Minggu nie memang kecoh pasal harga petrol naik 20sen seliter. (tarikh berkuatkuasa 10.09.2013). Dengan kenaikan harga pertol, maka semuanya pun naik sebab petrol adalah kesan domino kepada kadar harga semua barangan. Ini disebabkan penghantaran barangan ke destinasi yang menggunakan kenderaan darat. Kalau nak difikir logik, macam x logik jer naik harga petrol semua benda naik. Tapi HARUS diingat, hantar barang guna ape? guna kenderaan x? nak gerak kenderaan pki ape? pki air ke? pki petrol?. Jadi kenalah berjimat dengan gunakan petrol dengan cara:
1. Gunakan kenderaan yang jimat petrol
2. Rancang perjalanan dan x payah berlibur sangat pki kereta.
3. Kerap gunakan penagkutan awam yang mudah disekeliling KL nie ( LRT, STAR, Monorail, Komuter bas awam klu ianya memudahkan)
4. Do It Yourself.
4. Do It Yourself.
Sebenarnya dari ape yang Sakura boleh relate pembelajaran Sakura pasal air dan petrol. Untuk memastikan penjimatan penggunaan air, kita perlukan naikkan tarif air supaya pengguna belajar berjimat. Ini disebabkan air adalah sumber terhad dan semulajadi yang sukar diperolehi. Be positive. Klu x selamanya kita x bertukar kepada barangan eco-friendly. X guna nak bising-bising. Kita perlu fikir di sudut masyarakat marhaen ini ape yang kita boleh buat untuk mengatasinya. Jangan dok fikir kenapa kerajaan x buat itu dan ini, kerajaan sekarang kejam dan boros. Kenapa kita perlu menunding pada orang lain sedangkan kita boleh mengubah diri kita dulu. Kita nie hanya menyalak bukit jer, bila dok menyalak tue, bukit tue x kesan ape2 pun. Ape yang dah jadi memang dah terjadi. Kita kena berubah dan menyesuaikan diri dengan desakan tersebut. Bukan bermaksud kita pasrah dan berserah tapi kena pada saluran yang betul dan berkesan untuk meluahkan kecewa. Dok bising kat FB buat ape, suruhla Ahli Parlimen dan ADUN kawasan yang KITA pilih masa pilihanraya bersuara di Parlimen dan persidangan. Kalau dema x nak buat, next pilahanraya x payahla lantik lagi. Mereka adalah wakil suara kita. Buat petisyen beramai-ramai dan hantar kat ADUN dan ahli parlimen memasing dan pastikan mereka kemukakan semasa perbahasan di Dewan Rakyat dan PARLIMEN.
Selain itu juga kita perlu penstrukturan semula kewangan sebab kenaikan harga barangan yang berlaku. Kita perlu buang item pembaziran seperti rokok, lepak kedai mamak/ kedai kopi moden, mkn fastfood etc. Kena buat bedah siasat kewangan kita untuk semak kat mana pembaziran berlaku. Mungkin kita kerap sangat makan luar, jadi kena kurangkan dan banyak masak sendiri (ini sedang Sakura usahakan), buang pembelian mewah yang tidak diperlukan, kurangkan window shopping, senaraikan barang yang kita perlukan sahaja setiap bulan.
Selain tue, ia mengajar kita juga untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan yang meningkat. Sekarangkan banyak jer online shoping dan servis yang boleh dibuat. Antara kita nak buat dengan tidak jer. Kalau dah ade pendapatan sampingan, janganlah nak berjoli sakan, kita kena berbelanja berhemah dan meningkatkan simpanan juga. Bila waktu diperlukan kita ade duit yang boleh dibelanjakan.
Hidup nie mudah kalau kita memudahkannya
No comments:
Post a Comment