Tuesday, 30 October 2012

Aidiladha 2012

Tahun nie giliran KB. Bulan 5 (rasanya) dah sibuk cari tiket nak balik raya. Tak kose la makcik nak balik naik kereta, confirm dah orang bersusun atas jalanraya balik raya sebab raya hari Jumaat jadi Sabtu dan Ahad cuti lagi.  Lagipun time booking tiket tue harga masih RM300++ untuk 2 orang. Kalau naik kereta kosnya lagi mahal (minyak dengan tol ok lagi, penatnya yang x berbaloi). Lagipun ada kereta family yang boleh digunakan kat sana selain jarak airport dan rumah x lah jauh sangat pun (1/2 jam jer).

Rabu 24.10.2012
Amik flight pagi Rabu pukul 10.30pg (nie jer tiket murah, kena korban cuti hari Rabu, ok jer sebab cuti ada 14 hari lagi). Keluar rumah Putrajaya pukul 8pagi sebab nak amik ERL jam 8.20 pagi. Sampai kat stesen ada 5 minit lagi masa menunggu. Kira x lah lama masa menuggu. Turun kat Salak Tinggi untuk naik shuttle bus ke LCCT. Sampai LCCT dah pukul 9pagi. Keluar rumah tadi memang x breakfast jadi g makan kt McD. Bajet perut sampai KB x d lah lapar sangat. Lepas makan macam tue g la masuk kat balai berlepas. Elok dah duduk kat tempat menunggu, pengumuman flight delayed dan akan berlepas 11.30 pagi. Melangut la menunggu kat kerusi tue, dah la malam tadi tido pukul 3 pagi berkemas dan sebagainya. Sempat melelap jap. Dalam pukul 11 lebih, pengumuman lagi sekali yang flight delayed lagi ke 12.30pag. Huarggh penatnya menunggu. X pernah la Sakura menunggu lama macam nie. Last hari tue delayed pun 10 minit jer. Pertama kali dalam sejarah. Sampai KB dah dekat 2tg. Elok menunggu Pa (FIL) baru teringat ada beg biru tertinggal kat cabin, g ke kaunter AirAsia minta dema bawakkan turun. Menunggu 1/2 jam juga la. Sampai rumah pukul 3petang. Malam bershopping di Wakaf Che Yeh cari tudung.

Khamis 25.10.2012
Juadah yang dijamu pada raya nie adalah Kuzi. Ma nak buat 3 ekor ayam jer. Ok lah. Sakura nak buat rendang ayam sekor makan dengan nasi impit. Hari Khamis masak-masak. Raya nie Ma x buat tapai la pulak. X p lah mesti ada yang akan memberi tapai yer. Dapat makan gak. 

Jumaat 26.10.2012
Pagi raya siapkan hidangan kat meja supaya senang balik raya orang datang rumah. Pa memang suka menjemput orang balasoh/surau datang makan lepas solat raya. G solat dengan Fasihah jer, Ma x ikut sebab batuk teruk sangat. Ok tak p. Sampai jer surau, dah nak solat raya, hehehe x perlu tunggu lama-lama. Solat pun ringkas jer dan khutbahnya pun cepat. Surau lain masih baca khutbah, Sakura dah balik rumah selesai bersolat. Layan tetamu datang rumah sampai pukul 10pagi. Tuan Faizal dalam pukul 9 dah g kat tempat korban dah (tahun nie buat korban kat KB, buat bahagian Tuan Faizal jer). Dalam 11 lebih macam tue, Tuan Faizal dah balik dengan bawak tulang dan daging untuk dibahagikan.

Sabtu 27.10.2012
G jemputan makan tengah hari kat rumah family Abang Mie, kat mane tempat x tau. Hehehe.

Ahad 28.10.2012
Pukul 9pagi dah keluar shopping kat Bandar KB. Beli tudung yang dipesan tapi banyak warna x d, jadi kena tempah amik 2 minggu lagi. Ok lagipun memang nak balik Faris kawin. G tempah batik cotton kat Kijang lepas beli keropok lekor kat Kedai Buloh (ramai sangat orang menunggu beli keropok, dahlah beli banyak). Balik sampai rumah dah pukul 12tgh dan terus kemas beg. Lepas kemas g makan kat rumah Ina. Pukul 1.20ptg g airport. Sampai nak masukkan beg, timbang beg besar 16kg. Kena keluarkan isi sikit untuk jadikan 15 kg. Mujur x d orang yang beratur kat belakang. Flight on time dan sampai LCCT pukul 3 petang. sampai rumah 5.30ptg. Sebelum maghrib Bapa dan Ibu datang rumah hantar ketupat dengan lauk. Cun x payah masak. Lepas maghrib ajak Bapa dan Ibu makan kat Umai tapi tutup raya pulak, g makan kat Kelab Tasik Putrajaya. 9mlm sampai rumah. 

