Walaupun dah terlewat 2 hari, tapi masih hangat lagi perasaan kemerdekaan yang kita sambut pada 31 Ogos 2013 yang lepas. Alhamdulillah negara kita masih lagi bebas dari kuasa penjajahan fizikal. Tapi penjajahan minda dan secara halus masih lagi berlaku sehingga kini walaupun telah MERDEKA kali ke-56.
Terima kasih yang x terhingga kepada pejuang terdahulu yang sanggup berkorban diri untuk anak cucu mencapai kebebasan fizikal. Jasamu x terhingga dan x termampu dibalas. Kesungguhan dan kesanggupan pejuang sekalian hanya mampu untuk kita kenang dan dijadikan semangat untuk menjadi warganegara yang baik disamping mengekalkan kemerdekaan. Ini sahaja yang mampu dilakukan oleh generasi tekini.
Penjajahan fizikal mampu dilihat dengan penguasaan bangsa asing dalam pemerintahan sesebuah negara tetapi penjajahan minda yang halus amat sukar ditangkis. Kita boleh tengok sekarang tahap patriotik dikalangan warga kita yang makin berkurang dan hanya tahu mengadu domba tanpa memberikan cadangan dalam menyelesaikan masalah. Betapa kita hilang kesopanan dan adab sesama masyarakat selain hilang sifat kemanusiaan. Zaman kini prinsip yang dipegang adalah "Jaga diri sendiri dan kaut keuntungan dengan peluang ada sebanyak mungkin serta kejayaan tue datang dari hasil susah sendiri".
Pada masa sekarang juga kita dapat lihat warganegara yang begitu lantang bersuara. Tapi sayang kelantangan bersuaranya tanpa beradab dan tidak berakhlak selain dari tanpa alasan dan ilmu yang cetek. Tiada salahnya untuk bersuara tapi biarlah disokong dengan ilmu yang dan fakta yang kukuh serta menjaga adab dan akhlak sebagai orang Asia, Malaysia dan Islam.
Anak-anak sekarang juga semakin terhakis perasaan sayangkan negara kerana tidak mengenal sejarah. Tidak dinafikan bahawa belajar sejarah yang hanya memberikan teks dan perkatan adalah membosankan. Tetapi kalau kita didik dari tadika dengan aktiviti yang menarik dang interaktif, pasti anak-anak ini akan mempunyai perasaan sayangkan negaranya. Ia semuanya bermula dari rumah lagi, sekiranya kita sebagai ibu bapa telah menanam semangat kebencian kepada negara. Anak juga turut benci kepada masyarakat dan negara juga. Ibu bapa dan guru adalah wajib menanam perasaan sayangkan negara walau macam mana carapun. Cara pendidikan dan kaedah pembelajaran di dalam kelas boleh diubah cara yang bersesuaian, (boleh tgk link nie kaedah interaktif yang digunakan dan sesuaikan untuk kita buat di Malaysia).
Semuanya terletak kat tangan kita dan rasa tanggungjawab kita untuk menjaga kemerdekaan. Mencapai kemerdekaan secara fizikal adalah lebih mudah dari mencapai kemerdekaan minda. Kita mampu menangkis kuasa luar yang mahu berkuasa tapi kita sukar menangkis minda bangsa yang dijajah.
Salam Merdeka buat semua!
No comments:
Post a Comment