Friday, 6 September 2013

Aktifkan Otak KananAnak

Otak Kanan – Teknik Jepun, Shichida Methods.
Tahukah anda mengenai kelas Shichida, iaitu kelas yang diuruskan oleh orang-orang Jepun untuk melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi haruslah berlatih menggunanya.

Anda boleh berlatih mengguna kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda. Insya Allah, dengan usaha yang gigih, keberkesanannya dapat dilihat setelah seminggu.

1. Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakapkan padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang padanya, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dll. Ini adalah disebabkan semasa dia tidur-tidur ayam, otak kanannya sedang bekerja, manakala otak kiri sudah tidur. Perbuatan ini hendaklah dilakukan seikhlas hati… Sekiranya anda kalau tengah marah, tidak akan menjadi. Jika anak anda sudah tidur, ramas-ramas atau picit-picit jari atau tangannya, supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur-tidur ayam.

2. Guna kad untuk ajar anak. Umpamanya A, B, C hingga Z. Insya Allah selepas seminggu, ia boleh mengenali semua huruf serta berupaya mengeja perkataan pendek-pendek. Buat kad banyak-banyak dan tunjukkkan padanya cepat-cepat, insya Allah dia akan cepat mempelajarinya kerana otak kanannya die bekerja keras untuk menangkap apa jua yang kita tunjukkan. Kia boleh buat kad 1,2,3, gambar-gambar dll.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Oleh itu, ajar anak anda bermain dengan tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memanglah kita yang kene kemas, tetapi tidak mengapa. Satu lagi, cuba lukis gambar-gambar, contohnya rama-rama, tetapi sebelah sahaja dan suruh anak anda sambungkan melukis di sebelah lagi mengikut apa yang anda telah lukis. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda menga orang-orang Cina dan Jepun pandai-pandai? Ini adalah kerana mereka makan menggunakan chopstik. Chopstik mengaktifkan kerja tangan dan juga menggerakkan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau tengking anak, kerana mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya anda termarah padanya, cuba kaedah No. 1 dan mintalah maaf padanya.

5. Galakkan pembangunan imaginasinya dengan bercerita padanya. Kemudian suruh anak anda menyambung cerite tu, walaupun cerita itu walaupun ceritanya tak masuk di akal. Kita pun bukan tak biasa cakap merapu.

6. Main teka-teki dengannya. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apa benda tu. Pada beberapa cubaan pertama, anda bolehlah memberi beberapa pilihan klu, seperti warna, bunyi, dll. Ini akan dapat membangunkan sixth sence. Dengan memberi tumpuan, anak anda akan dapat meneka benda yang ada di dalam kotak tisu tersebut. Ini semua adalah untuk mengktifkan otak sebelah kanan. Tetapi harus diingatkan bahawa semua permainanan yang anda hendak lakukan dengan anak anda cuma boleh dibuat dalam masa setengah jam sehari… tidak payah lama-lama.

7. Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks. Ia tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb. Ia tidak akan menjadi. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, tapi kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.

8. Untuk berkongsi sesama pembaca:
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada mengatakan perkara yang sama dan dia ada menyebut mengenai perkataan JANGAN untuk anak-anak. Sekiranya kita banyak sangat mengguna perkataan JANGAN pada anak-anak….. itulah yang anak akan buat….. Gunakan perkataan TOLONG. Contohnya….Tolong senyap Abang.. berbanding Jangan bising abang..

Dalam Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap-cakap atau berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses hendak tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

Sumber FB: Produk Minda Gxtra's

No comments:

Post a Comment