Habis citer raya, gambar raya berdua x d snap


Siap hidang
Zoom sikit






Monday, 29 October 2012

Beli Kereta Baru

Pagi tadi Sakura dengar kat HOT FM, TOP 5 pasal tukar kereta. Bunyi macam seronokkan tukar kereta nie. Tapi bersediakah kita sebenarnya untuk tukar kereta nie. Jom check perkara berikut:

1. Check outstanding balance kereta yang ada dengan bank. 
Adakah kita jual balik kereta sedia ada, kita boleh langsaikan full settlement dengan ada extra atau tak? Kalau ada duit extra, adakah duit extra tue cukup buat downpayment or kita kena tambah untuk cukupkan downpayment? Berapa banyak pulak yang nak kita tambah lagi?
2. Check penggunaan petrol kereta sedia ada dengan kereta baru yang kita berkenan.
Mana satu yang jimat petrol? Yang nie sangat sesuai untuk mereka yang berkerja dengan jarak perjalanan lebih 25km sehari. Kalau setakat jarak 5km sehari , kos petrol x terasa mane pun.
3. Check keperluan servis yang akan kita belanjakan
Buat perbandingan kos servis kereta sedia ada dengan kereta yang kita berkenaan, mana satu yang lebih tinggi?
4. Check balik instalment yang sedia ada
Adakah kita mampu untuk menampung pertambahan instalment yang ada.


Contoh:

Sekarang g kerja pakai Viva jarak dari Putrajaya ke KL (33km)
Instalment RM510 sebulan, setahun RM6120
Petrol seminggu RM40, sebulan dalam RM300, setahun RM3600
Servis kereta setiap dua bulan (5000km) RM300 (major servis), setahun RM1800
Roadtax insurans setahun RM800 (kasar) setahun
Perbelanjaan kereta setahun RM12320 
Sebulan gaji kena siapkan peruntukan kereta (termasuk istalment, petrol, servis dan roadtax insurans) RM1027 (genapkan)

Berkenan nak CIVIC 
Downpayment RM12,000
Instalment RM1200 sebulan, RM14400
Nak pakai g kerja dengan jarak dari Putrajaya ke KL (33km)
Petrol seminggu RM90, sebulan RM500, setahun RM6000
Servis kereta setiap dua bulan (5000km) RM400 (major servis), setahun RM2400
Roadtax insurans (kasar) RM1800 setahun 
Perbelanjaan setahun RM24600
Sebulan gaji kena siapkan peruntukan kereta (termasuk istalment, petrol, servis dan roadtax insurans) RM2050

Bukan senang sebenarnya nak tukar kereta. Lagi hebat kereta, lagi banyak kos yang kita kena tanggung. 




Friday, 26 October 2012

Aidiladha

Ramai akan tanya pada Sakura "beraya korban kat KB lagi meriah ker". Jawapan Sakura adalah sama macam raya puasa gak kat sini. Tak ade beza sebab pagi  raya akan g solat raya kt balasoh/surau kt depan rumah. Then balik makan-makan sebelum yang lelakinya g tolong sembelih korban. Tinggal la Sakura kat umah dengan Ma (MIL), Adik dan mungkin akan ada Makcik Faizal datang rumah. Disebabkan keliling rumah adalah sedara juga, jadi adalah tradisi berkunjung juga. Tue jelah yang membezakan raya korban di KB dan Klang (kat Klang x d berkunjung nie, lepas solat dah boleh buat aktiviti sendiri sebab lembu sembelih kat masjid atau dah siap lapah kat tempat beli lembu). Kat KB lembu sembelih kat rumah.

Hidangan Raya yang kat KB yang wajibnya adalah tapai pulut dan ketupat daun palas. Yang specialnya ketupat daun palas kat sini, dalam ketupat tue ada serunding daging atau ada kacang hijau. Ketupat sini manis sikit. Makan macam tue jer x makan dengan rendang pelbagai. 

Setiap rumah kat sini (area rumah Tuan Faizal) x menghidangkan juadah yang sama disetiap rumah. Lain rumah lain menu. Jadi akan banyak makan la di hari raya nie. Tak macam kat Klang, juadah raya mestilah ketupat nasi, kari ayam, rendang, sayur lodeh, sambal kacang dan lepat pulut. Kat KB ada rumah yang akan jamu satay, nasi dagang, nasi kerabu dan lain-lain. Biasanya Ma akan buat Ayam Kuzi makan dengan roti manis bulat. Nie adalah masakan special Ma Sakura.

Wednesday, 24 October 2012

Tips Balik Kampung : Mesti Buat

Raya Haji tahun nie giliran Kota Bharu. Kena pastikan keselamatan dan kebersihan rumah yang ditinggalkan.

Kemas beg
1. Bawak baju yang mencukupi untuk 2 hari jer sebab hari ketiga dah boleh basuh kat sana
2. Bawak semua charger yang diperlukan, kalau x nanti kena beli kat sana
3. Make sure semua barang yang dipesan dan diperlukan dibawa bersama

Kemas Rumah
1. Basuh semua baju pada malam sebelum supaya balik ada baju yang boleh dipakai
2. Kemas rumah agar balik dari kampung hati tenang esp. peti sejuk, dapur dan ruang tamu.
3. Kalau flight lewat dan sempat membasuh lagi, basuh cadar dan alas tilam. Jadi nanti balik dah boleh tukar cadar baru.
4. Pastikan pokok bunga disiram sebelum meninggalkan rumah
5. Buang sampah yang ada kalau tak balik rumah nanti sampah dah berulat dan busuk.

