Wednesday, 12 December 2012

Makan Gaji Dan Persaraan

Pagi nie Sakura baca kat Wall FB seorang sahabat berkenaan pendapat dia orang kan gaji. Ape yang dikemukakan adalah, orang makan gaji x cukup duit di masa persaraan, dan tidak seperti orang bisnes yang duit sentiasa ada dan tiada erti berpencen. Kiranya selagi hidup dengan bisnes duit akan sentiasa mengalir.

Ada betul dan ada yang x betul jua. Orang makan gaji memang lah hidup x putus duit dan mudah dapat pinjaman. Bagi orang bisnes pulak mereka akan sentisa kreatif dalam perniagaan bagi menarik orang menjadi pelanggan. Tapi semuanya berpunca dari satu asas, Pengurusan Kewangan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik orang yang kaya pun boleh jadi miskin dan orang miskin pulak boleh hidup senang.

Sakura dikeliling dengan orang-orang berpencen kerajaan, yelah Bapa pencen kerajaan dan pakcik2 sakura yang lain pun orang pencen kerajaan juga. Tapi x d pun sampai tahap dah pencen kena kerja lagi. Syok jer hidup berpencen dan makan duit pencen. Kalau nak diikutkan Bapa dan adik beradiknya yang lain tue cuma taraf sokongan II jer (kelayakkan kerja dengan SPM). Tapi cukup jer semasa berpencen. Ape yang Sakura perhatikan Bapa dan adik beradiknya adalah orang yang berjimat di masa muda dan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Kenapa Sakura cakap macam tue, Sakura cerita pasal bapa Sakura jelah kan.
  
Bapa x la boros dan x lah berjimat sangat. Keluarga Sakura masih lagi tinggal rumah sendiri, ada kereta dan boleh beli benda perlu dan penting. Kalau bab sekolah dulu, buku teks sekolah Bapa belikan, x d pinjam2 SPBT (dulu ada option nak pinjam atau nak beli sendiri). Tapi kita orang x d lah tahap g bercuti tiap2 tahun. Seingat Sakura, Bapa cuma bawa kita orang g bercuti Kelantan/Terengganu dan bawa g Medan (nie plan Mak) jer, kiranya sepanjang hidup 2 kali jelah. Bab kereta memang Bapa x pernah tukar, tuelah kereta kesayangan yang berkhidmat utk 30 tahun (mula Sakura lahir sampai sekarang dok pki keta tue lagi). Kalau bab makan luar pulak, x d lah selalu sangat tapi dalam sebulan 2 ke 3 kali ada g makan luar. Masa belajar kat UITM pun Sakura x pinjam PTPTN, semua duit Mak dan Bapa tanggung belajar. Memang hidup kami simple dan bahagia.

Ape yang Sakura perhatikan, Bapa plan semua benda sebelum dia pencen mesti dah selesai. 
1. Beli kereta baru (sebab BBS dah uzur dan mak suruh beli juga) -habis bayar sebelum pencen
2. Rumah Cheras (bapa beli masa Sakura umur 3 tahun rasanya)- dah habis bayar 5 tahun sebelum pencen
3. Dah pergi haji - 7 tahun sebelum pencen
4. Sakura habis belajar - 3 tahun sebelum pencen 

Bila semua nie selesai, Bapa dapat pencen dengan aman dan tenang la. Hidup orang berpencen nie aktivitinya g kebun dengan surau jer. Duit pencen semata-mata untuk makan dan petrol sikit, Bapa dah tau bila pencen, duit pencen cuma cukup utk tue dan perkara lain memang x mampu dah tanggung.

Sakura ingat lagi Bapa cerita pasal beli rumah Cheras tue, masa tue gaji dalam RM500 ker RM600, bayar rumah jer dah RM300. Terpaksa juga beli sebab nanti bila pencen dah ada rumah nak tinggal. Sebab tue Bapa x pernah tukar kereta dari dulu. Bila bandingkan Bapa dengan kawan kerja dia (jiran dekat dengan rumah). Selalu jer dia tukar kereta dan duduk rumah kuarters. Bila nak pencen baru sibuk nak beli rumah. Sangatlah membebankan. Perancangan kewangan nie perlu dibuat dari kita muda lagi supaya masa kita habiskan sisa hidup nie kita dapat hidup dengan tenang.

No comments:

Post a Comment