Sakura kongsikan lagi ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Lupa nak publish rupanya. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:10 September 2013)
Part 1
UMUR 13-15 TAHUN
Mendidik anak-anak pada umur ini banyak persamaannya dengan anak-anak berusia 13 bulan ke 3 tahun. Mereka mudah mengamuk, mudah merajuk dan suka melawan cakap Ibu Bapa. TAPI BUKAN SEMUA! Terpulang kepada bagaimana ibu bapa mereka membesarkan mereka bagi 2, 6 tahun pertama, iaitu, dari 0-12 tahun.

Part 2
UMUR 13-15 TAHUN
Mengapa mereka jadi sedemikian?
Kerana pada usia ini, sekali lagi mereka mula mahu menunjukkan perasaan mereka. Jika semasa mereka berusia 0-12 tahun mereka sering dimarah, pada usia ini, mereka sudah tidak mahu mendengar lagi kata-kata ibu bapa mereka atau mereka menjadi tidak berkata apa-apa dan menurut saja sebab mereka telah mematikan keinginan di dalam diri mereka. Ini juga boleh merupakan satu pemberontakan.
Anak yang sering dimarah dan dilayan kasar akan tercalar emosinya. Dia akan belajar memberontak secara terang atau secara senyap. Bila mereka sampai keusia begini, maka emosi yang tercalar itu akan termanifestasi dalam bentuk degil yang berlebihan, menengking kembali, bergaul dengan remaja lain yang bermasalah dan pelbagai lagi.
Oh ya, bukan hanya kepada remaja yang semasa kecilnya selalu dimarah sahaja yang akan jadi begini, remaja yang semasa kecilnya tidak didisiplinkan juga dan terlalu manja boleh menjadi begini.

Part 3
UMUR 13-15 TAHUN
Pada usia ini remaja anda sudah menyedari dia ada 'sayap' dan dia mahu terbang. Jika anda larang dia dan 'kurung' dia akan mencari jalan untuk keluar. Namun, jika anda mendidiknya dengan 'reason', dia akan menjadi reasonable.
Pada usia ini juga kawan-kawan dan pandangan mereka terhadap diri remaja anda juga sangat penting. Bila pertalian rapat tidak dibina sejak kecil, pada masa ini, payah untuk mereka menurut nasihat anda. Kerana motto anak-anak remaja ini ialah, I don't care what you know, until I know how much you care.
Banyak tekanan emosi yang mereka sedang lalui, namun, jika didikan anda selama ini banyak menekankan kepada prinsip yang baik dan nilai-nilai murni, anak-anak remaja anda lebih tenang mengharungi perubahan di dalam dirinya.

Part 4
UMUR 13-15 TAHUN
Jika anda menyedari remaja anda sudah tidak lagi rapat dengan anda, atau selama hari ini anda tidak membina pertalian yang rapat dengan remaja anda sejak kecil dan anda sudah berasa kerenggangannya, janganlah terburu-buru cuba memeluk dan menciumnya sebab nak rapatkan kembali perhubungan.
Anda perlu berjinak dulu. Bina balik pertalian tu sikit-sikit. Cari peluang untuk bersembang. Bina perlahan-lahan. Sehingga anda boleh merasakan pertalian itu telah rapat semula. Kemudian barulah bercakap benda-benda yang berat dan penting.
Lack of rapport is the main reason people reject what you said, including your teenagers.

Part 5
UMUR 13-15 TAHUN
Suatu hari semasa Ibu pergi membeli-belah, Ibu terdengar dan ternampak seorang ayah memarahi anak remajanya di khalayak ramai. " Aku tampar muka kamu laju-laju nak?" kata si ayah dengan begitu kuat. Tersentak ibu mendengarnya. Nampak keresahan dan pudar muka anak remajanya itu malu.
Melakukan sedemikian kepada anak-anak remaja adalah menempah masalah pada masa akan datang.
Selalu ibu bapa datang kepada Ibu membawa anak-anak remaja mereka yang dikatakan bermasalah dan bercerita mengenai masalah anak mereka di hadapan mereka kepada Ibu.
Ibu sangat tidak suka akan perkara ini. Ibu juga tidak suka jika dilakukan pada anak mereka yang masih kecil, apatah lagi remaja mereka. Selalunya, Ibu akan minta ibu bapa itu berhenti.
Jika ibu bapa hendak remaja mereka menghormati mereka, ibu bapa perlu menghormati perasaan remaja mereka.

Part 6
UMUR 13-15 TAHUN
Pada usia ini anda akan merasakan sekali lagi anak anda menyatakan perasaannya. 'Power struggle' mungkin berlaku.
Ibu bapa yang bijak, akan menyediakan diri agar ini tidak berlaku atau banyak berlaku. Remaja hanya akan memberontak bila anda cuba merampas apa yang dia rasakan adalah hak dia. Contohnya, marah sebab tidak kemas bilik dia.
Bagi dia, itu bilik dia, maka hak dialah hendak kemas atau tidak. Marah dan begelut dengan mereka untuk mendapat kuasa ini adalah satu kebodohan yang akan memenatkan. Maka anda perlu memikirkan cara lain.
Bagaimana? Anda perlu jelas apakah yang anda hendak capai. Contohnya, anda hendak dia membersih biliknya. Maka adakan rutin mengemas bilik untuk semua orang sejak dia belum remaja. Biasakan dia dengan kebersihan. Ajak dia hias bilik dia mengikut cita rasanya. Jadikan kebersihan itu tabiatnya sejak kecil lagi. Sehinggakan, jika dia tidak mengemas katilnya sebelum pergi sekolah, dia rasa tak sedap nak ke sekolah.
Ya, bukan semuanya senang, sebab bila sampai usia remaja, anak-anak yang dulunya senang mengikut cakap boleh melawan. Namun, jika anda belajar berkomunikasi dengan bijak, pro-aktif dan bersangka baik dengan remaja anda, anda akan dapati remaja anda senang untuk dibentuk. Malah dia masih mahu dipeluk, dicium dan dibelai macam kucing. Jika mereka melakukan sedemikian, janganlah pulak anda menolak mereka dan mengatakan yang mereka sudah besar. Inilah yang akan mencederakan emosi mereka.

Part 7
UMUR 13-15 TAHUN
Walaupun umur sebegini dikatakan banyak menimbulkan masalah, namun jika ibu bapa ada kepakaran untuk menanganinya, tidak begitu payah.
Perkara 'basic' yang mereka mahu ialah dihormati dan dikasihi. Jika mereka merasakan ini daripada anda ibu bapanya, dia akan menjaga dirinya baik-baik. Dia akan mahu berjasa, dia akan mahu melakukan yang terbaik.

No comments:
Post a Comment