Sakura telah dicadangkan untuk mengikuti kursus ke Korea di bawah Corea Officer Training Institute (COTI) untuk junior officer. Dari JKR, nama yang tersenarai ada 5 orang. Aduyai. Malas yang teramat sebab nak pergi program nie kena g interview bagai. Bab g interview nie yang Sakura lemah dan lemas. Kalau x d interview, dari dulu lagi Sakura minta. Dah la tarikh nak g tue tengah sibuk nak capstone. Top management nie mcm x tahu jer yang Sakura sibuk mengadap Capstone Master. Sibuk gak la Sakura menelefon ke urusetia, kenapa Sakura tercalon dan atas sebab ape dipilih. Jawapan yang diberikan. "g jelah disiplin awam yang bagi nama". Memang la korang syok suruh Sakura g. Banyak keje nie sape nak tolong. Keje opis dah semestinya ada, cuma harap tak banyak dan under control. Capstone dah bermula dengan kelas pun dah mula masa tue (jadual pergi September 2014). Masa COTI berlangsung pun banyak aktiviti yang nak dibuat masa tue. Mampukah Sakura hadapinya. Nak teriak jer rasanya. Dah la bagi tau suruh apply tue dah last minit. Esok tarikh tutup, boleh hari nie g hantar email push suruh apply. Ikutkan hati malas nak layan, nak buat x tahu jer. Tapi dah dipujuk rayu g apply. Buat jer la. Tapi dalam hati, biarlah x terpilih tapisan pertama. Tapi nie cerita bulan 4 hari tue.
Tuptup. Bulan 5 suruh semak permohonan. Berjaya ke temuduga. Kedegang macam langgar dinding. Aduhai nak g interview. Dengan keterpaksaan, saya yang menurut perintah. G la interview pada 27.05.2014. Dah la dia minta sijil aktiviti. Dengan kebengongan Sakura bawak jer sijil kursus yang ade. Lantak kaulah. Janji ade benda yang ku bawak dari tangan kosong. Salinan buku perkhidmatan, minta opis yang sediakan. Tapi menyedihkan juga x berapa nak sempurna. Sudahkan Sakura yang kena baiki. Susun terbalik dengan siapkan sampul untuk hantar. Sabar jelah keje cincai nie. Nak marah, usia mak-mak. Kalau yang muda dah lama kena smash sebijik buat keje ala kadar.
Masa hari temuduga tue pulak, jadual Sakura 8.15pagi sampai 8.45pagi. Tapi pukul 9 baru mula. Mujurla masuk dalam grup pertama yang kena interview. Interview berkumpulan. Ade 4 orang sekali masuk. Panel dari JPA dengan pegawai yang pernah g COTI. Soalan yang ditanya pulak 1) Ceritakan pasal diri sendiri 2) Cerikan ape yang kita tahu pasal COTI dan Korea 3) Macam mana nak promote Malaysia pada orang Korea 4) Atas alasan ape yang kita layak ikut g COTI 5) Ape yang kita tahu pasal GST. Taram jelah jawapan tue. Yang pastinya semua diberikan peluang untuk bercakap mengikut giliran sebab masuk sekali berempat. Masa interview tue Sakura terus terang jer yang Sakura x minta pun sebab dah g cawangan rekabentuk. Nie semua top menagement yang push suruh g. Mungkin sebab nak suruh bantu untuk Institut Latihan Kerja Raya yang tengah bina tue. Terang dan jelas motif Sakura join COTI.
Harapan untuk terpilih, tidak la sangat sebab yang nak dipilih x ramai berbanding yang memohon. Ade rezeki kata pergi, Sakura pergi. X d rezeki, dok diam buat Capstone lagi baik. Sekianlah cerite pengalaman interview COTI Sakura. Bulan September g sana, rasanya musim sejuk. Dah la Sakura x tahan sejuk. Nama jer Sakura. Huhuhuhu.
pinjam dari Mr Google. Mohon izin yer |
No comments:
Post a Comment