Keselamatan Rumah
1. Cari spare key kereta  dan bawa sekali balik kampung.
2. Tutup semua tingkap bilik air dan pastikan semua pintu dikunci dengan kemas
3. Cabut semua plug dan hanya tinggalkan plug peti sejuk jer hidup.
4. Kunci pintu utama dengan sebaiknya (Sakura ada nightmare rumah x berkunci dan tak d orang dirumah sehingga jiran call tanya kenapa grill x berkunci, siap ada kunci tgl lagi kat pintu, nasibla polis peronda lalu setiap jam, alhamdulillah x jadi ape)
5. Pastikan kereta dikunci dan dipastikan keselamatannya (kalau tinggal kereta kat rumah)
6. Cabut kepala gas dr tong gas

Selamat Balik Kampung

Monday, 22 October 2012

Imaginasi

Sakura kalau bersama dengan kenit Rais mesti buka video belajar dia yang dah Mama download letak laptop Sakura. Ape lagi khusuk dan tawaduk la si kenit nie menengok video-video belajar tu. Paling kenit Rais excited adalah tengok video Charlie and the Numbers. Kalau kartun tue melompat, Rais pun macam nak melompat jugak. Rasanya si Rais nie macam dah terasa yang diri dia tue Charlie pulak.

Bijak betul pembuat video nie membawa imaginasi budak yang menengok ikut sama. 





nie tgk video lain







Sunday, 21 October 2012

Kahwin: Simpan Duit

Semalam Sakura ada terbaca satu post kt FB pasal menyimpan duit untuk kahwin.

Kekdah yang digunapakai adalah dengan mengambil masa 3 tahun untuk dicukupkan dengan simpanan sebulan RM250

Kos yang diperolehi adalah: RM250x12bulanx3tahun= RM 9K hasilnya

Kalau simpan kat ASB pun baru RM10K

Tapi cukup ker RM9K termasuk dengan duit hantaran , mas kahwin semua. 



?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?



Jawapanya x cukup kalau termasuk kenduri kahwin. Nie cukup untuk duit hantaran dan barang hantaran jer. Kos kenduri mau tambah RM20K lagi.

Jom check belanja kahwin Sakura dulu (tahun 2009)

1. Makan kat klang dari khamis,jumaat dan sabtu @RM15x1500  = RM22,500
2. Khemah, pinggan, cawan, bekas hidangan, jag  air etc = RM3500
3. Baju pengantin termasuk makeup = RM600
4. Baju nikah (tempah + beli kain) =RM300
5. Set bilik = RM1500
6. Make-up nikah dan accersori = RM300
7. Photographer klang = RM 600
8. Souvinier = RM1.50x1000=RM1500
9. Kad Kahwin (share 700+300) RM0.70x1000=RM700
10. Beli bunga hidup (pelamin+meja makan+bilik tido+bunga tangan) =RM400
12. Pelamin buat sendiri sebab khidmat pak usu, beli kain dan stage = RM500
13. Bunga Telur dan telur = RM300
14. Cadar bilik dan langsir bilik = RM500
15. Barang hantaran dan hiasan = RM1500
16. Lauk Pengantin, masak sendiri = RM300
17. Lain-lain yang x nampak =RM1000

Fuh dekat RM36K keluar, tapi x semuanya Sakura tanggung sebab ada yang dari poket bapa. Hehehe. Masa tue memang ikat perut giler sebab sebulan kena simpan RM1K dan korek Tabung Haji. Gaji time tue pulak x byk mane, nak bayar rumah lagi. Ingat balik, memang gilala. Sakura mula menyimpan dalam setahun jer. (jarak antara bertunang dan kahwin 6 bulan)

Belum campur kos yang Tuan Faizal keluarkan kos kat Kota Bharu. Tapi kos kat Kota Bharu x lah sampai banyak nie. Sakura rasa duit makan dalam RM3000, pakej baju+ make-up+bilik tidor RM650, photographer RM750.Lain-lain dalam RM1500 (tak termasuk gelang+hantaran+mas kahwin)


Friday, 19 October 2012

Bantulah

Hari ini hari meraka, esok lusa mungkin hari kita. Bantulah mereka dengan sedaya yang kita ada


Cerita 1:Kamal Affandi Hashim

Beliau kini menghidap Arteriovenous malformation yang secara ringkasnya menrujuk kepada urat saraf ekstra dalam otak sehingga mengganggu fungsi otak.

Boleh rujuk disini

Berikut nombor akaun bank Kamal Affandi Hashim sekiranya tergerak hati ingin membantu menghulurkan sumbangan ikhlas untuk meringankan tuntutan ditanggung oleh beliau.

Public Bank 4007 85 2927.

 

Cerita 2: Ezmi Md. Jan

Beliau adalah bekas pemain selangor

Boleh rujuk sini

Bantuan boleh dihulurkan  no acc adik pesakit alamat, & no telefon.

ACC : SITI MARIAM BT MD JAN (Adik kepada Ezmin Md Jan)
162076594008 (MAYBANK)
Alamat : 1332 KG SENTOSA BATANG KALI
No. Telefon : 0360571804


Boleh juga join akviti Ezmi's charity carnival ahad nie- anjuran Alumni Sek. Projek Sek 11



Tuesday, 16 October 2012

Susahnya

Dah naik fed-up orang call nak promote personal loan, credit card, privilege card, insurans etc. Marah gak kekadang tue bila dapat call mcm nie sebab sehari sampai 3x dapat call. Time baik biasanya Sakura bagi tau tgh mtg nanti call balik/tgh drive. Kalau mood x berapa baik biasa bg tau x minat, then fullstop. Kalau tgh meroyan, confirm yang call tue kena marah dan kena sound jangan call lagi dah. Pelik dan bengang gak, mane dia orang nie dapat no phone. Sape yang berbesar hati share maklumat pelanggan. 

Cuma semalam, Sakura dapat call consiten dari CIMB utk promote ASB loan. 3 x dah cal. Since mood baik, Sakura pun layan jelah. Diakhirnya dia tanya berminat x sebab kalau berminat,boleh pilih ada orang datang jumpa or boleh walk-in kat branch terhampir.  So Sakura dah set temujanji untuk sekian haribulan dan dia agree nak dtg opis. Bila dah letak telefon, Sakura baru tersedar, baik set kat Bukit Tunku jelah. Bukan jauh sangat pun. Nantilah set balik.

Zaman la nie mcm berlumba-lumba jer bank nak promote produk personal loan semua tue.Target pulak orang2 yang makan gaji. Kesian kan dia orang nie nak cari pelanggan. Bukan setakat guna phone, pamplet kat umah dan kat pasar malam pun jadi juga. Kesian orang2 makan gaji nie sebab jadi tumpuan. Gaji kami bukanlah banyak pun. Huhuhu..


Sunday, 14 October 2012

Awasi Kelajuan: Kajian Semula


Minggu nie parlimen bersidang dan antara topik yang dibincangkan adalah kajian semula pengunaan AES dalam mengawasi pesalah trafik. AES nie dah mulakan operasi untuk 14 tempat di Lembah Klang dan Perak (boleh rujuk web JPJ untuk tgk lokasi sebenar). 

Bagi Sakura sistem nie bagus dan patut diteruskan tak perlu nak dikaji semuala atas alasan membebankan lagi pengguna. Kenapa nak terbeban pulak, sape suruh bawak laju. X nak kena saman bawak la ikut had laju yang dibenarkan. Bawa ikut had laju bukan x sampai kat destinasi, sampai jugak kan. Takkan la ko nak melaju jer tanpa fikir keselamatan orang lain. Nak jadi mangsa kemalangan buat la mcm gitu. Tapi orang macam nie x selau kena, yang jadi mangsa biasanya orang yag berhati-hati nie. Sebab yang bawak melaju nie dia terlebih berani hingga menyebabkan panic kepada orang disekelilingnya.

Sakura mengaku yang Sakura x boleh bawak kereta malam kalau nak ke Seri Kembangan dari Putrajaya (laluan MAEPS). Memang Tuan Faizal la yang bawak. Sebabnya jalan tue gelap dan kereta memang laju sangat, rasanya x d pun bawak bawah kelajuan 80km/j. Standard pun 100km/j. Sakura sokong lokasi AES kat sini. Kalau x semuanya x berdisplin kat jalanraya. Tapi hadlaju tue pun kena semak juga oleh PDRM dan LLM kesesuaiannya. Sakura rasa  macam rendah sangat jer, bagi Sakura bawah 100km/j ok la. 

Perspektif Sakura, inilah cara terbaik untuk mendisiplinkan rakyat. Takkan kita nak jadi negara maju tapi rakyat kita x berdisiplin. Nak menuju Wawasan 2020 tinggal 8 tahun jer lagi. Tapi rakyat Malaysia x berdisiplin lagi terutama kat jalanraya dan buang sampah. Memalukan jer. Tengok Singapore didik rakyat dia macam mane. Jiran negara terhampir, tapi kita x mampu nak ikut jejak langkah. Kat Singapore bukan setakat nak patau kelajuan pakai kamera, nak pantau orang x buang sampah pun pakai kamera. Kita kena cari mekanisma untuk mendisiplinkan rakyat kalau x memang sampai bila-bila x berubah. Macam kt opis Sakura, senang jer nak bagi disiplin pakai punch card (x bagi orang lain punchkan kalau lewat), dikuatkuasakan thumb print. Amik kau, automatik ramai yang akan patuhi arahan x puchkan orang lain punya. Memangla mula-mula rasa susah tapi dah lama-lama masing-masing dapat terdidik berdisiplin la.

Lagi satu yang Sakura x paham kenapa nak bawak laju-laju sangat, boleh nak bawak laju tapi biarlah kena pada tempatnya. Kalau tempat tue bukan black spot, jalan lurus dan x banyak kereta ok la. Tapi jangan la melampau sampai lebih 120km/j. Sebab susah nak kawal pulak kalau ada halangan dan perkara x diingini yang datang. Macam contoh jalan kat Putrajaya yang lebar (6 carriageway), lurus dan x banyak kereta. Okla kalau nak bawak bawah 100km/j. Jangan lebih dari tu. Tapi kalau korang menekan sampai 130km/j memang mencari pasal la kan. Accident kat Putrajaya nie ngeri sikit (macam yang Sakura pernah citer pasal opismate Sakura tue).

Saturday, 13 October 2012

Kenapa Saya Tak Dapat Kerja?: Part Akhir

Last coretan pasal Kenapa Saya Tak Dapat Kerja.

Ape pun yang penting sebenarnya sikap dan kesungguhan yang penting dalam berjaya mendapat perkerjaan. Sikap kita boleh tengok dari usaha  calon untuk bersedia semasa datang temuduga. Buka buku dan study balik ape yang dipelajari masa diploma or degree dulu. Then study organisasi yang nak ambil kita berkerja. Agak mendukacitakan juga sebab sepanjang Sakura menjadi penemuduga, hanya 5% jer yang bersedia dengan maklumat organisasi. Macam mane nak berkerja nie, sebab calon x minat nak kenal company or organisasi tue. For surelah kena reject. Biasnya calon akan kenal menteri jer, Ketua Pengarah jabatan for sure x kenal.

Lagi satu tahap keyakinan yang ditunjukkan. Kalau dalam field engineering nie, kalau takut-takut memang payahla. Pengsan Sakura kalau dapat anak buah yang takut-takut, ada potensi beban Sakura pikul sendiri. Yelah kalau suruh check besi kat site tingkat 3 pun nak ajak orang lain teman. X ke pengsan nak handle. Sakura memang admit yang field nie untuk lelaki tapi, ia x bermaksud yang perempuan x boleh buat dengan baik. Sebagai interviewer nie kekadang dah boleh dapat tahu yang calon sebenarnya mengaku jujur atau x dengan pengakuan yang dibuat.  Contohnya Sakura akan tanya awak ada masalah tak nak check besi tingkat 5. Kalau calon yang betul-betul boleh buat, cara dia jawab tue meyakinkan. Dan bagi calon yang menipu biasa jawapanya biasa-biasa jer. Body language tue yang besar peranannya.

Bab keyakinan dan sikap nie boleh dibentuk. Tapi bukanlah usaha sehari dua (esok nak interview hari g belajar yakin dan sikap) mana boleh cam gitu. Nie kena pupuk sejak masuk belajar diploma dan degree lagi. Sebab tue bila ada presentation kat kelas, kena buat bersungguh-sungguh dan ambil peluang sebaiknya. Bukan sebab nak jadi poyo tapi ia adalah proses pembelajaran dan menjadikan lebih yakin. Ia juga bukan sekadar untuk dapat markah juga.

Selalu yang kira orang (penemuduga) akan bagi tahu kepada calon (kalau calon tanya peluang dapat kerja nie). Semua yang dipanggil temuduga, mereka adalah layak untuk berjaya dalam mendapat kerja, tapi untuk pastikan calon layak sandang jawatan adalah prestasi temuduga yang akan dinilai.

Tuesday, 9 October 2012

Projek 1 : Cari Tile

Lepas balik kenduri kahwin (hari Sabtu lepas) kat Dewan Masjid Bukit Aman, Tuan Faizal ajak cuci mata tengok tile kat Jalan Ipoh. Tuan Faizal la dok kata kt sepanjang Jalan Ipoh tue banyak kedai tile. Sakura memang x pernah g. Bila dah sampai kat situ, memang banyak sangat kedai tile yang ada. Kita orang pun g la masuk kat satu kedai nie (ramai gak yang datang kat kedai nie). Bila masuk jer, mak ai banyaknya design tile yang di ada. Nk licin, kasar, ada teksture, bercorak, plain semua ada. Harga pulak dari RM1 hingga RM400 ada jual kat sini. Saiz pun mcm tue, 200x 200 sampai 2"x2", semua ada. Pilih jer mane yang berkenan. Quality pun macam tue gak, nak bagus or nak yang kurang standard. 

Memang rabun mata nak pilih, semuanya lawa. Sudahnya kita orang ambil keputusan untuk tetapkan limit harga yang nak. Lagi satu, lagi banyak masuk kedai tile, lagi pening nak pilih yang mana. Masuk jela kedai tile yang ramai orang masuk, moga-moga kedai tue yang bagi "the best price".


Panduan untuk semua kalau nak pilih tile:

1. Sila dapatkan ukuran lantai or dinding yang nak tepek dengan tile. Orang kedai nie akan bagi berapa tile yang diperlukan.
2. Kalau bajet bagus pilih la standard A supaya tile tue pasang cantik dan kemas. Orang nak pasang pun senang sebab x susah nak level dan susun tile tue.
3. Untuk kos pasang tile nie, lagi besar tile yang korang pilih, lagi mahal kos pasangnya. 
4. Kalau ruang kecil, tile yang sangat sesuai adalah 1"x1", sebab boleh kurangkan pembaziran dan mudah nak pasang sebab x banyak nak dipotong.
5. Kena bagi tahu kat pekedai tue, nak pasang tile kat mana, kalau x nanti korang salah pilih dan mendatang kemalangan pulak. Contoh macam kat dapur, tile yang dipilh mestilah mudah dibersihkan dan x licin sangat (dapur kan tempat memasak dan percikan minyak tue yang jadi bahaya).
6. Pasal cari tukang pasang tile nie, kena berhati-hati dan pilih orang mahir. X p bayar mahal sikit janji tile dipasang dengan kemas. Kalau yang memasang tile nie x mahir, memang hasilnya sangat mendukacita. Nak tengok kemas ke x, tengok sambungan bucu tile tile tue, tepat 90 darjah ker x. Jarak antara tile kemas dan x terlalu besar (yang bagus jarak <3mm jer).

Mcm2 warna dan jenis

Rambang mata

Yang nie pun ok

Monday, 8 October 2012

Projek 1: Dapat Kunci

Khamis lepas, owner rumah Damansara setuju bagi kunci kat Tuan Faizal. Kita  orang minta dia bagi kunci untuk buat perancangan aktiviti pembaikan yang akan dibuat nanti. Hari Khamis lepas balik kerja dengan gembiranya g rumah Damnasara nak tengok rumah. Sekali sampai depan rumah, kunci solex pula x dibagi sekali. Kenalah telefon owner bg tau kunci solex x d. Balik la rumah dengan kehampaan x dapat masuk.

