Apakah punca JAUNDIS?
Jaundis terjadi pada
bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan –
bilirubin ialah satu bahan kimia yang
dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru
lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka
mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.
Didapati bahawa 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi
jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang
selepas seminggu dan 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis
di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan
hilang dua bulan selepas kelahiran.
Bagaimana untuk kenalpasti sama ada si manja anda menghidapi jaundis atau tidak??
Mama semua boleh buat ujian ringkas di rumah ya selepas 2-3 hari baby
dilahirkan. Lakukan ujian di ruang yg mempunyai pencahayaan yg terang
ya. Kemudian, tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi baby anda;
jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, anda
perlu bawa baby anda utk rawatan selanjutnya. Teknik ini amat bagus bagi
kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya
ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda
juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.
Bagaimana pula cara rawatannya?
1. Melalui penyusuan ibu secara kerap..sekiranya baby sangat "malas"
untuk menyusu dan kerap tidur...mama perlu kejutkan baby ya...at least
setiap dua jam...paling baik utk menyusukan setiap sejam..agar bilirubin
yg berlebihan dapat disingkirkan dengan cepat.
2. Kaedah
fototerapi iaitu baby perlu dipantau oleh pihak hospital dan akan
diletakkan di bawah pancaran lampu cahaya biru....darah baby akan
diambil setiap hari utk memastikan kadar bilirubinnya.
Berikut dikongsikan beberapa petua untuk mengelakkan "kuning" dan cara untuk mengatasinya secara tradisional:
Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya. Beri
bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya
hilang.
Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
Ambil beberapa batang pokok "dukung anak" dan di rebus. Mandikan bayi
anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari
selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
Yang
terbaik adalah amalan sebelum kelahiran (semasa mengandung) ialah dengan
mengamalkan memakan sebiji kurma setiap hari sehingga kelahiran. Jangan
lupa niat dan selawat.
** Pernah juga dengar petua org
dulu2...katanya jauhkan baby dari semua benda yg berwarna
kuning...sejauh mana kebenarannya wallahualam...ada juga yg kata utk
jemur baby di bawah cahaya matahari pagi..sebelum pukul 10 pagi dan ada
juga yg sarankan untuk amalkan susu kambing sejak preggy lagi...
Apa pun, sangat disaranka agar sebelum mencuba apa2 petua, eloklah
untuk meminta nasihat dan pandangan daripada pakar terlebih dahulu.
Ingatlah, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat
sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan
tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli
pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.
Walaubagaimanapun, jgn dibiarkan melarat kerana penyakit jaundis ini
boleh membawa kepada masalah pendengaran dan juga boleh menjejaskan otak
bayi.
Sumber FB: Camymal Baby Skin Tropika
No comments:
Post a Comment