Alhamdulillah bulan nie dapat sekali lagi pembayaran bonus 2012 (bayaran pertama masa raya, selesai guna utk raya). Baru tengok slip gaji, duitnya belum dapat lagi. Orang gomen, bonus bukannya banyak, sebulan gaji jer. Baik ade dari x d kan! Tahun nie sebulan setengah tapi bisingnya, riuh sekampung. Bikin malu saja. Orang Swasta bonus, 7/8 bulan, x kecoh pun. Sampai sekarang Sakura masih x paham kenapa nak bising bila umumkan bonus, keluar jela surat pekeliling dan senyap2 masuk dalam slip gaji dah la (tapi ada gak makhluk gomen yg x pernah tengok slip gaji, yang dia tahu gaji masuk jer, hampeh!)
Kalau dulu mula2 keje memang menunggu bonus sebab impian nak beli tue dan ini dapat tercapai. Tapi lepas belajar berjimat, It's time to invest or settel debts! Joli memang boleh joli tapi dengan duit bonus nie la kita tampal lubang kewangan yang ada sebelum jadi barah.
Tahun nie x d maknanya lah nak beli tue ini. Duit bonus kena invest siapkan rumah. Minggu depan aktiviti mencari tile rumah bermula (survey dah berbulan lepas, duit x d! cuci mata jelah dulu). Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nampak. Kiranya 2.5K (combine Sakura dengan Tuan Faizal) nie cukupla utk beli tile dengan cat rasanya. Next bayaran bunus pulak utk kipas dengan pintu dapur+bilik air dan beberapa barang kecil lain. Harap x banyak la nak beli barang bulan depan dan boleh guna utk projek 2.
Selain utk projek pertama, duit bonus nie utk mencuci harta juga, Zakat jangan dilupa. Nanti Allah tarik nikmat baru tau. Bak kata mak "Duit yang kita dapat ada milik orang lain".
No comments:
Post a Comment