Terbaca di FB Wardina Safiyyah OfficialPage pasal ibu yang berkerja. Sakura just nak share end product bagi ibu yang berkerja.
Mak Sakura berkerja (orang gomen gak). Dari mula Sakura lahir sampai umur 6 tahun, Mak berkerja shift dan bila Sakura nak sekolah Mak tukar dari staff Federal ke staff State sebab nak pindah ke Klang dan pastikan yang Sakura dan Adik pergi sekolah agama. Sebabnya kat Kajang, sekolah jauh (sek kebangsaan) dan x d sekolah agama pada masa tue. Mak buat pengorbanan datang Klang tukar status staff State (hilang kekananan).
Bila Mak kerja nie dah pastinya kena tinggal dengan pengasuh. Antara pengasuhnya:
1. pengasuh Sakura dulu sepupu bapa (Sakura panggil Mak Andak), lahir sampai umur 3 tahun rasanya
2. g nursery
3. Mak long, tadika smp darjah 6
Bila Mak berkerjaya nie, semua urusan rumah kena buat dengan pendekatan paling cepat dan ringkas. Contohnya bab memasak, Mak akan memasak satu lauk (ikan goreng/ayam goreng/daging) dengan satu sayur dan nasi. Sakura juga jarang makan yang bersantan sebab dulu nak santan kena perah sendiri x mcm sekarang ada santan kotak/ santan siap (nie kalau hari berkerja). Paling x pun masak sambal jer. Kiranya Mak balik kerja tue terus jer memasak sebab Sakura dan adik akan balik sekolah jam 6 petang terus makan. Sebabnya lepas maghrib kena ngaji (dalam sejam dan Mak/Bapa yang ajar) lepas tue baru buat kerja sekolah sampai siap dan boleh tido.
Bila dah mula sekolah (training masa tadika, buat sendiri darjah 1) Sakura dan adik dah kena belajar cuci kasut sendiri. Baju sekolah Sakura, mula darjah 4 dah kena gosok sendiri tapi hari sekolah Mak gosokkan. Macam tue juga dengan yuran sekolah hari pertama, mula darjah 2 Sakura dah diserahkan duit sendiri utk bayar kat cikgu termasuk bayarkan utk adik Sakura yang darjah 1. Mula adik darjah 2, dia pula dah buat sendiri. G sekolah pagi jer Mak/Bapa hantar depan sekolah tapi balik sekolah semua naik bas sekolah jer termasuk sekolah petang balik naik bas.
Sakura bersyukur dengan training nie kerana menjadikan Sakura berdikari dan diberi peluang untuk mencuba sendiri menyelesaikan aktiviti harian. Nie yang menjadikan Sakura berani dan boleh hidup dengan pengawasan Mak dan Bapa jer. Setiap yang Sakura buat semua ada peraturan yang perlu dipatuhi, contoh hari sekolah x boleh tengok tv kecuali berita jam 8, lepas habis berita tutup tv. Masa berkualiti keluarga adalah lepas waktu sekolah dan sebelum tido dan hujung minggu juga.
Ibu berkerjaya akan menjadikan anak tue seorang yang berdikari, mampu buat keputusan dengan pengawasan dan juga berdisiplin dengan hidup.
No comments:
Post a Comment