Thursday, 13 December 2012

Perancangan Kewangan

"Kita belajar berpuluh tahun untuk mencari duit, tapi kita tidak diajar macam mana uruskan duit"

Sakura sangat setuju dengan kata-kata di atas. Kita mula belajar dengan kenal huruf dan nombor. Dari kenal huruf dan nombor kita akan dapat membaca, menulis dan mengira (3M). Bila dah kuasai 3M kita akan mencari ilmu di dunia nie dan cari ape yang kita minat utk dijadikan tempat mencari rezeki. Rezeki yang kita dapat tuelah pendapatan kita. Tapi kita x pernah diajar macam mana nak uruskan pendapatan betul tak?

Mujurlah lah Sakura ditemukan dengan program En Aziz, kalau x mesti sekarang hidup nie masih lagi dibelenggu dengan hutang yang x sepatutnya. Duit gaji dapat hanya habis bayar hutang jer. Nak pulak pakai kad kredit, sedap jer sweep. Dapat bil, pening nak bayar. Sedih betul hidup dalam jahil kewangan. Sekarang x berapa jahil (jahil juga bila gatal pki kad kredit) lepas join En Aziz. 

Memang betul, nak belajar ilmu Perancangan Kewangan nie mahal. Ramai yang x mampu. Tapi sama jer macam kita g belajar bertahun-tahun tue. Pakai duit gak. Kena usahakan juga nak belajar ilmu kewangan nie. Untuk diri sendiri gak sebenarnya. Mampu tidur lena dengan hutang keliling pinggang?

Nak ikutkan masa Sakura nak mula join En Aziz dulu pun berat juga. Dalam hati tue dok pertimbang, bagus ker x program nie? entah2 menipu. Zaman sekarang nie ramai menipu jadi x boleh percaya sangat. At last, tawakkal jela. 18 bulan  ikut program En Aziz memang betul2 ajar disiplin pasal kewangan. Barulah kenal juga buku2 kewangan dari perancangan kewangan lain pulak. Kalau x, memang x terbuka mata langsung. Barulah kenal dan dapat bezakan "needs n wants". X semestinya dengan En Aziz, banyak lagi perancangan kewangan kat luar tue. Yang penting jangan kedekut keluarkan duit untuk belajar ilmu kewangan.

1 comment:

  1. Salam, saya sedang pertimbangkan utk masuk program Aziz CFP. Cari maklumat... terjumpa lak blog ni. Nampaknya sakura dh stop jadi client dia. Boleh tak citer kaedahh yg digunakan aziz cfp untuk percepatkan tabungan ASB guna CC, OD etc. Nampak cam makin lama simpanan byk, hutang pun byk juga. Ntahla... mungkin sbb saya tak clear lagi tentang caranya. Boleh tlg cerahkan tak. TQ.

    ReplyDelete