Hari ke 3 puasa. Jom banyakkan berselawat untuk menambah iman dan amalan sebagai khalifah di muka bumi ini
30 Keajaiban Berselawat
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
30 Keajaiban Berselawat
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya
Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan
minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5
waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari,
insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya
akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut
Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam
Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali
sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti
hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang
amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan
selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan
mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana
hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan
syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat
sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan
pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran
hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali
setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan
menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang
amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang
membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan
serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat
10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan
serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20)
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2,
ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2
kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan
berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki
yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah
gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap
yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak
berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit
berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas
solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta
dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama,
sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik
dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa
yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia
akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu
pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
No comments:
Post a Comment