewaktu ditawarkan jawatan jurutera awam, pada masa nie tengah ramai berpencen dan jabatan baru mula nak rancang penambahan jawatan lagi.  Sakura sangat bertuah dan beruntung. Jadi agak mudah bagi mendapt tempat di sektor kerajaan dari tahun berkhidmat 2005 hingga 2009. Pengambilan kerja beramai-ramai. Memangla ramai yang layak untuk intervw tapi x semua yang dapat kerana faktor temuduga tadi. Buatla yang terbaik semasa interview. Tapi rata-rata calon simpanan pasti akan dapat dilantik juga la akhirnya. Dulu Sakura terasa hati gak masa lepas belajar sebab susah sgt dapat kerja (setahun tau nak tunggu dapat kerja). Kawan-kawan lain semua byk dapat g swasta dan kontrak JKR. Memang rasa rendah diri sangat. Tapi nasib Sakura baik sebab dapat layak g intervw SPA terlebih dahulu dari mereka yang kontrak JKR nie. Sudahnya Sakura dilantik tetap terlebih dahulu berbanding mereka yang berkhidmat secara kontrak kat JKR. Allah tue Maha Adil, Dia bagi kekurangan kat sini tapi Dia tambahkan kelebihan kat sana. Yang penting, berusaha, berdoa dan bertawakal. Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment