Kita sambung lagi perkongsian ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:2 September 2013)
Part 1
UMUR 10 -12 TAHUN
Baru –baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai anak-anak yang baru umur setahun jagung, masih dalam berbaju raya, menonton video porno di Cyber CafĂ©. Berbagai komen yang diberi.
Salah seorang daripada ahli kita telah menghantarkan link itu kepada ibu meminta ibu memberi komen. Namun, disebabkan kesibukan yang amat sangat, cuma hari ini Ibu dapat memberi komen ibu mengenai perkara itu. Harap bersabar di dalam membaca komen ibu ini, kerana ianya panjang dan bersambung
Sesuatu yang perlu kita faham mengenai umur 9-12 tahun ini. Anak-anak mula untuk menjadi seorang remaja. Mereka mula mempunyai perasaan yang agak ganjil di dalam diri mereka. Mereka mula minat kepada jantina lain dan mula igin tahu perkara yang lebih intim.
Pada usia anak 4-5 tahun, dia akan mengalami satu perasaan hendak tahu mengenai badan dan anggota terutamnya anggota sulit. Apatah lagi jika dia tidak pernah melihat anggota sulit jantina lain.
Anak pada usia ini akan mahu tahu dan explore. Pernah ada seorang ibu dengan resah dan cemas menulis kepada ibu mengenai anak perempuannya yang 4 tahun menghisab kemaluan adik lelakinya yang masih baby. Ibu muda itu risau hingga menangis menyangka anak perempuannya melakukan perkara sumbang.
Ibu lalu memberitahu bahawa, anak sekecil itu tidak gila seks. Dia cuma ‘curious’. Kemungkinan dia melihat kemaluan adik lelakinya dan menyangka itu ada seperti puting susu ibunya. Lalu dia menghisabnya. Lalu menjadi sangat kaget melihat kemaluan adiknya menjadi tegang.
Jika anda kenal dan tahu mana-mana ibu dan bapa yang mengalami situasi yang sama dan mereka menjadi gelabah, nyatakan kepada mereka, bertenanglah, kelakuan anak mereka itu tidak langsung berkait dengan gila seks KECUALILAH, jika anak itu terdedah dengan video lucah!
PART 2
Pada usia 9, 10 -12 tahun, perasaan mahu mengetahui memahami badan itu timbul sekali lagi. Tapi kali ini sudah ada perasaan ghairah.
Jika ibu bapa mengambil masa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka mengenai perubahan yang berlaku di dalam diri anak mereka itu dan tidak memberi dia berasa dia pelik, maka anak ini akan tenang dan tidak anak sibuk untuk bertanya daripada kawan-kawan.
Kembali kepada kanak-kanak yang didapati melihat video lucah pada hari raya itu. Sebenarnya, bila ibu bapa atau orang dewasa yang terjumpa mereka melakukan perkara itu perlu sangat untuk bertenang dan memberi nasihat kepada mereka dengan cara berasingan dan dengan baik.
Kenapa berasingan? Kerana ini memberi ruang untuk anak itu dirapati. Kenapa dengan baik dan tidak terus marah dan tampar saja anak-anak itu? Kerana perkara ini amat besar kesannya pada hidup anak itu.
Bila anak-anak ini diterus dimarah dan dimalukan, maka mereka akan mengaitkan seks itu dengan perkara yang jahat. Maka, inilah yang akan mereka lakukan kerana mereka telah mengambil imej diri sebagai seorang yang jahat.

PART 3
Jalan yang terbaik didalam menyelesaikan hal seperti ini ialah, ibu bapa perlu menyedari, bila anak-anak telah tersasar begini, ini bermaksud, parenting anda selama hari ini tidak memberi kesedaran untuk menjauhi perbuatan seperti ini. Anda tidak menyediakan anak-anak akan perubahan yang bakal terjadi di dalam dirinya pada usia sebegini.
Saranan Ibu, dekatilah isu dengan dengan bijak dan tenang. Beri kefahaman untuk anak itu menjauhi perbuatan menonton video atau melihat benda-benda lucah itu. Jika anda baru diperkenalkan oleh kawan-kawanya dan pertalian anda dengan dia kuat, maka ianya agak mudah. Jika dia telah lama hanyut dan pertalian anda dengan anak anda tidak baik, maka perbaikilah pertalian itu dan perbaikilah sikap anda sambil memperbaiki tabiat anak anda itu.
Jangan sekali hanya memandang salah anak dan lupa untuk melihat apa yang perlu diperbaiki didalam keibubapaan anda.

PART 4
Anak yang berusia 10-12 tahun memerlukan anda memberi kepercayaan kepada dirinya. Jika pertalian anda dengannya sudah kuat sejak dia kecil, dimana pertalian itu ialah dua hala, maka anda tidak akan menghadapi banyak sangat cabaran dari segi berbincang. Tetapi jika selama hari ini, pertalian anda ialah, mak saja betul atau ayah saja betul. Atau, sebab mak suruh atau sebab ayah suruh, maka anda akan mendapati anak anda akan melawan cakap anda.
‘Rapport’ adalah sesuatu yang sangat penting di dalam pertalian kita dengan remaja kita. Bagi remaja, mereka tidak kisah banyak mana anda tahu, sehingga mereka tahu sebanyak mana anda kisah akan diri mereka.
Anak pada usia ini akan mula melawan atau memprotes dengan cara senyap atau nyata. Ini adalah usia yang menzahirkan apa yang anda telah tanam di dalam minda dan pertalian anda berdua selama hari ini.
Jika semasa remaja anda kecil, anda sering memberi dia merasakan dia tidak cukup baik, jarang memberi penghargaan, jarang menghargai buah fikirannya dan tidak memberi dia membuat pilihan, masa inilah anda akan melihat mereka menjadi anak yang mula melawan kata.

PART 5
Pada usia seperti ini, anda perlu menunjukkan anda menghormati dia dan pemikirannya. Jika ternyata pemikirannya tidak matang dan sangat salah, perbetulkan dengan cara bertanya. Contoh, Along rasa yang ini lebih baik atau jika kita buat begini… lebih baik? Biarlah dia memilih.
Carilah jalan untuk berkomunikasi dengan anak-anak hampir remaja (pre-teens) anda. Namun, janganlah hanya memberi arahan.
Bagi yang anak-anak anda masih kecil, anda perlu bersedia untuk masa ini. Bersedia macamana? Anda perlu membina sebuah pertalian yang kukuh. Bukan kasih-sayang yang melemaskan. Tetapi pertalian yang penuh hormat. Contohnya, tanya pendapat anak. “Along nak air ni dalam cawan atau dalam gelas?” Maksudnya, memberi anak membuat pilihan.
Selalulah menyatakan kasih dan memberi ruang untuk dia menyatakan kasih. Harinya tetap akan sampai jika panjang umur , anak anda akan mencecah remaja dan mahu berdikari. Oleh itu, tanamkanlah prinsip dan nilai yang betul di dalam diri anak-anak anda itu sejak kecil lagi supaya ia menjadi penyuluh.
You get the first 6 years right, the next 6 years and the next 6 years will be easier!
Love – Ibu Rose

No comments:
Post a Comment