Tuesday, 9 October 2012

Projek 1 : Cari Tile

Lepas balik kenduri kahwin (hari Sabtu lepas) kat Dewan Masjid Bukit Aman, Tuan Faizal ajak cuci mata tengok tile kat Jalan Ipoh. Tuan Faizal la dok kata kt sepanjang Jalan Ipoh tue banyak kedai tile. Sakura memang x pernah g. Bila dah sampai kat situ, memang banyak sangat kedai tile yang ada. Kita orang pun g la masuk kat satu kedai nie (ramai gak yang datang kat kedai nie). Bila masuk jer, mak ai banyaknya design tile yang di ada. Nk licin, kasar, ada teksture, bercorak, plain semua ada. Harga pulak dari RM1 hingga RM400 ada jual kat sini. Saiz pun mcm tue, 200x 200 sampai 2"x2", semua ada. Pilih jer mane yang berkenan. Quality pun macam tue gak, nak bagus or nak yang kurang standard. 

Memang rabun mata nak pilih, semuanya lawa. Sudahnya kita orang ambil keputusan untuk tetapkan limit harga yang nak. Lagi satu, lagi banyak masuk kedai tile, lagi pening nak pilih yang mana. Masuk jela kedai tile yang ramai orang masuk, moga-moga kedai tue yang bagi "the best price".


Panduan untuk semua kalau nak pilih tile:

1. Sila dapatkan ukuran lantai or dinding yang nak tepek dengan tile. Orang kedai nie akan bagi berapa tile yang diperlukan.
2. Kalau bajet bagus pilih la standard A supaya tile tue pasang cantik dan kemas. Orang nak pasang pun senang sebab x susah nak level dan susun tile tue.
3. Untuk kos pasang tile nie, lagi besar tile yang korang pilih, lagi mahal kos pasangnya. 
4. Kalau ruang kecil, tile yang sangat sesuai adalah 1"x1", sebab boleh kurangkan pembaziran dan mudah nak pasang sebab x banyak nak dipotong.
5. Kena bagi tahu kat pekedai tue, nak pasang tile kat mana, kalau x nanti korang salah pilih dan mendatang kemalangan pulak. Contoh macam kat dapur, tile yang dipilh mestilah mudah dibersihkan dan x licin sangat (dapur kan tempat memasak dan percikan minyak tue yang jadi bahaya).
6. Pasal cari tukang pasang tile nie, kena berhati-hati dan pilih orang mahir. X p bayar mahal sikit janji tile dipasang dengan kemas. Kalau yang memasang tile nie x mahir, memang hasilnya sangat mendukacita. Nak tengok kemas ke x, tengok sambungan bucu tile tile tue, tepat 90 darjah ker x. Jarak antara tile kemas dan x terlalu besar (yang bagus jarak <3mm jer).

Mcm2 warna dan jenis

Rambang mata

Yang nie pun ok

No comments:

Post a Comment