Tuesday, 11 December 2012

Luahan Rasa

Hari Ahad lepas Sakura tengok siri Entri Jameela kat ASTRO. Nie kira first time tengok dapat tengok dan masa tayangan yang kurang sesuai, pukul 7.30 mlm. Ok gak citer nie pasal Wanita. ala-ala Nona la gak tapi bercirikan muslimah dan Islam. Ada slot yang membuatkan Sakura tertarik dengan episod nie masa diakhirnya ada soalan untuk Prof. Dr Muhaya berkenaan si penanya soalan yang belum mendapat anak setelah 5 tahun berkahwin. Dalam hati Sakura, macam aku jer kes kes nie

Jadi jawapan dari Prof, Prof menyatakan kita x perlu malu kerana tiada anak. Kenapa perlu malu kerana tiada anak? kita hanya perlu malu kepada Allah sahaja. Prof menyatakan rezeki mendapat anak adalah urusan Allah dan kita kena berusaha dan bersabar jika belum dikurniakan anak, semoga satu hari nanti akan dikurniakan juga akhirnya. Prof juga menyatakan tidak bersetuju dengan masyarakat kita yang selalu menjaga hal tepi kain orang. Yelah masa single sibuk tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin sibuk tanya bila nak dapat anak, bila dah dapat anak bila nak menambah lagi, bila anak dah besar sibuk tanya bila anak nak kahwin. Sepatutnya masyarakat kita diberi didikan bahawa jangan mananya soalan yang melukakan hati orang. Sepatutnya kalau nak tanya pun "dah dapat anak ker?  kalau belum saya doakan awak akan dapat baby juga nanti, insa'allah". 

Ok, lepas penjelasan dari Prof tue Sakura terasa yang memang sgt setuju dengan asas Prof. Soalan macam nie memang selalunya membunuh perasaan orang2 yang sedang berusaha mendapatkan anak. Orang yang setara Sakura nie, bukanlah menolak anak dan tak berusaha. Kami amat berusaha dan cuma Allah belum memberikan rezeki itu dan usaha kami nie belum menemui kejayaan. Kekadang dengan soalan macam nie menyebabkan kita malas nak bergaul dengan masyarakat (nie disebabkan rasa sakit hati dan perasaan malu juga). Semua orang didunia nie ada rezeki masing-masing. Kalau yang x kahwin lagi tue mungkin Allah nak berikan pasangan yang paling terbaik untuk kita atau mungkin membolehkan kita membantu keluarga dulu. Kalau yang belum dapat anak mungkin Allah nak suruh kita ada ekonomi keluarga yang kukuh dulu ker. Semuanya ada rezeki masing-masing, x perlu nak kita bandingkan si A dengan si B. Semuanya berbeza kerana semua rezeki adalah milik Allah. 

Sakura pernah dapat soalan dari seseorang bertanyakan pasal anak. Mula ok la tanya pasal dah anak ker belum? Jadi Sakura pun cakapla belum. Then start la pula ditanya kenapa x beranak lagi. Wah ini sudah cukup lebih, ape ingat beranak nie macam dapat anak kucing tepi jalan ker. Rasa masa tue macam kita nie mandul sangat. Nak jer bagi tau, saya bukan x pernah merasa mengandung tapi saya cuma dapat rasa 3 bulan jer. Allah lebih berkehendak dan saya bukan x usaha, saya masih berusaha. Tapi semua jawapan tue simpan dalam hati jer. Selagi boleh bersabar, bersabar lah, tapi dalam diam hati nie menangis. Tuelah masyarakat kita yang masih lagi sibuk menjaga tepi kain orang. Jagala perasaan orang lain juga.


No comments:

Post a Comment