Saturday, 15 December 2012

Mee Tarik Warisan Asli

Since Tuan Faizal tengah ada projek Klinik kat Sungai Besi, kerap juga la sekarang ke situ. Kalau Tuan Faizal dok sibuk kat dalam discussion (Sakura malas nak masuk sebab habuk), jadi Sakura mulakan aktiviti penjelajahan kat tempat nie (deret kedai baru). Dah puas dah semua ceruk Sakura pusing. Sepanjang penjelajahan kat sini, Sakura tertarik dengan satu Kedai jual mee kat sini. Nama kedai tue Restoran Mee Tarik Warisan Asli. 

Sakura dah 2 kali g mkan kat sini. First tue cuba masakan mee dia (x ingat dah mee ape) dan kali kedua try nasi dak lauk dia. Memang sedap la mee kat sini sebab buat fresh dan x  d asid boric. Masih terasa2 lagi kesedapan dia dan jenis masakan mee pula berunsurkan kambing, daging dan ayam. X macam menu biasa, balik2 mee bandung, mee hailam, mee goreng, mee kung fu etc. Memang sangat best di tekak dan citarasa Sakura. Yang kedua kali makan nasi lauk lamb toothpick, sup sayur telur dan daging goreng capsicum. Memang terbaik la kedai nie. Luar dari menu biasa yang Sakura makan. 

Ada juga try tengok food review dari blogger lain pasal kedai nie, rupanya kedai nie dah keluar kat Jalan-jalan Cari makan baru-baru nie. Lagi satu blogger pulak , kedai nie memang salah satu cawangan yang datang dari China. 

Kalau korang datang makan kat sini, kena tulis kod kat kertas yang diberi dengan jelas. Lagi satu untuk order nasi puti. Tulis je plain rice sebab x d dalam senarai kod makanan, takpun g kaunter. Kalau yang datang entertain tue makcik dan pakcik (agak berusia) memang payah sebab mereka x tahu cakap bahasa melayu. Dua kali datang, dua kali makcik tue yang layan. Memang macam ayam dengan itik, sudahnya g kaunter nak order. Sampai ke hari nie Sakura masih tersenyum bila teringat scene comunicate dengan makcik tue. Lawak sangat. 

Ape yang membuat Sakura kagum pasal kedai nie, dia orang nie (x boleh cakap melayu dan macam datang dari China, makcik dan  pakcik tapi cucu dia boleh boleh cakap melayu) boleh berniaga di negara asing dengan berjaya sekali (kedai sentiasa penuh). Cuba orang kita (orang melayu) berniaga di pekan cina. Sesuatu yang perlu kita belajar, halangan bahasa bukan penyebab kita x berjaya dalam berniaga, yang penting perkhidmatan terbaik. 

Ade sesape nak mencuba? Kedai nie kat Sugai Besi, alamat kat bawah nie.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.

dalam kedai

amik tepung yang dah diuli utk buat mee

hidangan saya


sup sayur telur

daging goreng capsicum

lamb toothpick


No comments:

Post a Comment