Esoknya Tuan Faizal dapat call dari owner yang kunci solex tue dia dah buka. Jadi petang balik kerja tue kita orang memulakan aktiviti mengukur rumah dan tengok pembaikan yang nak nak dibuat. Kerja mengukur nie makan masa 1 jam gak. Nasib ada "laser measure". Mudah + cepat kerja-kerja mengukur. Kerja mengukur nie WAJIB sebab nak buat anggaran kerja pembaikan nanti. Bila lagi nak gunakan kemahiran kat rumah sendiri. Selalu dok buat estimate kerja renovation klinik jer.

Selain dapat mengukur, dapat juga senarai kerja pembaikan lain yang perlu dibuat.

1. Ganti Lampu Pendek
2. Ganti Kipas Ruang Tamu
3. Pasang Kipas Dinding
4. Ganti Kepala Paip Bilik air + toilet, shower
5. Pasang Awning Bilik
6. Ganti Toilet Bowl.
7. Tambah Sinki Bilik Air.
8. Pasang Water proofing
9. Pasang dan ganti tile untuk lantai dan dinding bilik air, toilet dan dapur
10. Ganti sinki dapur
11. Cat semula
12. Tukar pintu bilik air
(ape lagi yerk yang tertinggal)

Tuan Faizal tengah berfikir-fikir nak buat counter top, tapi cos dekat RM2K gak. So Sakura rasa, x buat la kot counter top tue, nanti next tenant baru buat kitchen cabinet. Semua nie wajib buat sebelum nak disewakan. Nanti tenant dah masuk payah nak buat. Kena korek la duit tabung mane-mane untuk belanja buat pembaikan. 


Saturday, 6 October 2012

Tips Beli Rumah: Part 7

Untuk beli rumah, kita perlukan pembiyaan bank. Kita yang nak membeli akan pilih bank yang kita rasa ada potensi untuk memberikan kita loan dan memberikan pinjaman pada kadar yang terbaik. Itu adalah aspek yang kita akan pertimbangkan. Since dah 3 kali Sakura merasa pengalaman buat loan. Sakura dapati faktor lokasi bank pun main peranan dalam pengurusan pembiyaan rumah. Kenapa Sakura cakap macam tue.

Sakura ambil pembiyaan untuk semua rumah dengan CIMB. Semua pembiyaan tue kat branch berlainan CIMB Klang, CIMB Bukit Tunku, CIMB Shah Alam. Yang first tue Sakura x rasa sangat sebab lawyer bank dan lawyer developer adalah lawyer yang sama. Dengan dua lagi bank nie Sakura terasa sangat perbezaan servis yang diberikan. Antara dua tue Sakura lebih berpuas hati dengan CIMB Bukit Tunku, walaupun rumah yang dibeli tue rumah low cost. Tapi lawyer(lawyer S&P dan lawyer bank) yang uruskan sangat aktif . Semua dokumen tidak dihantar pos tapi by hand semuanya. Surat pun cc copy surat kat customer. Jadi kita sebagai customer dapat track setiap kerja yang dijalankan oleh kedua-dua lawyer nie. Dalam seminggu nie, surat yang sampai kat rumah adalah dari kedua-dua lawyer nie. Untuk rumah yang guna CIMB Shah Alam, sebarang surat pun x sampai kt rumah dah x dapat track urusan. Agak mengecewakan juga. Terpaksa la call tanya ape status sekarang. Sakura memang dah "aware" urusan tukar  hak milik nie makan masa, tapi surat cc copy kat pelanggan x d langsung tue yang berapa nak faham.

Lokasi bank tue akan memainkan peranan bagi menunjukkan tahap layanan kepada pelanggan. Sakura selalu jer guna perkhidmatan kt CIMB Bukit Tunku nie sebab paling dekat dengan opis. Memang setakat nie, CIMB nie lah yang paling terbaik. Sangat friendly dan kenal pelanggan yang berurusan. Almaklum la Bukit Tunku nie antara kawasan elit. Jadi dia orang sangat menjaga pelanggan okay. Kalau berurusan di CIMB nie, pelanggan CIMB akan diutamakan dulu berbanding orang-orang yang nak buat urusan ASB. Ada sekali tue lama juga Sakura tunggu untuk buat urusan ASB, tapi Customer Servis kat situ perasan yang Sakura dah lama tunggu, jadi dia minta orang kat kaunter bagi laluan kat Sakura berbanding orang lain sebab  dah lama tunggu. Kalau pengalaman Tuan Faizal masa berurusan kat CIMB Klang (nak buat urusan ASB jugak la), sampai satu jam x panggil lagi. Sudahnya Tuan Faizal keluar jer tanpa buat urusan. Esoknya siapla, surat aduan ke CIMB dihantar. CIMB Hq pun buat siasatan dan akhirnya manager branch kena minta maaf dengan Tuan Faizal.

Nampak tak perbezaan layanan yang diberikan walaupun di bawah satu nama. Kat kawasan elit nie, jangan dok perlekeh pelanggan, memang siapla ko kena marah dengan pelanggan. Nie memang jadi depan mata, macam mane pelanggan tue marahkan staff CIMB. Nie dia penanggan antara dua darjat. Tempat biasa-biasa nie branch tue x kisah pun nak jaga sensitiviti pelanggan sebab transaksi bank yang kecil. Kalau kt kawasan elit nie memang dia orang jaga la sebab jumlah transaksi besar.

Pengalaman Sakura yang lain pulak masa nk beli rumah. Kalau kita beli rumah yang berharga RM500K, dia orang siap nak datang kat tempat kita untuk set temujanji lagi (nie bukan CIMB, bank lain). X payahla nak g branch semua. Tang nie memang Sakura terasa betul.

