Monday, 24 December 2012

Separuh Jiwaku Pergi

Hahaha, tajuk x senon sebab ciplak tajuk lagu orang. 

Tapi itulah yang Sakura rasa Jumaat lepas. bila perasan laptop x d kat dalam kereta dan teringat yang laptop tue tertinggal kat RnR Besraya (mengahala ke The Mines). Memang rasa nak pengsan dah, dah la laptop kesayangan, mampuih la nak korek tabung beli laptop baru. Masa tue dah pukul 9.30 mlm (perasan kat depan Minlon). Masa singgah solat kat situ, pukul 7.30 mlm. Wuhu, dah 2 jam tertgl, sure dah kena rembat orang punya sebabnya lepas g solat tue Sakura dan Tuan Faizal g Bandar Tun Hussein Onn nak bayar Citibank dengan urusan bank yang lain. Gedebuk gedebak pukul 9.30 mlm baru selesai dan baru boleh balik Putrajaya. 

Pasal laptop tue memang dah berserah jelah hilang. Tapi x p, kita patah balik jer tgk dulu, kalau ada rezeki utk Sakura. Insa'Allah ada. Tapi hati tue dah 100% kata laptop dah kena amik. 2 jam tue, dah berapa amai yang g solat kat situ. Hati tue memang dah separuh dah hilang, nak pengsan pun ada. Mujurlah ke arah KL x jem. Dalam perjalanan tue  try suruh Tuan Faizal ingat kat mana dia letak laptop tue, kat tempat mane? Masa amik wudhuk, laptop kat mana? tapi semua jawapan x d, Huby ku dah hilang ingatan. Pasrah jelah hilang, dalam hati nie mesti ada buat dosa dengan Allah, sebab tue Allah tarik bailk nikamt. Lepas jadi polis pencen tue, terus Sakura senyap sampai ke RnR balik. Bila dah sampai jer kat RnR tue, Tuan Faizal pun g kat tempat solat tue. Sakura try tengok kat seat belakang kalau ada, tapi x d. Bila nampak Tuan Faizal pegang beg, baru la perasaaan tue ok balik. Alhamdulillah ada, x hilang, memang rezeki Sakura dan jodoh Sakura dengan laptop nie pjg lagi. Tuan Faizal bagi tau, laptop tue elok terletak kat bagku luar, mungin tertinggal sama dia nak amik wudhuk atau tertinggal masa dia nak pki kasur lepas solat.Lepas tue  juga baru ada mood nk bercakap dengan Tuan Faizal, sebab perasaan dah ok. Siap bagi tau,tue lah perasaan yang sama bila jiran sebelah rumah bagi tau yang pintu grill x berkunci dan pada masa tue Sakura x d kat rumah. Nie kira kejadian kedua ditahun 2012.

Kejadian pertama hari tue, Sakura dapat dapat call dari jiran sebelah rumah@Cikgu Nora bagi tau yang grill tak kunci. Masa tue Sakura ada kat Klang dan Tuan Faizal g Jakarta. Cikgu  Nora rasa pelik kenapa grill x berkunci dan ada orang kot kat dalam, dia perasan dari Khamis lagi, tapi berprasangka Sakura ada kat rumah. Tapi hari Jumaat pun macam tue juga, macam ada yang x kena, tue yang Cikgu call. Malam tue juga minta adik hantar balik Putrajaya, mujur dia x g main badminton malam tue. Yang tue lagi x senonoh sebab siap kunci tertinggal kat depan pintu rumah. Tue pun sebab minta jiran @kawan@Din minta tolong tgkkan rumah sebab kunci rumah Sakura x d (nak minta tolong Cikgu, dia dah keluar makan) Billa dia g tengok, tue yang dapat tau kunci rumah tuan Faizal ada kat pintu. Then minta dia kunci rumah dan jangan masuk rumah, takut Din pulak jadi suspek pulak. Bila sampai rumah, minta kunci dengan Din dan bila masuk rumah, rumah ok dan x d ape yang berlaku. Semua selamat dan ok. Rupanya dua2 kunci tertinggal kat rumah. Haru biru, tinggal rumah x berkunci utk tempoh lebih 24 jam. Tue pun Tuan Faizal gak, keluar rumah x kunci. 

Macam2 hal betul tahun 2012 nie.

No comments:

Post a Comment