Tuesday, 18 December 2012

Ilham Nasi Kukus

Ahad lepas balik dari mengecat rumah Damansara, perut dah berkeroncong (jam dah pukul 2 ptg) g singgah makan kt Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara. Nie jelah pot paling senang makan kalau Sakura g Damansara. Sebabnya depan kedai ada surau Mutiara Damansara. Lepas makan boleh g terus solat dan x payah singgah ke Petronas nak solat (tempat solat yang selesa berbanding petrol pump lain).

Jam dah pukul 2.30ptg tapi orang ramai jer lagi datang makan. Siap beratur lagi nak amik nasi. Konsep dia senang jer

1. Amik nasi kat kaunter nasi (boleh pilih bahagian ayam yang nak), bungkus daun pisang tue.
2. Amik air kat kauter air
3. Pilih meja utk makan
4. Siap makan, basuh tangan dan bayar kat kauter. 

Ilham Nasi Kukus nie menariknya ayamnya yang panas2, kuah kawah yang sedap dan ada nenas (biasanya orang pki timun jer). Kawah dia memang power sebab lepas makan tangan akan masih berbau kawah lagi. Kat sini, nie jer menu yang ada, 100% nasi kukus dan ayam. 

Kalau ade sesape nak datang sini, cari jer surau Mutiara Damansara. Kalau korang bertuah, korang akan jumpa artis kat sini. Setakat nie Sakura x pernah jumpa lagi, tapi Tuan Faizal ada jumpa dengan Farah Fauzana, Fiza Elite dengan Misha Omar.  Buka dari tengah hari sampai malam setiap hari. Selamat menjamu Selera!

FB=Ilham nasi kukus
No tel=019-3377551 

beratur ambil nasi

bismillah..........
selamat ke tong sampah

No comments:

Post a Comment