Sunday, 21 October 2012

Kahwin: Simpan Duit

Semalam Sakura ada terbaca satu post kt FB pasal menyimpan duit untuk kahwin.

Kekdah yang digunapakai adalah dengan mengambil masa 3 tahun untuk dicukupkan dengan simpanan sebulan RM250

Kos yang diperolehi adalah: RM250x12bulanx3tahun= RM 9K hasilnya

Kalau simpan kat ASB pun baru RM10K

Tapi cukup ker RM9K termasuk dengan duit hantaran , mas kahwin semua. 



?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?



Jawapanya x cukup kalau termasuk kenduri kahwin. Nie cukup untuk duit hantaran dan barang hantaran jer. Kos kenduri mau tambah RM20K lagi.

Jom check belanja kahwin Sakura dulu (tahun 2009)

1. Makan kat klang dari khamis,jumaat dan sabtu @RM15x1500  = RM22,500
2. Khemah, pinggan, cawan, bekas hidangan, jag  air etc = RM3500
3. Baju pengantin termasuk makeup = RM600
4. Baju nikah (tempah + beli kain) =RM300
5. Set bilik = RM1500
6. Make-up nikah dan accersori = RM300
7. Photographer klang = RM 600
8. Souvinier = RM1.50x1000=RM1500
9. Kad Kahwin (share 700+300) RM0.70x1000=RM700
10. Beli bunga hidup (pelamin+meja makan+bilik tido+bunga tangan) =RM400
12. Pelamin buat sendiri sebab khidmat pak usu, beli kain dan stage = RM500
13. Bunga Telur dan telur = RM300
14. Cadar bilik dan langsir bilik = RM500
15. Barang hantaran dan hiasan = RM1500
16. Lauk Pengantin, masak sendiri = RM300
17. Lain-lain yang x nampak =RM1000

Fuh dekat RM36K keluar, tapi x semuanya Sakura tanggung sebab ada yang dari poket bapa. Hehehe. Masa tue memang ikat perut giler sebab sebulan kena simpan RM1K dan korek Tabung Haji. Gaji time tue pulak x byk mane, nak bayar rumah lagi. Ingat balik, memang gilala. Sakura mula menyimpan dalam setahun jer. (jarak antara bertunang dan kahwin 6 bulan)

Belum campur kos yang Tuan Faizal keluarkan kos kat Kota Bharu. Tapi kos kat Kota Bharu x lah sampai banyak nie. Sakura rasa duit makan dalam RM3000, pakej baju+ make-up+bilik tidor RM650, photographer RM750.Lain-lain dalam RM1500 (tak termasuk gelang+hantaran+mas kahwin)


No comments:

Post a Comment