Friday, 5 October 2012

Kenapa Saya Tak Dapat Kerja?: Part 4

Nie sakura dapat request dari bos Sakura untuk share perkara ni. Ada dakwaan yang mengatakan bahawa ada amalan menggunakan orang dalam untuk menjawat sesuatu jawatan. Sakura berasa terkilan dengan kenyataan yang dilemparkan. Bagi Sakura memangla ada orang akan bagi nama-nama calon untuk dibantu semasa temuduga. Tapi ini bukan tiket kepada calon untuk calon tue pun. Calon tue masih dinilai lagi semasa temuduga. Kita masih melihat persembahan sesi temuduga tersebut. Kalau kata guna "cable", Sakura dapat jer kerja nie. Yang penting presentation kita tue yang penting. Kadangkala Allah tue memang bagi petunjuk sangat semasa pemilihan temuduga nie. Yang penting niat ikhlas calon yang nak pohon jawatn tue dan berkhidmat untuk jabatan yang penting. Macam yang pernah Sakura ceritakan dulu berkenaan sesi interview yang Sakura hadiri, kalau ikutkan dah gagal sebab salah  "dress code". Tapi alhamdulillah dapat tempat juga la.

Tak perlu nak pakai "cabel" pun, yang penting buat yang terbaik semasa interview dan tunjukkan minat untuk jawatan tue. Macam contoh yer, pengerusi interview tanya "Apakah persediaan awak untuk hadir interview ni" sekali dengar macam ajak berbual biasakan. Tapi kat sini kita dah nilai calon tue minat ker tak. Sesi interview nie dia ada seni yang tersendiri dan nilai yang tersendiri yang orang lain tak tahu kalau x ada pengalaman interview (Sakura masih lagi belajar untuk aspek softskill). Satu lagi contoh nama yang disyorkan nie buat hal contohnya dokumen asal x disimpan dalam clear folder. Confirm ku reject, sebabnya nie dah menunjukkan yang calon tue seorang bersistematik ker x?. Nasibla nama ada untuk ditolong tapi calon sendiri x tolong diri sendiri, susahla (alamak betul ker bahasa Sakura nie)

Kebiasaanya Sakura memang akan simpan nama calon yang nak direkomen tapi, biasa x dapat pun di  pusat interview Sakura. Mesti nama calon tue ada pada pusat yang lain. Untuk sesi interview nie, bukan hanya ada 1 pusat jer tapi ada 2, 3 lagi pusat yang sama. Nie berdasarkan pengalaman Sakura yang lepas2 la.

Ape yang penting (sebut ikut irama WonderPet): 
Persembahan semasa interview.

Thursday, 4 October 2012

Kenapa Saya Tak Kerja? : Part 3

Sakura dah ceritakan kenapa kelayakkan adalah penting dari minat. Jadi kalau x layak? Pastinya baru la beralih kepada faktor nak cari course yang menepati dengan kelayakkan kita.

Perkara realiti. Andaikata seseorang tue masa SPM ambil aliran kejuruteraan awam dan bercita-cita untuk menjadi jurutera awam. Tapi syarat kelayakkan nak amik course jurutera awam x dipenuhi, dah hanya layakkan untuk ambil kejuruteraan perkhidmatan bangunan. Dah sah-sah x layak sebenarnya nak jadi jurutera awam sebab faktor subjek dalam kursus tue yang tak setara dengan kejuruteraan awam perkhidmatan bangunan. Pembelajaran kursus kejuruteraan perkhidmatan bangunan adalah tidak meliputi jalan, geoteknik, air  & kumbahan dan hidraulik. Dari aspek nie , semua patut tahu setiap course yang diambil, kerjaya apakah yang dia akan layak dipohon nanti.

Macam tue juga dengan pemilihan course yang kurang penawaran kerjaya. Contoh macam Perancang Bandar. Berapa banyak peluang kerjaya yang kerajaan dan sektor swasta dapat tawarkan untuk pemegang ijazah nie.  Kat sini yang perlu kajian sedikit dan perbincangan bersama dengan guru kaunseling kerjaya kat sekolah. Sebab tue la kita kena kaji jawatan ape yang kurang kat Malaysia tapi banyak permintaan. Contohnya farmasi, doktor, peguam, akauntan.

Macam Sakura, sewaktu ditawarkan jawatan jurutera awam, pada masa nie tengah ramai berpencen dan jabatan baru mula nak rancang penambahan jawatan lagi.  Sakura sangat bertuah dan beruntung. Jadi agak mudah bagi mendapt tempat di sektor kerajaan dari tahun berkhidmat 2005 hingga 2009. Pengambilan kerja beramai-ramai. Memangla ramai yang layak untuk intervw tapi x semua yang dapat kerana faktor temuduga tadi. Buatla yang terbaik semasa interview. Tapi rata-rata calon simpanan pasti akan dapat dilantik juga la akhirnya. Dulu Sakura terasa hati gak masa lepas belajar sebab susah sgt dapat kerja (setahun tau nak tunggu dapat kerja). Kawan-kawan lain semua byk dapat g swasta dan kontrak JKR. Memang rasa rendah diri sangat. Tapi nasib Sakura baik sebab dapat layak g intervw SPA terlebih dahulu dari mereka yang kontrak JKR nie. Sudahnya Sakura dilantik tetap terlebih dahulu berbanding mereka yang berkhidmat secara kontrak kat JKR. Allah tue Maha Adil, Dia bagi kekurangan kat sini tapi Dia tambahkan kelebihan kat sana. Yang penting, berusaha, berdoa dan bertawakal. Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik.

