Wednesday, 19 December 2012

Daftar Haji

Semua Umat Islam akan berazam utk pergi menunaikan haji di Mekah. Rumah Allah yang wajib pergi dan ia Rukun Islam ke-4. Kat Malaysia, hanya  yang daftar dengan Tabung Haji jer yang sah untuk dibawa mengerjakan haji. Tabung Haji telah dilantik oleh kerajaan sebagai badan yang akan menguruskan urusan jemaah haji di sana. Kalau g haji guna pakej pun, nama lulus mesti dari Tabung Haji, Then baru boleh pilih Muasasah or Pakej dari agensi yang diluluskan Tabung Haji.

Hari nie tergerak hati nak cari balik kertas daftar haji dalam "kotak ajaib". Sebabnya tadi try check kat web x boleh. Dengan rasa x puas hatinya g cari, dah x ingat tahun bila layak g haji. Lepas cari tue, jumpa dah kertas print daftar haji tue. Tahun Sakura daftar adalah 2010 dan tahun giliran haji 2035. 23 tahun akan datang baru boleh g. Time tue umur 53 tahun, moga masih diberikan kekuatan untuk mengerjakan haji time tue. Kena jaga kesihatan dari sekarang nie. 

Masa Sakura daftra haji nie, Sakura online jer, x d maknanya nak g cawangan Tabung Haji, senang jer. Kaedahnya:

1) Sila pastikan duit dalam tabungan ada minimum RM1300.
2) Masuk web dan cari E-servis Haji, click Pendaftaran Haji.
3) Baca arahan dan mula mendaftar (masuk no ic dengan no akaun Tabung Haji)
4) Akhir sekali dah siap, print slip daftar.

Mudahkan, dan setiap bulan boleh menabung dengan potongan gaji. Kalau nak keluarkan duit dari Tabung haji, kena tinggalkan RM1300. Tak boleh ambil semua sebab nanti kita dibatalkan daftar haji tue dan kena daftar semula. 


pic dr en google

No comments:

Post a Comment