Tuesday, 2 October 2012

Kenapa Saya Tak Dapat Kerja?:Part 2

Sambung lagi pasal Kenapa Saya Tak Dapat Kerja?

Lepas result SPM keluar, pastinya akan sibuk mencari course yang sesuai dengan minat. Bila ditanya kenapa ambil course ni? Jawapan yang kegemaran ramai adalah disebabkan oleh minat

Bagi Sakura minat x penting sebab minat boleh pupuk tapi yang penting kelayakkan mematuhi syarat ambil course tue yang paling penting. Kalau kita minat pun tapi kelayakkan kita x cukup nak masuk course tue pun x boleh gak. Contohnya nak ambil course perakuanan tapi syarat layak ambil course semua x patuhi, boleh dapat ker sambung belajar?

Sakura nak share pasal diri Sakura sendiri la. Masa lepas Sakura dapat result PMR dulu Sakura dapat tawaran Sekolah Teknik. Ambil teknik nie pun sebab nak sangat duduk sekolah berasrama, nak g MRSM dan SBP x layak sebab percubaan x bagus. Sudahnya lepas result PMR, ada tawaran sambung teknik, Sakura pun try jer. Masa isi borang saje pilih civil eng sebab tak nak tenyeh perdagangan. G teknik sebab ilmu kejuruteraan yang ada kat situ. Terpaksa berjinak2 dengan civil eng. pulak. Start cari info pasal kerjaya Sakura nanti   selepas ada diploma or degree civil eng. Buat juga test personaliti dan kerjaya untuk tgk sesuai ker x? Kt Teknik dulu ada cikgu kaunseling. Mudahla untuk berbincang dan bertanya. Akhirnya teruskanlah cita-cita nak jadi Civil Eng. Kat situ Sakura didedahkan tetang subjek yang perlu perhatian untuk layak masuk Course Diploma Civil Eng disamping subjek kejuruteraan yang ada. Ilmu kejuruteraan yang ada tue basic jer. Jadi masa SPM Sakura beri tumpuan lebih untuk subjek tue (subjek add-math, fizik, kej awam selain dr bm, bi). Yang lain bukan bagi fail tapi just pastikan lulus dah mencukupi. Bila dapat result SPM, alhamdulillah Allah perkenankan doa Sakura dan berjaya masuk civil eng. masa diploma.

Cita-cita Sakura nie bukanlah sebab minat tapi tuntutan keadaan dimasa itu.

Monday, 1 October 2012

Honda : Keselamatan

Sabtu lepas Sakura g servis kereta kat Pusat Servis Honda Nanyang kat Klang. First time Sakura g sini. Biasanya pergi kat Sri Utama KL. First impression banyaknya bay untuk servis kereta (ada 9 bay). Oklah dalam hati, cepat gak la siap kereta nie. Bila masuk dalam alamak ada 3 je kaunter consultation. Lama la pulak nak menunggu dahla no start 2 (utk yang g tanpa buat appointment). Masa tue dapat giliran 2015. Alamak dah datang, tunggu jelah giliran. Memang diutamakan customer yang buat temujaji la, lepas giliran 1015 barulah start panggil mula angka 2. Mujurlah ramai yang giliran 2 nie x d kat situ (malas tunggu kot) sudahnya sampai ke giliran 2007 baru la ada orang. Kiranya sampai ke giliran Sakura cuma ada 3 orang lagi then baru Sakura. Lepas sesi consultation, Sakura pun tunggu jelah kereta sampai siap servis. Malas nak jalan kat bandar Klang. Lagipun ada tv dan tempat menunggu yang selesa.

Masa tengah tunggu tue, ternampakla pamplet "Road Safety At Your Fingger-Tips". Menarik pamplet nie. Jadi Sakura nak sharela pada semua info yang terkandung:

1. Pastikan tayar kereta sentiasa baik dan berbunga!
Periksa tekanan tayar, tayar simpanan dan set peralatan kereta berada dalam keadaan baik

2. Pastikan jarak anda
Jangan memandu dengan dekat dan awasi jarak selamat kereta kita dengan orang hadapan

3. Pelbagai aksi dilakukan dalam kereta
Elakkan bermsg, facebook, tweet, bersolek dan seumpamanya bagi mengekalkan fokus di atas jalan raya

4. Pakai tali pinggang keledar
Semua yang berada dalam kereta WAJIB memakainya

5. Patuhi peraturan jalanraya.
Lampu merah berhenti, laluan kecemasan untuk kes kecemasan dan ini akan menjadi contoh kepada kanak-kanak

6. Bersopan santun
Jangan buang sampah keluar kereta semasa memandu

7. Kereta anda bukan sebuah katil besar.
Nie khusus untuk yang pakai MPV. Utamakan keselamatan dan kekalkan tip no.3

8. Lemang boleh dibakar apabila anda sampai ke destinasi yang dituju
Periksa suhu dan tahap air kereta anda

9. Muatan berlebihan sangat berbahaya
Muatan berlebihan akan menjejaskan prestasi kereta dan seterusnya mengundang bahaya

10. Bersiap-sedia
Pastikan no kecemasan dicatat dan disimpan dalam telefon dan boleh digunakan semasa kecemasan.